1.12.12

nak cakap tapi tak boleh cakap

assalamualaikum
hujan diluar
sejuk didalam
hehehe maksud nya dalam rumah ni la..
sejuk sangat-sangat...
dalam musim hujanni maqnie dah 2 kali kena demam..cobaann....

sedang anak-anak lena dibuai mimpi tidur petang, asben maqnie pun lena sama..maka ni lah peluang maqnie nak berblog ehehe sape nak marahkan.. kalau tidur nanti payah lak nak bangun   ish tulah masalah maq ...

sabtu...
ye kalau dulu-dulu bila tiba hari sabtu maqnie agak sibuk sikit dari hari-hari biasa.
pukul 2.30pm akan ke surau untuk klas fardhu ain dan klas tamat bila tiba waktu solat asar.kemudian maqnie dan kawan-kawan akan ke klas tajwid selepas solat asar iaitu dalam jam 5.00pm.. malamnya jam 8.00mlm maqnie akan kekunjungan yasin kumpulan AL~RAUDHAH.. dimana kami akan kerumah ahli yg digilirkan untuk membuat bacaan  yasin dirumahnya sehingga lah pukul 10 malam... penuhkan jadual pada hari sabtu tu? tapi itu dulu...

sekarang...
maqnie dah makin jauh dari aktibiti tu. bukan maqnie nak jauhkan diri dari aktibiti keagamaan ni. puncanya...
maqnie benci kalau orang bergossip.. bercerita keburukan orang lain sebab semua aktibiti yg maqnie pergi hampir tiap kali ada saja cerita berunsurkan mengumpat dan mengata.. sedihhh... maqnie tak suka semua tu .... habis lah pahala yg kita buat berjam-jam tu hanya sebab mengata keburukan orang lain. memang maq akui perempuan kalau berkumpul mesti ada je cerita yg nak dikongsikan tapi jangan lah melampau seakan-akan  diri sendiri tu je yg betul... sebenarnya kalau nak cakap hal orang tu boleh tapi kalau hal keburukan tu tak cakap pun boleh kot...

sekarang ni
aktibiti maq banyak habis dengan keluarga. melayan anak-anak asuhan.melayan karenah anak-anak sendiri.melayan kerenah suami heeee ~ wajib tu yunx kan?? bila hari cuti kami sekeluarga  akan keluar pergi jalan-jalan..tapi tak selalu la.. paling koman pun lepak di dataran tu hah..cuci mata ;)  winkkk winkkk haha
dan jika ada undangan yasin atau majlis-majlis keagamaan barulah maqnie pergi.. tapi dah jarang la ..memang  anda semua mesti pelik.. keluar ke anjung rumah pun maqnie dah tak kuasa hehe sehari adalah 3kali tu pun cuma ambil towel mandi.

boleh ke kalau kita tak campur masyarakat?
tapi kalau campur pun ada je cerita yg berunsur umpatan yg didengari.
tahukah anda apa hukum mengumpat?
maqnie ni kurang lagi tahap keimanan pada diri
tapi untuk sesuatu yg  memberi masalah dalam hidup maq kena abaikan..
dosa sendiri belum terhapus lagi nak ditambah lagi dosa-dosa lain..
hanya ALLAH yg maha mengetahui..
maqnie pun sekarang mengaji dirumah je sebab maq tak mahu memakan daging saudara sendiri nanti...
wassalam~

No comments: