16.2.12

Zikir mengatasi masalah anak anak

Assalamualaikum...
hari-hari mengadap anak. Anak sendiri, anak orang. Tapi atas nama tanggongjawab kerja yang dah buat hampir 16 tahun ni memang menarik. Dapat pulak ibubapa yang boleh bertolak ansur,lagi lah maqnie sayang... hehehe caya  lah.


Bayangkan daripada mereka berusia 2 bulan.. pejam celik, pejam celik. Sekarang sudah berusia 4 tahun, tak terasa susah semasa proses membesarkan diaorg pon.

tah..yang penting kerja yang dibuat ikhlas. Harap2 mereka akan membesar dengan sempurna dan suksess. Hari ni maqnie nak share beberapa amalan utk mendidik anak2 ni agar satu hari mereka akan menjadi insan yang berjaya.. inshaALLAH.
kata orang kalau tak pecah kan ruyung,mane nak dapat sagunya..kan?

Amalan2 tu mudah jek.kita boleh ajak anak2 kita buat sama.amat mudah! Buku ini pon maqnie baru jumpa.. simpan dah lama tapi tak pernah dipraktikkan sebab bukunya silap letak.. maklom orang dah 'tua' hahaha.. pelupa you...


ok2...amalan nya ialah berunsur zikir nama2 ALLAH..
mudah utk dihafal dan senang jugak utk diamalkan..



jika anak kita nakal, termasuklah nakal sikit2 ke,terlalu nakal ke atau baru belajar2 nak nakal .
zikirnya ialah ( YA SHAHID - dibaca sebanyak 391x sehari)pastu niat dlm hati.


jika anak kita memang sedia maklom berperangai buruk..
baca beberapa kali kedalam air segelas dan kemudian beri anak minum.zikirnya ialah (YA MUQIT -dibaca beberapa kali ke air segelas)


jika anak anda diketogerikan anak yang 'slow'..lemah ingatan..senang kata kat sini 'bebal'
tuliskan 'AL-AALIY' dalam bahasa arab (alif,lam ain lam ya) diatas sehelai kertas@ kain perca putih yang bersih sebanyak 110x. rendam dalam air kemudian bagi anak minum airnya.

untuk penerang hati
sebut (YA ZAHIR -sebanyak 15x setiap hati dan niatkan dlm hati hajat kita)


supaya disayangi 
sebut (YA RAHIMM - sebanyak 100x)

sebagai pembuka pintu rezki
sebut (YA MALIK - 121x)

sebagai penyembuh penyakit
sebut (YA SALLAM- 160x) atau
sebut(YA BARI-100x)


supaya doa2 anda dimakbulkan
sebut (YA WAHHAB -7x)



inshaALLAH...dengan usaha dan izin ALLAH tidak mustahil kita akan dapat apa yang kita hajati . Terutama dalam mendidik anak2 dizaman yang serba maju ni... maqnie jugak akan mempraktikkan semua zikir2 yang diatas jika perlu..inshaALLAH.

tu saja utk post maqnie hari ni... lepasni kompem ramai lah yang pegang tasbih masa masak hehehe



No comments: