Posts

Showing posts from March, 2013

cuti sudah . . .

Assalamualaikum
terima kasih pada yang sudi membaca luahan hati maqnie ni
mohon Allah permudahkan lagi urusan kalian semua
minggu ni cuti sekolah dah mula kan
haish..busy u
kalau hari sekolah maqnie busy
hari cuti sekolah pun maqnie boleh cakap busy?
ye lorh..anak-anak dirumah berkumpul
dicampur dengan anak-anak asuhan..alahai..meriah gitu
macam ada majlis jemput menantu pulak suasana rumah ni hehehe.. ( berangan le tu )
sebenarnya maqnie ni bukan senang dengan suasana bising ,alergik..tapi nak buat macamana la kan
dah nama pun anak-anak...
bukan mereka dengar kata pun bila  di tegur
sekejap mungkin boleh le sunyi tapi 10 minit lepas tu?
sama lagi kemeriahannya...sabo je laaa


harini maqnie ingat nak buat kerabu daun selom
hari-hari makan kari,asam pedas,masak kicap..alahai...
badan maqnie ni pun dah makin mengembang dah
so..minggu ni layan lauk-lauk yang simple je
yang ringan kalorinya
kalau semalam sayur nenas masak asam..
anak maqnie boleh makan tambah 2kali
harini maqnie nak lihat

maq dan kehidupan

assalamualaikum pagi yang indah menjelma semula,seawal pagi maq dah mula berjogging didapur sediakan sarapan pagi ,cuci baju , kemas rumah,ala..tu la kerja maq hari-hari 24/7 hehehe dan dah lebih 20 tahun maq melakukan aktiviti yang serupa ..lama kan?
kalau dikira susun batu block sejam seketul..agak-agak maqnie dah boleh dirikan tembuk maqnie sendiri mungkin kalah tembuk kat negara Cina tu hehehe ( perasan je ni ) namun kebosanan tu hilang walaupun dah dekat 20 tahun hidup macam ni maq tak pulak rasa bosan tapi kadang - kadang tu rasa jugak eheheh nak tau kenapa?

sejak hadirnya anak-anak asuhan ...mereka tu memang macam- macam perangai tapi kehadiran mereka sedikit sebanyak menghiburkan hati maq yang dah mula naik jemu duduk rumah. gelak tawa mereka..tangisan mereka semua tu telatah yang buat maq sangat bersemangat untuk meneruskan semua aktiviti.sehinggakan jika lama tak jumpa mereka, maq rasa nak demam pun ada, sakit badan pun ada..ada ketika sampai maq terkena tekanan darah tinggi…

keluhan perempuan

assalammualaikum
semalam tidur malam ku tak lena
semalaman mataku tak mahu pejam
fikiran yang melayang jauh
mengenangkan sulitnya satu kebahagiaan
menggungkap erti kebahagiaan amat sukar rupanya
teringat butir katanya buat aku  menusuk ke kalbu
jika difikirkan
bukan mudah menjadi seorang perempuan
dari zaman lahirnya
zaman kanak-kanaknya
zaman remajanya
dan akhir sekali zaman tuanya (zaman alam rumah tangga )
sentiasa dikawal ,
dikongkong  aktivitinya
alasannya untuk kebaikan tuan punya diri
untuk kesenangan dimasa hadapan
untuk menjaga maruah keluarga
dimana adilnya...?
kenapa perempuan tak boleh bebas?
kalau difikir secara perikemanusiaan
siapa sanggup berkurung rumah
hanya untuk menjaga maruah?
siapa sanggup berdiam diri
tanpa berkomunikasi dengan orang lain?
siapa tahan hari-hari mengadap aktiviti serupa
didalam rumah disepanjang hidupnya?
mungkin itu peraturan bagi perempuan di zaman dahulu
tapi..jangan
anggap dizaman ini tidak terdapat lagi...
jangan salahkan sesiapa  jika ister…