mestikah begitu

assalammualaikum semua
pagi selasa yg sangat indah
angin dingin menyapa ke wajah dengan mesra dan bersopan santun
anak-anak sudah kesekolah bagi menunaikan kewajipannya
menandakan subuh kian pergi dan hamparan siang kian menghampiri
yg tinggal hanya maq disini ..
setelah siap semua tugasan
menyelak helaian akhbar memang sudah mesti
menyelongkar tiap sudut berita adalah satu hobi maqnie ..
terpaut pada satu sudut..rasanya tak perlu dikatakan disini,sudut apakah itu
namun maq sangat tertarik pada isi katanya...
sudah ada pengganti..
siapakah?..dia adalah seseorang yg sangat popular di malaysia ni
seorang selebriti lelaki yg sungguh ... awesome kot ..! hehe
dia mengakui yg dia sudah temu pengganti
utk mengganti teman hidupnya yg baru di ceraikan sebelum ni ...
mudahkan lelaki ni . . .
rasanya belum pun setahun mereka berpisah hurmm....entahlah..
jika di ambil dari sudut positif anggap je lah tiada jodoh
tapi jika di amati dari sudut iklasnya cinta..
manakah nilai cintanya yg dulu ?
jika pengganti sebegitu mudah diperolehi !
kalau kita lihat..lelaki memang senang mendapat pengganti
berbanding perempuan...kenapa ye?
adakah lelaki lebih murah cintanya berbanding perempuan?
tepuk dada tanyalah selera.. kesimpulannya memang jelas lah nampaknya dlm hidup ni,
lelaki memang tak boleh meneruskan kehidupan nya tanpa seorang wanita disisinya..
kalau tak mengharapkan teman wanitanya
dia akan mencari ibunya...mestikah begitu??? waALLAHhualam...

Comments