dendam itu sakit

assalammualaikum
bila diizinkan melihat alam ini kembali
bersyukur sangat-sangat kerana masih lagi bernafas dengan sempurna
masih dapat menunaikan tanggung jawap dan tugas harian
serta  masih berupaya utk membuat amal ibadah
alhamdulillah...
seharian meniti kehidupan
seakan roda yg berputar
ada kala diatas
ada ketika dibawah
insan adalah pelakon utama
menjadi pelakon dimaya ini sangat  teruji
dalam menguasai minda
insan mudah lupa
bahawa darjat itu bukan ketentuan insan
tapi hak Maha Pencipta
adakala insan menjadi pedendam yg tegar
ada ketika insan menjadi pemburu bayang yg kejam,
ada masa insan menjadi penyayang yg sangat setia
dimana kita?
hanya kita yg tahu
aku yg meniti liku kehidupan ini
hanya menyeru pada teman-temanku
hapuskan semua dendam
lupuskan semua irihati
kerana kita insan yg tidak sempurna
dan diakhir perjalanan nanti
kita semua akan berkumpul bersama - sama disana...
in sha Allah . . . . .
ingatlah teman..berdendam itu satu penyakit yg menyakitkan....

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi