29.10.12

try my best with my touch

Assalamualaikum  ish..berabuk dah blog ni jap nak mop jap ye hehehe...
mood berblog mai dah ni...bukan malas nak update blog tapi kerana urusan keluarga yg berbagai-bagai tu yg tidak berkesempatan utk mem'posting' hee....

minggu ni adalah minggu yg agak sibuk bagi saya. bermula dari sambutan hari raya qurban di kampung..sehinggalah ke aktibiti mengubah hantaran..kenapa..tak percaya ke saya boleh mengubah hantaran ...haha..bukan pro sangat pun tapi boleh laaa... .eheheh..

pada 10. 11. 12
tarikh special tu.. tarikh tu anak saudara saya  -belah suami - akan melangsungkan pertunangan. so ibu dia telah mengamanahkan saya untuk mengubah beberapa barangan untuk dihantar ke pihak sebelah.. mula- mula tu kosong gak minda ni.maklum dah lama tak aktif dalam aktibiti ni..kira-kira 6 tahun dah tak mengubah.. tapi lepas bukak lipat..lipat bukak sampai naik hancur kain-kain tu...akhirnya terhasil lah beberapa bentuk yg tah..nak kata ok ke tak ni hehehe

nak tengok tak?
ni baru beberapa sahaja yg telah siap dihasilkan
kalau tak cantik komen la..
kalau cantik pun komen la jugak ok..
barulah friend kan... hehehe
sebenarnya anak-anak adalah juri saya yg pertama beri komen kat rumah ni.
dan sebenarnya diaorang lah yg bagi saya semangat hehe..maq sayang semua...!!!













 

amacam? boleh bukak butik mengubah tak? hehehehe...sebenarnya saya memang minat aktibiti ni dari sekolah menengah lagi.tapi selalunya saya mengubah untuk  ahli keluarga je. sebab bukan kreatif sangat pun ngelehhhh...hahaha..tapi tu lah saya katakan tadi ..... boleh laa ...  ;)


okeyh...tu je untuk kali ni..
untuk gadis-gadis yg berminat tu..belajar lah benda-benda sebegini..bukan untuk bisnes pun..maybe untuk keperluan sendiri..apa salahnya kan...good luck..
ahak!!

17.10.12

harapan seorang ibu

assalamualaikum
semalam maq bising lagi.  peperiksaan  tinggal lagi tak sampai sebulan tapi anak-anak masih leka macam tarikh tu lagi satu tahun di buatnya.mereka masih rapat dengan handset masih lagi asik menuntun tv,masih lagi leka melayari ..sedang kan buku-buku dan nota-nota kaku tak disentuh..kalau sentuh pun buku yang ada kerja sekolah je..


mungkin mereka tak tahu yang maq selalu memerhati telatah mereka ..mungkin selama ni maq hanya berdiam diri.mungkin mereka jugak tak nak berjaya dalam pelajaran??hati mana tak kecewa..hati mana tak terluka
jika harapan yang selama di dijulang..tapi orang yang diharap buat endah tak endah..sukar sangat ke berusaha..bukan untuk orang lain tapi untuk kejayaan sendiri


maq bukan tak bagi anak-anak berkawan atau apa,tapi maq memang mengharapkan kejayaan anak-anak dalam pelajaran sebab maq nak anak-anak berjaya dalam kehidupan masing-masing ..kehidupan dunia dan akhirat..insyaallah .jangan jadi macam maq yang serba tak mampu ketika dizaman kecil dulu.maq pun tak salah kan orang tua maq kerana kehidupan kami memang sulit ketika tu sehinggakan nak menghantar maq sambung belajar pun tak mampu!


tapi...anak-anak maq sangat bertuah sebut apa saja yang dihajat cepat atau lambat , pasti akan dapat
tak ke bersyukur atas semua tu?atau apakah anak-anak mau menyambung tradisi kehidupan keluarga kami sekarang ni? pada maq..kalau boleh biarlah maq saja yang hidup susah..jangan anak-anak...


kini tarikh makin dekatjantung maq makin kencang berdetik..apakah anak-anak masih leka atau sedang berusaha...maaf maq bising takkan selalu sebab maq tak mahu buat macam tu ...apa yang maq tunggu..kejayaan pada peperiksaan anak-anakku...


harapan maq pada anak-anak : jangan biarkan air mata ni turun lagi ... berilah sedikit kebahagiaan untuk hati maq yang selalu sepi ni :'(


10.10.12

hati yang terluka

Harini
awal pagi lagi mood saya dah jatuh menjunam
seawal jam 5.30am
saya dah dikejutan olehnya
suaranya kali ini lain dari biasa
kata-katanya meruntum dijiwa
tersentap nya hati
pekara yang saya tak gemari kini diulangi
tapi kali ini sangat hebat
saya sedih
kenapa dia begitu
mana janji dia dulu
mana semangat dia untuk memberi perubahan untuk keluarga kami?
kecewa maha dasyat
mana kah nilai pengorbanan saya selama ni?
saya tidak mengharap semua kejayaan untuk saya
yang saya mau
kejayaan kekal milik kamu
demi masa depan kamu
demi diri kamu
kehidupan kamu
tapi bagaimana aku mengolah diri kamu?
adakah cara kamu ni bakal memberi kejayaan dalam hidup kamu nanti?
tahukah kamu ..
saya sangat kecewa kali ini...hmmm...