28.11.12

apakah sebenarnya yang sedang berlaku...

pagi ahad
seawal 8.30am aku dah sampai kerumah ni
kelihatan suram tanpa tuan rumah
sedih....sebak..sayu...
touching jap... sob sob :'(


air sungai yg sedang pasang penuh
mungkin malam tadi hujan turun lebat
kalau mandi mesti sejuk airnya
ah!! teringat masa kecik2 dulu - godak sungai
~ kenangan silam  je tu :)

mengintai dibalik daun pokok pinang
ada orang sedang buat apa tu ek??
meh usha jap... shhhh
suspen jekkk....

daun2  yg berselerakkan..
rumah  makin dihiasi dengan daun-daun kering
eh..mana nak pergi gadis ber dua tu???
siapakah mereka?



sebenarnya..nilah sasaran kami balik rumah mak abah tu
rambutan dah masak la..
kami balik petik buah ni .!!
hehehehe

02.12.12
kami ada temujanji dengan mak abah disini
mungkin akan memetik buah lagi la tu hehehe
mak..abah..terima kasih untuk semua ni.. anni rindu semua ...sebakk datang lagi adehhh..

21.11.12

bila malam menjelma...

assalamualaikum
angin malam datang lagi.. rumah kami jadi sepi semula..yg ada cuma suami..anak-anak yg masing-masing buat hal masing. aku? tah la tak tahu nak buat apa lagi... nak tidur awal lagi.. nak makan dah makan. nak menuntun tv , cerita tah pape. tetiba ternampak Nfone..yes!!! my partime is coming...tralala~

apa lagi...

suram...

lengang... kosong...

tangga  pun sepi..sunyi....


semua diam seribu kata..tanpa suara



teman aku....


my mr castelo ... ahha!!

why so serius??? haha



bila anak-anak dah besar waktu macam ni masing-masing dah pandai urus diri sendiri.mak ayah dok diruang tamu tak tau nak kerja apa lagi. ayah layan cerita kegemaran dia..mak pulak amek gambar hahaha..lantak le ... kejap lagi tidur la tu haishhhh.... pukul 10 malam lampu satu rumah dah padam lalala... :p

dia datang lagi

assalamualaikum
kalau dilangit  musim hujan
disekolah pulak musim exam..tetapi di kebun pulak dah musim durian
tak beli orang sedekah , takde orang sedekah orang belikan pulak..
hahahah sama je ek...

bila tiba musim durian banyak lah yg kondem..
musim demam, selsema, batuk dan bagai-bagai musim pun datang
aku dan family belum ada beli lagi tapi orang bagi tu ada lah..alhamdulillah
maklom la pokok durian aku belum besar lagi di belakang rumah tu hehe
agak-agak nanti umur berapa lah dia baru berbuah kan hurm kesian kan..
so sekarang ni kalau nak makan kena lah keluar kan modal la sikit....
ala..kira sedekah sudah la...hehehe... sedekah tu amal jariah ye makcik2.. ek? heee
korang nak tengok macamane peminat durian melayan perasaan mereka tak??
meh aku tunjuk kejap...buat layan mata je ni hee...








laaaa... pon ada ke??  hehe

gambar-gambar ni kenangan masa makan durian musim lepas. ada dalam lippy ni so aku jadikan la bahan untuk post harini... melayan anak-anak ni ada kala seronok..ada kala makan jiwa hahaha....

19.11.12

Tahniah

Assalamualaikum

kali ni maqnie nak share satu berita gembira. gembira buat maqnie, buat mak abah, buat adik maqnie dan buat seluruh family encik Rokani .. keputusan UPSR dah pun diumumkan harini ( 19-11-12).
tahun ni dalam family maqnie hanya seorang je yg menjadi calun utk peperiksaan ini iaitu anak saudara maq yg bernama Aisyah Diana.beliau merupakan anak kedua dalam keluarga adik perempuan maqnie
( Noriza & Nazrulhisham ).


harini jugak beliau telah memberi senyuman bahagia untuk kedua ibubapanya atas kejayaan beliau dalam UPSR dengan keputusan nya iaitu 5A :) tahniah Aisyah Diana... !!!


