NAMPAK MACAM MUDAH TAPI SUKAR

tajuk je tak boleh blah..hehehe
dah kata mudah lepas tu kata sukar..apa pon tak boleh..chop,chop...
salam belum beri...

Assalamualaikum semua..
apa benda lah yang mudah tapi sukar tu kan...hurmmmm
benda ni sebenarnya selalu kita lakukan..iaitu..memohon maaf kemudian  memberi maaf .!!


cakap minta maaf memang mudah apabila kita dah buat silap.
'maafkan saya'.. satu ayat mudah dan ringkas,
namun apakah kita tahu kesan yang datang selepas kita buat silap tu?
tuan empunya badan saja yang mengerti...


mohon maaf sebenarnya  satu penawar bagi jiwa yang sakit.
ianya menunjukan satu  kesilapan itu terjadi bukan kehendak hati.
ianya berlaku tanpa niat ...
walaupun ada kala ianya  datang dengan niat jugak
huhu maafkan saya~


sebagai mangsa pulak (orang yang diminta maaf tadi )
kita hendaklah megenepikan ego kita.
walaupun jiwa sakit hati pedih sebab  kesilapan yang di lalukan terhadap kita.
baik maafkan aje lah kan...
hehehe tak rugi kot...
memberi maaf dengan jiwa yang ikhlas itu adalah sifat yang terpuji.


namun adakala amat sukar memaafkan seseorang.
memang mulut berkata' ye,saya maafkan awak' tapi dalam hati....
waallahhualam...ALLAH je yang mengetahuinya..

ada orang tunggu raya (bulan shawal) baru nak minta maaf.
ada orang  sikit-sikit maaf,sikit-sikit maaf,sampaikan orang pulak jemu nak memaafkan hehehe
tulah kan..nampak je mudah tapi sebenarnya sukar nak diceritakan pasal maaf memaaf ni...






tahukah anda?


> hanya ALLAH tempat kita bergantung untuk memohon maaf atas semua dosa yang kita .


> bahawa amalan memohon maaf itu sebenarnya menyerlahkan keperibadian seseorang muslimin.


> manakala sikap pemaaf pula adalah amalan rasulullah.


> kita hendaklah jangan merasa malu mengakui kesilapan dan memohon maaf.


> ingatlah bahawa orang yang pemaaf ialah orang yang pengasih.


> memohon maaf dapat mengenepikan nafsu mementingkan diri sendiri.


> dengan memohon maaf dan memberi maaf kita dapat menambah rasa sabar dalam hati kita.


> memohon maaf dan memberi maaf adalah elemen perpaduan dalam masyarakat.









Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi