26.4.13

KESILAPAN SEORANG PEREMPUAN

Assalammualaikum semua, senyumlah walau hati menangis,rindu yang datang tiba-tiba kadang kala taktahu siapa yang punya,namun terbayang wajah orang tua yang jauh, wajah adik-adik,wajah orang yang pernah menjadi insan tersayang,membuatkan jiwa makin kacau.

naluri seorang perempuan,bila rasa rindu,hati jadi sebak semacam, macam lah esok lusa tak akan berjumpa,ye tak? air mata tu senang sangat menitisnya pun,alahai... kalau budak - budak menangis nampak la comel,tapi bila budak expired yang menangis,buruk beno ~ hehe

sebut pasal perempuan ,hampir semua dikatakan bersifat penyayang, sayang suaminya,anak-anaknya,ibubapanya,kawan-kawannya, jiran-jirannya..boleh cakap hampir seluruh orang yang hampir dengannya adalah yang disayang. cuma jenis kasih sayang nya saja yang berbeza-beza. namun berbeza dengan kaum lelaki,mereka hanya sayang ahli keluarganya dan kekasihnya je..eh...hehehe~

apa silapnya perempuan :

kalau dah sayang tu lupa dunia,sanggup berkorban apa saja untuk yang disayangi, berhabis pun takpe ,asalkan insan yang dia sayang tu gembira,padahal insan yang dia sayang tu entah berterima kasih ke tak padanya. entah bersyukur ke tak , entah kenang budinya ke tak ..wallah hualam...

kalau dah bercakap,tak ikut akal,ikut hati, ikut nafsu bercakap,sebab tu orang perempuan kuat membebel *macam maqnie*tapi hanya bibir je yang membebel ok,hati still baik punyaa...huhu

kalau dah memebebel,tak reti nak stop! dari A~Z..kadang-kadang orang yang tak bersalah pun turut menjadi mangsa, ish..kat mana lah silapnya tu kan.

apa yang sering kita nampak ,kesilapan perempuan ,ialah sanggup menanggung derita dalam rumah tangganya semata-mata  disebabkan dia sayangkan anak-anaknya yang masih kecil .! ergh . . . .

25.4.13

KILAUAN DAPUR

Assalammualaikum semua
sekarang ni kalau kita lihat di astro prima
Program realiti kilauan Emas telah  pun berlangsung
emmm... peserta pun dah dipilih
amboi..meriah gitu peserta kali ni
rasanya ramai suami yang kena jaga anak-anak dirumah sekarang ni
bila isteri mereka dah mula bernyanyi
maq nie tak nak komen lebih la
sebab semua ni ada  positif dan negetif  jugak..
ahh ..semua aktiviti ada pro dan kontra nya kan
so kenapa nak pertikaikannya lagi ..tak gitu?
pokok pangkalnya terserah pada tuan punya badan
bagaimana nak menonjolkan bakat masing-masing..
sebenarnya ramai orang muda yang tak selesa dengan program ini
maklom lah kan orang tua-tua menyanyi mana ada feel, ye tak?
wajah pun dah longgar semacam
gigi pun dah tak penuh
badan pun dah tak slim
tapi kalau dengar suara mereka...memang hebat !!
orang muda pun kalah rasanya hehehe ..terbaik lah ~
kalau ada yang nak komplen pasal  usia , mereka tu silap..
cuba kita bayangkan artis yang muda-muda yg ada sekarang ni,
kita bayangkan mereka 20 tahun akan datang..
alaa..serupa jugak dengan otai-otai ni semua
tua,tak slim,gigi tak penuh,nafas dah pendek hehehe...
so..jangan lah dok fikir pasal orang dapur
yg semestinya asik-asik kena duduk dapur 24jam sepanjang hayatnya
atleast kasi lah chance mereka beraksi di depan penuntun kan.
dan peserta kali ni semuanya hebat-hebat belaka.
maqnie? ...alaaa..bakat maqnie hanya berkilau didapur
nak menyanyi pun kat dapur
huhu .ape nak buat kan..dah kata pun orang dapur
redho je lah...:)



19.4.13

SMS jumaat 19.4.2013

Assalammualaikum
syukur kita dapat bertemu sekali lagi  jumaat dalam hidup ini
sekali lagi dipertemukan dengan semua  mahluk di maya ini
sehari lagi nafas masih mampu berhembus
sehari lagi jantung masih  terus  berdegup
sehari lagi mata masih dapat melihat keindahan alam
sehari lagi anggota badan masih mampu bergerak untuk melakukan semua tugasan
alhamdulillah syukur.. syukur ..syukur padaMu YA ALLAH...
Maha Pengasih, Maha Penyayang...

jam menunjukan keangka 10.45am
Maq baru nak masak didapur
tiba-tiba handset maq berbunyi
tanda ada pesanan ringkas dari seseorang
bila maq buka rupanya pesanan ringkas itu datang dari ustazah
yang mengajar maq ilmu tajuid al-Quran
terharu membacanya SMS beliau bila ayat yg di hantar kepada maq berbunyi :

Ustazah : salam ..gembira hati dan Alhamdulillah anak-anak didik akak dah boleh membaca doa dalam majlis yasin, mudah-mudahan akan berterusan..amin2

Maq : Wsalam,mana akak tau ;)  tapi semua tu hasil dari didikan akak jugakkan..syukur..

Ustazah :  Amin3 ..muga ianya menjadi saham kita diakhirat nanti..

Maq : . . ..  *sebak* . .Aaminn.. terima kasih Ustazah.. :)

Ustazah : sama-sama

*** Sebenarnya :
malam tadi kumpulan yasin al Raudhah
ada undangan di rumah salah sorang penduduk di taman Bukit Perdana ini
kerana pemergian orang tersayang menemui Penciptanya semalam..
disebabkan ustazah  ada tanggungjawap lain  malam tu dan tidak dapat hadir,
maka maqnie dan bendahari telah menggantikan ustazah sebagai pembaca doa pada malam itu..
tetapi kami juga dibantu oleh Ustazah Rubiah  sebagai ketua mukadimah majlis tersebut.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ...


17.4.13

suami yang tak bersyukur

Assalammualaikum
dalam mencari keutuhan rumah tangga
suami dan isteri mainkan peranan masing-masing
apa yang selalu diperkatakan
suami adalah ketua keluarga
dan isteri adalah sebagai pengurus rumah tangga
namun begitu dalam dunia yang serba moden ini
ramai suami terlupa yang dia adalah ketua keluarga
malahan banyak urusan keluarga di serah bulat-bulat pada isteri
temasuklah nafkah !
ramai suami hanya lepas tangan dalam rumah tangga
si isteri yang nak kehidupan yang lebih sempurna
terpaksa berkorban apa yang dia ada
termasuk wang ringgit nya sekali
padahal hasil kerja isteri sesungguhnya adalah hak isteri
bukan lah nafkah untuk tanggung keluarga
ramai suami yang hanya menghabiskan duit gaji untuk kepentingannya sendiri
ramai pula merasakan cukuplah hanya dengan bayar duit rumah,bil,dan belanja dapur.
yang lain-lain itu hak isteri mengguruskannya..adil kah?
untunglah jika dapat suami yang tak berkira sangat dalam urusan perbelanjaan rumah tangga
tetapi rugilah bagi yang dapat suami yang sebaliknya...
banyak-banyak lah bersabar duhai isteri-isteri sekelian,
jika suami kamu seorang yang kedekut!
atau berkira dengan duit gajinya.
yakinlah kalian bahawa biarlah duit kita habis untuk keperluan anak-anak
dari ditarik Allah dengan benda yang kita tidak ketahui sebab musababnya
contohnya :
duit tercicir
penjual salah kira duit baki
beli rokok yang tidak mengenyangkan tu
beli keperluan yang tak berapa perlu
tayar motor asik pancit
kerosakkan disana sini
kredit handset asik ditolak tanpa sebab musabab oleh Maxis
ah ! itu pun si suami masih tak perasan...
aduhai para suami... bersyukurlah dengan kerjasama isteri anda selamani...

14.4.13

kemeriahan dimana-mana

assalamualaikum
Mari la mari ,pergi mengundi
jangan lupa kewajipan pada negara
hehehe..semangat betul ni
masa maq menaip entri ni
pilihan raya ada lagi 3 minggu untuk dijalankan
kemeriahannya sudah terasa disetiap pelusuh negara
dikampung-kampung,ditaman-taman, di sepanjang jalan raya
kita akan disambut meriah oleh bendera-bendera parti politik yang bertanding
memang meriahlah ,tadi masa balik kekampung
maqnie sempat la merakam kan beberapa photo yang di snap disepanjang perjalanan
jom saksikannya :







sambutan yang dijalankan 5 tahun sekali ini
moga mendatangkan kebaikan pada rakyat malaysia dimasa akan datang
pemilih layak memilih
pengundi ada hak mengundi
pemimpin wajib tepati janji
selamat mengundi semua ...good luck~

kewajipan dan hari minggu

sunday is coming
lah speaking london pulak tu hehe
hari minggu macam ni aktiviti serupa berlangsung
asben nak makan nasi lemak
so layan kan je la ,sambal sotong semestinya
siap breakfast teringat baju mak yang disuruh jahitkan
uhh..start pegang gunting pulaknya
eh..persiapan hari raya anda semua macamane?
lagi lebih kurang tak sampai 3 bulan ramadhan akan datang kan..
bila siap memotong,asben ajak pula pergi balik kampung nya di Parit Yusuf
ok sayang,lepas zuhur kita gerak ye..
emmm.. itu lah aktiviti separuh hari maqnie di hari minggu ni
esok seperti biasa ,aktivit serupa lah..
melayan anak-anak asuhan yang macam-macam perangai tu hehe
apa pun kehidupan mesti diteruskan
aktiviti yang serupa adalah rutin dalam hidup
mohon Allah berikan kesihatan yang sempurna buat maq
dan maq dapat menunaikan semua tanggung jawap ni dengan sempurna...aamin....