'' mak long harap kejayaan ini akan menjadi semangat buat Aisyah untuk lebih maju dalam pelajaran yg akan datang.. sebenarnya abang Aisyah iatu Arif Danial jugak mendapat keputusan yg sama pada tahun lepas - 2011-    .syukur alhamdulillah harini kejayaan kembali lagi dalam keluarga ini.. tahniah ..tahniah dan tahniah...''

Moga kejayaan demi kejayaan akan hadir dalam keluarga Encik Rokani selepas ini..ins sya Allah :)

Aisyah Diana  dgn ibu & ayahnya
yg lg sorg tu siapa pulak maq  tak kenal la heee

Arif Danial dgn ibu dikejayaannya pada 2011


mak abah...

semuga sihat walafiat dan dilindungi Allah swt..aamin..

Senjata perang kita

Assalamualaikum

Tiba saja awal tahun hijrah ni kita di Malaysia di hujan ni dengan air. selatan negara banjir..tengah Malaysia banjir..utara Malaysia pun banjir..ramai penduduk khuatir hujan di musim tengkujuh ni akan menyebabkan banjir besar berlaku sama seperti tahun-tahun sudah.. namun kerajaan dengan pantas sedia membantu penduduk dengan berpindah ketempat yg lebih selamat... terima kasih kerajaan Malaysia...

sedarkah kita
kalau malaysia dihujan ni air namun nun jauh di Palestine (Gaza ) rakyat mereka dihujan ni dengan peluru.... ledakan bom.. roket yg berkeliaran.. kemusnahan.. kematian.. hujan darah dimerata-rata .. tangisan mangsa .. bunyi seren kecemasan yg memilukan..aduh..sangat menyedihkan... melihat photo kanak-kanak yg menjadi mangsa sudah cukup buat kita merasa sebak di dada..namun berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul...


sedarkah jugak kita
mungkin kita tidak pernah mengalami peperangan tetapi sebagai muslim yg sayangkan saudara seagamanya. kita  dapat rasakan bagaimana peritnya penderitaan mereka  disana tu.. kalau kita lihat di tv, surat khabar, internet.. seluruh dunia menyuarakan bantahan kepada israel  namun apa tindakan dunia utk peperangan ini???? semakin berlarutan saja yg kita lihat..hurm.... mana perginya keadilan?
#only Allah know the secret....

sedar jugakkah kita lagi..
kita tak mampu melawan dengan senjata pada musuh musuh islam itu tetapi kita boleh melawan mereka dengan doa-doa kita kepada Allah yg Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa di alam maya ni... alam ni milikNya. dunia ni milikNya.. kita juga milikNya... so mari kita sama sama berdoa untuk keselamatan penduduk disana..Moga Allah beri perlindungan kepada saudara seagama kita disana.... aaminnn.....

                         


   '' free Gaza , free Palestine!!'' 

    save the muslim save our ISLAM!!

17.11.12

selamat hari lahir girl


assalamualaikum...
esok 18 november
esok my second daughter ety izzaty punya birthday
esok umur dia genap 17 tahun
esok jugak maq kena belanja dia makan ke?
hehehe tengok la macamane nanti kan
sebab kalau my mr castelo  tak mau keluar
mana mungkin  nak bawa dia keluar...
dia makin besar sekarang...
dah pandai mencari kehidupan dia sendiri..kot..
hahaha berangan jek..ubun-ubun lembut lagi jangan nak mimpi la.
maq ni mama dia
maq kawan dia
kadang-kadang musuh dia jugak hehe
tapi semua tu demi keselamatan dia
demi kasih sayang maq untuk dia..adik dan kakaknya....
tapi sudah dikatakan remaja
semua yg dilakukannya  dianggap betul
kami mak bapak mereka ni semua nya kurang betul...
maq tau lah sebab maq pun pernah muda dulu-dulu...
memang sukar nak mendidik anak gadis
memang sukar jadi seorang ibu
memang sukar jadi seorang perempuan yg sempurna
tapi amat tak sukar jika kita buat semua tu jika kita iklas
ins sha ALLAH....
andai esok maq tak dapat belanja dia makan or belikan kad..
ni je yg mampu maq beri kat dia...harap dia sudi terima
download jek ni huhuhu...bajet tuu....







