KESILAPAN SEORANG PEREMPUAN

Assalammualaikum semua, senyumlah walau hati menangis,rindu yang datang tiba-tiba kadang kala taktahu siapa yang punya,namun terbayang wajah orang tua yang jauh, wajah adik-adik,wajah orang yang pernah menjadi insan tersayang,membuatkan jiwa makin kacau.

naluri seorang perempuan,bila rasa rindu,hati jadi sebak semacam, macam lah esok lusa tak akan berjumpa,ye tak? air mata tu senang sangat menitisnya pun,alahai... kalau budak - budak menangis nampak la comel,tapi bila budak expired yang menangis,buruk beno ~ hehe

sebut pasal perempuan ,hampir semua dikatakan bersifat penyayang, sayang suaminya,anak-anaknya,ibubapanya,kawan-kawannya, jiran-jirannya..boleh cakap hampir seluruh orang yang hampir dengannya adalah yang disayang. cuma jenis kasih sayang nya saja yang berbeza-beza. namun berbeza dengan kaum lelaki,mereka hanya sayang ahli keluarganya dan kekasihnya je..eh...hehehe~

apa silapnya perempuan :

kalau dah sayang tu lupa dunia,sanggup berkorban apa saja untuk yang disayangi, berhabis pun takpe ,asalkan insan yang dia sayang tu gembira,padahal insan yang dia sayang tu entah berterima kasih ke tak padanya. entah bersyukur ke tak , entah kenang budinya ke tak ..wallah hualam...

kalau dah bercakap,tak ikut akal,ikut hati, ikut nafsu bercakap,sebab tu orang perempuan kuat membebel *macam maqnie*tapi hanya bibir je yang membebel ok,hati still baik punyaa...huhu

kalau dah memebebel,tak reti nak stop! dari A~Z..kadang-kadang orang yang tak bersalah pun turut menjadi mangsa, ish..kat mana lah silapnya tu kan.

apa yang sering kita nampak ,kesilapan perempuan ,ialah sanggup menanggung derita dalam rumah tangganya semata-mata  disebabkan dia sayangkan anak-anaknya yang masih kecil .! ergh . . . .

Comments