Posts

Showing posts from December, 2012

Satu Anugerah

assalamualaikum
kehadiranmu bagai satu anugerah buat diriku
melewati hidupku yang sedang resah
dikala aku terpenjara dengan seribu kenangan silam
kau hadir meleraikan semua kekusutan
saat aku lemah
kau lah pemankin semangat
saat aku rebah
kau pimpin tanganku untuk melangkah
kau anugerah terindah
kau sinar dikegelapanku yang makin mencengkam
namun . . .
disini aku masih belum berani untuk menjanjikan apa-apa
kerana kemelut yang bergelora dijiwaku ini
parutnya masih lagi berdarah . . .


penyesalan

Assalamualaikum..

Anda pernah menyesal? manusia sering kali rasa menyesal bila dah buat satu kesilapan
kadang kala penyesalan tu amat bermakna
dan ada kala langsung tak berguna.

Penyesalan bukan bermakna anda kalah
tetapi penyesalan pasti buat anda rasa lemah.

ye..satu penyesalan bakal menjadikan seluruh badan lesu tak bermaya kadang kala lidah jadi kelu tak terkata . Kenyataan seakan menjadi satu ledakan yang mengganas dalam perasaan.

jiwa termangu - harapan beku namun, sesal dulu berpendapatan, nyesal kemudian tiada berguna .


resah datang lagi

jiwa ni umpama lautan
saujana mata memandang
terbentang luas
kadang-kadang tenang
ada ketika ganas bergelora.... resah ini umpama bulan hadir dikala malam kadang-kadang terang ada masa suram....
ada ketika terus kelam
hidup ini umpama pelayaran
perlukan bahtera dan nakhoda
belayar menuju pelabuhan
walau badai datang menjelma
manusia adalah pelakon
alam menjadi pentasnya
aku hanya hamba
yg makin resah menanti usia
dimalam sepi
keangkuhan menjadi rindu
gelora pada cinta yg dulu . . .

sebenarnya memang boleh terima...

Image
assalamualaikum awak semua..
resah bukan bermaksud  gelisah
rindu bukan belenggu tapi rindu adalah penentu ...
ececehhh berkata kata indah pulak dah ni.......

tengahari dah makin hampir maqnie dah tak tau nak buat apa utk menu tengaharini..hari-hari asam pedas..sup sayur..sup ayam ..sambal tumis.. ikan goreng.. ayam goreng..,masak lemak..masak kicap...masak kari hahaha tukang masak dah naik jemu menu apakah untuk dimasakkk  hehehe aptb!!!

ting!!

harini pertama kali maqnie hidangkan menu istemewa ini buat keluarga... anda mau lihat? atau anda pernah rasa. pada mulanya anak-anak agak pelik namun  bila dah rasa.. ahha... no komen !!!!
nak tau apa kah dia?
jom lihat bersama-sama ...







sebelum ni anak-anak maqnie tak lalu nak makan buduni ...kalau cencaluk...belacan..tempoyak tu boleh lagi kot. bukan apa mereka pernah lihat proses membuat budu di tV tu yg mereka agak ..yuhhh  tak dapat di katakan disini tetapi dek kerana dah siap terhidang..dengan haruman limau kasturi, bawang dan cili...mer…