 

 




dari tak ada download pon download lah...kan3x  hehehe
oklah untuk birthday girl esok...
ety izzaty...
selamat ulang tahun
semuga panjang umur
dipermudahkan semua urusan
dan maju jaya dalam hidup dunia dan hidup di akhirat..
sesungguhnya maq mau yg terbaik hanya kekal milik anak-anak maq... ins sha Allah ....


16.11.12

terserah....



salam...
sebagai insan yg silap...
salah ke kalau aku memohon maaf atas semua kesilapan?
salah ke jika aku berlaku jujur atas semua kekusutan?
memang perit untuk menerima kenyataan ni
tapi harusnya engkau berterima kasih atas kejujuran aku ni..
apa yg aku cukup terkilan kejujuran aku tak diterima..
sedih sangat sangat..
sedang nabi ampunkan umatnya mengapa tidak engkau?
yg juga manusia biasa seperti aku ni???
hina sangat kah diri aku ni?jahat sangat kah aku?
kemaafan dah aku pohon penyesalan dah aku buat
muhasabah diri dah aku lakukan..
terserah pada engkau untuk memikirkannya
kini aku tak akan ulangi kesilapan dulu
demi nama penciptaku Allah swt
aku bersumpah yg aku kini makin rindu
rindu pada ketenangan - rindu pada kenyataan
hanya bersama Penciptaku
kerana DIA sahaja tempat aku mengadu kini....
bukan lagi kamu....
apa yg mampu aku katakan disini...terima kasih untuk sebuah kenangan..

13.11.12

kenapa rasa macamni...

ahad...
seawal jam 9 pagi aku dah keluar ke bandar batu pahat bersama suami dan anak-anak
waktu nak keluar rumah,tiba-tiba nset aku berbunyi
menandakan sms masuk satu! haha
bila di buka...
sebak terasa...apatak nya ibu saudara aku ** mak anjang
menghantar sms yg berbunyi..

....salam....apa khabar anakndaku sayang... :"(

yg buat aku sebak tu icon yg dia bagi tu ialah icon sedih..
ye tiba-tiba rindu aku kat mak anjang terus datang,...
dia kata lama tak dengar khabar aku
dia tanya pasal anak -anak yg sedang ambil periksa
dia tanya pasal perasaan aku ketika anak-anak sedang periksa
aduh... sayang jugak dia kat aku
kenapa boleh aku tak amek sikit masa untuk bertanya khabar dia??
sibok sangat ke aku ni???
ye ALLAH..ampun kan aku
mak anjang ku sayang... maafkan anni ye
urusan seharian menyebabkan anni lupa pada yg jauh disana
rupanya masih ada insan yg  merindu kat anni...
sayang kat anni...maaf sangat sangat...
masa tu dada aku makin keras..
sebak bergetar di jantung
air mata laju dipipi...
penyesalan berkunjung di benak hati dan minda....
bersalah  pada semua....aaah...
kemudian rasa rindu bertambah-tambah rindu pulak pada semua..
pada mak ..abah...adik-adik...fatimah club...
bila kita akan berjumpa lagi :/



dan tiba-tiba aku rasa..
rumah aku ini jadi kosong....
hurm...




11.11.12

tak perlu begitu bagus

assalamualaikum
suasana harini sangat tenang
mungkin setenang hati aku ni
walaupun demam belum pulih 100%
dan batuk masih mengiringi suasana
namun aku memang terasa damai...Alhamdulillah

semalam ..
aku dah puas menjelajah satu pelusuk daerah Kluang..
ber'konvoi' dengan family untuk menguruskan acara meminang dan bertunang buat anak saudara aku yg ensem tu huhu
bersama asben dan sikecil memang serius seronok gile!!
hehehe paling seronok ialah ketika terlepas dari kumpulan'konvoi'
walaupun pada luaran nampak agak serabut sikit tapi enjoy hahaha
cuma kesian kat abg yunn demam ke dia harini?
sebab semalam dia asik berhujan jek..hehe
aku sempat jugak rakam saat manis semalam..
jum kita cuci mata ...

