Warasnya sebiji akal

Assalamualaikum..
manusia adalah mahluk tuhan paling sempurna dimukabumi ni
diberi akal fikiran untuk berfikir.diberi nikmat yang pelbagai untuk menjalankan kehidupan ,tapi kenapa manusia lah yang sering melakukan musibah dibumi jugak? Adakah manusia ini ego?sebab dia mahlok yg sempurna? Atau sebab manusia ada akal sebab tu manusia boleh jadi pemusnah? Hari-hari kita tatap kejadian-kejadian ngeri,kejam, keganasan yg hanya dilakukan oleh manusia!

kadang-kadang kita hangen bila ada kes anjing liar gigit kanak-kanak.mencederakan orang tua, apa yang ter keluar ayat dari mulut kita. Tembak je anjing tu, bikin masalah pada orang ramai je! Tapi bagaimana dengan orang yang bunuh orang?orang yg buang anaknya sendiri bersepah-sepah tu?orang yg membunuh ibubapanya hanya disebabkan wang! Orang yg mencekik bayi sampai mati? Orang yg memperkosa anak sendiri? Orang yg membiarkan ibubapanya melarat dijalanan?

haishh..ada banyak lagi , tak perlu di paparkan disini. Hukuman apa kah yang perlu dibagi untuk kesalahan orang yg macam tu??
adakah hukum tembak jugak??kesimpulannya:


lagi banyak akal sesuatu mahluk itu , lagi banyak masalah yg bakal dia buat sesama mereka! Maka jadilah mahlok tuhan yg sempurna akal dan fikiran. Agar setiap pekara yg dilakukan bukan disebabkan nafsu syaitan semata-mata. Dan janganlah rendahkan martabat kita ni , lebih rendah dari darjat mahluk tuhan yg bernama haiwan. Itu lah cara saya menilaikan..


bagaimana pulak dengan anda? Tepok dada , suara pulak bergetar , eh! silap ea?oooh..tepok dada, tanya selera. Maklum dah lama tak pergi sekolah . Cukup setakat ni dulu! ada idea membebel lagi..... 10hari lagi nak raya tau!!

salam ramadhan...banyakkan bersabar dibulan yg mulia ni.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi