harapan seorang ibu

assalamualaikum
semalam maq bising lagi.  peperiksaan  tinggal lagi tak sampai sebulan tapi anak-anak masih leka macam tarikh tu lagi satu tahun di buatnya.mereka masih rapat dengan handset masih lagi asik menuntun tv,masih lagi leka melayari ..sedang kan buku-buku dan nota-nota kaku tak disentuh..kalau sentuh pun buku yang ada kerja sekolah je..


mungkin mereka tak tahu yang maq selalu memerhati telatah mereka ..mungkin selama ni maq hanya berdiam diri.mungkin mereka jugak tak nak berjaya dalam pelajaran??hati mana tak kecewa..hati mana tak terluka
jika harapan yang selama di dijulang..tapi orang yang diharap buat endah tak endah..sukar sangat ke berusaha..bukan untuk orang lain tapi untuk kejayaan sendiri


maq bukan tak bagi anak-anak berkawan atau apa,tapi maq memang mengharapkan kejayaan anak-anak dalam pelajaran sebab maq nak anak-anak berjaya dalam kehidupan masing-masing ..kehidupan dunia dan akhirat..insyaallah .jangan jadi macam maq yang serba tak mampu ketika dizaman kecil dulu.maq pun tak salah kan orang tua maq kerana kehidupan kami memang sulit ketika tu sehinggakan nak menghantar maq sambung belajar pun tak mampu!


tapi...anak-anak maq sangat bertuah sebut apa saja yang dihajat cepat atau lambat , pasti akan dapat
tak ke bersyukur atas semua tu?atau apakah anak-anak mau menyambung tradisi kehidupan keluarga kami sekarang ni? pada maq..kalau boleh biarlah maq saja yang hidup susah..jangan anak-anak...


kini tarikh makin dekatjantung maq makin kencang berdetik..apakah anak-anak masih leka atau sedang berusaha...maaf maq bising takkan selalu sebab maq tak mahu buat macam tu ...apa yang maq tunggu..kejayaan pada peperiksaan anak-anakku...


harapan maq pada anak-anak : jangan biarkan air mata ni turun lagi ... berilah sedikit kebahagiaan untuk hati maq yang selalu sepi ni :'(


Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi