30.4.12

Mohon sentiasa Bahagia

assalammualaikum...
bila sebut pasal bahagia, semua orang nak hidup bahagia kan..Maqnie pun. tapi adakah kita dapat bahagia tu semudah yang kita sebut?


pengalaman maqnie sebagai perempuan .. perempuan memang sentiasa hendak yang semuanya sempurna. padahal,tak semua dalam dunia ini sempurna kecuali ALLAH SWT. namun sikap tamak, iri hati sering saja  bermain dalam jiwa dan raga seorang perempuan.


bahagia disamping suami dan anak-anak adalah impian setiap perempuan yang bergelar isteri. hari-hari mendapat belaian dari insan yang digelar suami bikin hidup bagai disyurga.isteri pula dapat meluahkan semua masalah, mengadu letih berkerja ,dan suami pula sedia mendengar keluhan isteri..itu pun sudah dianggap sungguh bahagia...

untuk anak-anak pula , berjaya dalam bidang yang diceburi, baik ilmu dunia mahu pun ilmu akhirat.
sentiasa hormat ibubapa,menurut perintah tuhan dan rasul, menghurmati masyarakat sekeliling, ahh...sejuk perut maq...bahagia sungguh maq jika semua ni milik maq.


bukan harta yang melimpah ruah, bukan banglo yang indah tersergam, bukan kereta sport idaman semalaya, ni semuanya tidak akan menjanjikan bahagia..........percayalah!!


untuk kekal bahagia, sentiasalah berdoa kepada ALLAH ,moga bahagia tu kekal milik kita.. ikut perintahNYA, jauhi laranganNYA , sentiasa bersyukur atas tiap anugerahNYA..
insyaallah, semua itu akan jadi hak kita,bahagia selama-lamanya...aminnn..

5.4.12

Cobaan . . .

assalamualaikum..
pagi ni maq letih la,sebab malam tadi dan malam-malam yang sebelomnya.asben maq demam!
beliau mula diserang pada hari ahad lalu.
namun disebabkan permintaan ibu maq dikampung nak jumpa anakcucunya,
beliau kuatkan juga badannya untuk pulang ke kampung pada hari tersebut.
kini..sakitnya bertambah teruk.
masaalahnya...asben maq ni malas untuk ke klinik!
hahaha..takut makan ubat lew tu!!
ada takda..maq lah doktor dia, nurse dia, tukang urut dia, dan segala-galanya untuk dia.
harini maq pujuk lagi agar dia ke klinik,ntahlah..dia pergi ke tak ..haishh...
kalau dia budak-budak senang sikit maq pujuk, ni bapak budak!!!
bukan maq tak iklas nak jaga dia sakit,
tapi..pemeriksaan doktor yang pakar amat perlu jika demam  sudah lebih 3hari kannn????






bila dia  sakit, baby pun kalah meragamnya
adoiyai...cobaannn....

kalau tengok pic ni..
memang patut lah mereka gelar dia castelo!! whahaha

misai jek bikin seram
padahal, takot makan ubat hehehe
ape pon tak boleh kalau orang yang takut ubat ni sakit...
harapan maq,
moga dia cepat semboh..dan dapat menjalankan aktibitinya seperti biasa.
tak sanggop maq tengok dia terlantar disitu..
sayang...love u...