posing dalam kereta walaupun muka dah mula tention

my super castelo ~ mr man
dia yg bikin aku serabut semalam
weeekkk hahaha

kedai putu bambu yg special !
mahal pun tak pe la bang...
sedapkan aida? huhu

wakil dari pihak lelaki
muka masing-masing macam letih jek
hehehe

hantaran dari pihak perempuan
purple mood



kilang tisu yg selalu member aku  bekalkan tisu tu
hehehe jauh tu yunk.....

asap dari kilang proses kelapa sawet
yang buat aida sedikit jakun
hahaha

girls berdua ni tak ikut
sebab bawah umur hehehe
bytheway
semuanya berjalan dengan lancar
terima kasih kat paman adi
yg telah berjaya menjadi wakil pihak lelaki
esok kalau anak akak nak tunang akak panggil lu la beb!
ehehehe  tempah dulu ;)
apa yg aku dapat kupaskan atas kejadian semalam
buat aku dan semua
kita insan ni biasa..
tak perlulah menjadi begitu bagus..
yg sedang-sedang sudah la kan3x hehehehe...
abang yunn cepat cari duit hantaran tu...
masa tak lama 8k dalam setahun lebih je
adeh... cayokk2x



9.11.12

Sama tapi berbeza

assalamualaikum
anak adalah amanah
setiap anak yg dianugerahkan oleh Allah
ada kelebihan masing-masing
mungkin kita tak dapat mengetahuinya sekarang
sebab mereka sedia ada didepan mata
namun apabila tiba satu saat yg perit
barulah kita mengerti
bahawa anak itu adalah anugerah yg tak ternilai oleh sesiapa pun...
harini aku nak share gambar anak aku yg berusia 10 tahun ni
manjanya
senyumannya
telatahnya yg becok
dan sikapnya yg lebih matang dari usianya
adakala buat kami sekeluarga terhibur
dan tak kurang juga makan hati hehehe...
~ adibah aida ~




































katanya dah besar nak jadi ahli sains
nak cipta 1 jenis kenderaan yg mampu digunakan di tiga permukaan
sebuah kereta yg mampu
terbang diudara
belayar dilautan
dan pecut dijalan raya
amboi... hebat sungguh impian dia
dan yg buat aku terharu tu
orang yg pertama yg akan dijual kenderaan itu
ialah aku - mama dia sendiri -
habis lew aku dibuat bahan ujikaji :p
hahahaha...



P/s korang lihat lah gambar dia - org nya yg sama tapi wajahnya yg agak berbeza...dan kalau korang perasan, dia suka make up!! hehehe..

7.11.12

dirimu tiada pengganti

1
2
3
....sNaP!!!
Alamak!! keluar gambar ni pulak hahaha
ish..kena tutup mata ni..keseksiannya yg melampau :p
jap2..snap lagi...
1

2

3

......... sNaP!!!

Eh!!
kenapa keluar telo lak ni
dah sudah..telur sapa pulakkkk...
hehehehe...adoiyai...
salah..salah...jap snap lain style k


1

2

3

........sNaP!!!!


 

Adeh pendekar penyu pulak yg posinggg...
kenapa lah camera aku ni...
jap la...
ish...

1

2

3

......sNaP!!! sNaP!! sNaP!!!










tu dia..
permata hatiku selamanya..hanya korang buahati maq
dulu..kini dan selamanya
sayang kat korang tak akan pernah pudar....
kebahagiaan milik korang..dunia dan akhirat..aaminnn~



maq syg semua...


ingatlah sayang...
kasih sayang ini tiada nilainya
dan jangan korang hampakan hasrat maq
yg mana maq mahukan korang berusaha untuk masa depan korang tu
jangan musnahkan masa depanmu dengan kekejaman dunia ni
sesungguhnya berusaha itu lebih baik dari berdiam diri..
~maqnie nurseri~