22.2.12

Tanda tanda mati bagi umat lslam


Assalamua'laikum..

Hidup lawannya mati! Adapun tanda2 mati mengikut ulamak adalah benar! Ianya wujud! cuma dlm ketakwaan kita saja yg dpt membezakan kepekaan kita kepadanya.

Sesungguhnya..ALLAH swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNYA. Tanda2 ini akan berlaku kpd org islam saja supaya mereka dapat bertaubat dan bersedia dlm perjalanan menghadap ALLAH..nanti. manakala utk orang kafir, nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan. ini sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH swt. Tanda2 kematian itu adalah :

tanda 100 hari sebelum mati
tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh akan bergetar..
dari hujung rambut sehingga hujung kaki seakan2 menggigil bagi yg sedar,kehadiran tanda ini  maka ia adalah peluang baik utk memanfaatkan masa yang ada utk mempersiapkan diri dgn amalan yg akan dibawa nanti sesudah mati


tanda 40 hari sebelum mati
ketika ini bahagian pusat akan berdenyut2.
ketika itu juga  daun yg tertulis nama kita akan gugur dp pokok yang letakknya diatas Arasy ALLAH SWT. Malaikat maut akan mengambil daun itu dan mula membuat persiapan keatas kita, seperti malaikat akan mengikut kita sepanjang masa. Adakala malaikat maut akan menampakkan wajahnya sekilas lalu. Jika ini terjadi, yg terpilih akan merasakan kebinggungan seketika.


tanda 7 hari sebelum mati
adapun tanda ini akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan. Dimana org yang sakit yang tak mau makan tiba-tiba dia berselera utk makan.


tanda 3 hari sebelum mati
pada ketika ini, akan terasa denyutan dibahagian tengah2 dahi. Iaitu antara dahi kanan dan kiri. Ketika ini juga, mata hitam tidak lagi bersinar. Orang yang sakit,hidungnya perlahan2 akan jatuh jika dipandang dari bahagian sisi. Telinga akan layu,yang mana bahagian hujungnya akan beransur2 masuk kedalam. Tapak kaki nya yang terlunjurakan perlahan2 jatuh kedepan dan sukar digerakkan.



tanda 1 hari sebelum mati
akan berlaku selepas waktu asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang. Iaitu dikawasan ubun2 dimana ini menandakan kita tidak akan sempat utk menemui waktu asar keesokkan harinya..


tanda akhir
akan berlaku keadaan dimana kita akan rasa sejuk dibahagian pusat, dan akan turun kepinggang dan seterusnya naik ke halkum. Ketika ini ucapkanlah . KALIMAH SYAHADAH DAN BERDIAM DIRI ,SERTA MENANTI KEHADIRAN MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT.


SESUNGGUHNYA  MARILAH KITA BERTAKWA DAN BERDOA KEPADA ALLAH SWT,SEMUGA KITA MENJADI HAMBA YANG TERPILIH OLEH ALLAH UTK DIBERI KESEDARAN  DAN PEKA PADA TANDA-TANDA KEMATIAN INI.
SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DTG DARI ALLAH SWT. DAN YANG SALAH ITU DATANGNYA DARI SILAP KITA SENDIRI.

WALLAHHU'ALAM...







No comments: