30.4.12

Mohon sentiasa Bahagia

assalammualaikum...
bila sebut pasal bahagia, semua orang nak hidup bahagia kan..Maqnie pun. tapi adakah kita dapat bahagia tu semudah yang kita sebut?


pengalaman maqnie sebagai perempuan .. perempuan memang sentiasa hendak yang semuanya sempurna. padahal,tak semua dalam dunia ini sempurna kecuali ALLAH SWT. namun sikap tamak, iri hati sering saja  bermain dalam jiwa dan raga seorang perempuan.


bahagia disamping suami dan anak-anak adalah impian setiap perempuan yang bergelar isteri. hari-hari mendapat belaian dari insan yang digelar suami bikin hidup bagai disyurga.isteri pula dapat meluahkan semua masalah, mengadu letih berkerja ,dan suami pula sedia mendengar keluhan isteri..itu pun sudah dianggap sungguh bahagia...

untuk anak-anak pula , berjaya dalam bidang yang diceburi, baik ilmu dunia mahu pun ilmu akhirat.
sentiasa hormat ibubapa,menurut perintah tuhan dan rasul, menghurmati masyarakat sekeliling, ahh...sejuk perut maq...bahagia sungguh maq jika semua ni milik maq.


bukan harta yang melimpah ruah, bukan banglo yang indah tersergam, bukan kereta sport idaman semalaya, ni semuanya tidak akan menjanjikan bahagia..........percayalah!!


untuk kekal bahagia, sentiasalah berdoa kepada ALLAH ,moga bahagia tu kekal milik kita.. ikut perintahNYA, jauhi laranganNYA , sentiasa bersyukur atas tiap anugerahNYA..
insyaallah, semua itu akan jadi hak kita,bahagia selama-lamanya...aminnn..

No comments: