5 PEKARA YANG DITUNTUT

saat mata  ini terpejam, wajahmu ku terbayang...
menitis air mata satu persatu membasahi pipi ini,
saat itu kau telah jauh meninggalkanku
yang tinggal hanya rindu,
yang hadir cuma sayu...

assalamualaikum..
heheheh
bukan nak buat entry jiwang lah.
kali ni nak kongsi ilmu yang  telah maq perolehi dari kelas fardhu ain yang maq telah hadir.
kelas tersebut diadakan di surau al-azim dekat tempat tinggal maq .
kata ustaz ada 5 pekara yang dituntut oleh Allah  dalam hidup ni.
iaitu...

 -MEMIKIR AYAT-AYAT ALLAH
 Kita dituntut memikirkan ayat -ayat Allah  iaitu surah Al-Quran,
 dan dibaca sekali terjermahannya bagi menguatkan ilmu kita.
 dituntut juga  membaca Al-quran sehingga khatam sambil mempelajari erti dan pengajarannya.
  sebagai hamba kita dituntut untuk  memikirkan tujuan Al-Quran diturunkan didunia ni.


-MEMIKIR NIKMAT-NIKMAT ALLAH
   tujuannya supaya kita bersyukur atas nikmat yang kita dapat.
   tidak leka dengan semua nikmat yang Allah beri.
   rujuk surah Al-Kaf ayat 96 yang bermaksud,
   '' bila mana penduduk sebuah negara itu beriman,
   Aku (ALLAH) akan memberi nikmat dari langit dan dari   bumi.''

-MEMIKIR JANJI-JANJI ALLAH
   tujuannya: bagi menambah iman kita demi janji Allah,
   iaitu syurga hanya untuk orang yang beriman.
   rujuk surah Hud ayat 117 yang bermaksud,
  ' jangan menolong orang zalim,Allah akan menghumban kita kedalam neraka.'

-MEMIKIRKAN ANCAMAN ALLAH
   kita dituntut memikirkan ancaman dari Allah,
   iaitu siksaan api neraka untuk hamba yang ingkar.
   serta balasan-balasan bagi tiap dosa yang dilakukan.


-MEMIKIR KEKURANGAN DIRI SENDIRI
   fikirlah tentang tanggungjawap kita kepada Allah
   tentang displin solat kita.
   tentang penjagaan penutupan aurat  seharian kita,
 


sebagai renungan bersama  :3 GOLONGAN YANG TERUK..


* orang yang semakin tua,semakin teruk perangai
* orang yang ada ilmu tapi tidak diamalkan
* orang yang ada harta tetapi kedekut
 
 



wassalam~

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi