18.6.13

PAYUNG EMAS : SANGGUPKAH ANDA

Assalamualaikum

sekali lagi maqnie membebel diblog kesayangan ni. sebenarnya maq baru lepas baca majalah kegemaran maq iaitu  majalah pilihan wanita 40++ di Malaysia . tak lain tak bukan ialah majalah MIDI ..walaupun maq bukan pelanggan tetap majalah ni,tetapi dalam masa terluang maqnie akan setia membacanya .dan ianya menambahkan lagi ilmu pengetahuan maq sebagai perempuan yg berusia 40 tahun lebih.

hari ni entah majalah keluaran bila ,tapi maq begitu tertarik bila membaca satu artikal mengenai poligami .dalam kes tersebut seorang ustaz mempunyai isteri lebih dari sorang ,iaitu 3 orang .

perkahwinan seawal usia 23 tahun ,ketika itu beliau masih lagi menuntut dan isterinya adalah seorang pelajar lepasan SPM yg akan melanjutkan pelajarannya ditempat yg sama ,dalam kes ini beliau (ustaz ) itu tidak pun mengenali bakal isterinya namun ustaz dilamar oleh bapa mertuanya sendiri kerana mahukan uztaz tersebut menjadi menantunya . dan dengan izin Allah termakbullah niat si ayah mertua itu . dan mereka hidup bahagia.

namun uztaz itu diuji lagi bila isterinya meminangkan isteri kedua untuk ustaz...beliau seorang ibu tunggal . walaupun bukan pilihan ustaz juga,namun ustaz tetap terima pilihan isterinya. kini mereka hidup berkongsi kasih atas kehendak isteri pertamanya bersama anak masing-masing.

tak lama kemudian sekali lagi ustaz di kejutkan apa bila isteri-isterinya meminangkan seorang ibu tunggal buat ustaz atas alasan ingin membantu seorang ibu tunggal lagi . dan permintaan mereka ustaz laksanakan apabila ustaz menikahi isteri ketiganya di sempadan Thailand.ramai yg memandang serong niat ustaz dan keluarga ,namun ustaz menyatakan :

ini bukan kehendak saya,ini adalah ketentuan Allah buat saya. dan jika saya menikahi kerana nafsu,adalah lebih baik saya mencari isteri yg muda dan bukan ibu tunggal .

wahai sahabat maq si isteri sekelian :

mampukah kita menjadi seperti isteri-isteri ustaz tersebut .kalau lah ada alhamdulillah kerana Allah menjanjikan payung emas buat kalian,namun rasanya tak kurang jugak yg membantah atas alasan ketidak adilan nya nanti .sebenarnya suami adalah pebimbing keluarganya ,jika betul tunjuk ajarnya kepada isteri nya ,anak-anaknya atas tiap aktiviti harian berasaskan agama.,mengikut lunas-lunas islam yang adil dan telus ,maka akan mendapatlah faedah untuk dirinya sendiri. bukan sahaja di dunia ,malahan faedah hidupnya diakhirat jugak.

bahagialah mereka  yg sentiasa mengamalkan kehidupan berlandaskan agama islam  sejati. .
insyaAllah. dan percaya lah bahawa janji Allah itu pasti . . . .

PANDANGAN KU KELAM.

Assalammualaikum semua insan yang sedang bahagia , minggu ni ,pada mulanya maq agak terkejut bila kain baju yang maq sidai diampaian berbau asap. tiap -tiap hari pulak tu berbau.sebenarnya maq memang tak suka bila kain baju yang disidai berbau asap. habis la bau wangi sabun daia maq tu hehe , tetapi bila diberitahu Johor berjerebu..maka terjawaplah permasalahan tersebut.


dari mana asalnya memang maq tak mahu ambil kesah, tapi semestinya ini berpunca dari aktiviti kebakaran . di Johor  memang kerap pekara ni berlaku ,tapi kebakaran ni bukan berpunca dari negeri Johor sendiri..tapi dari negara jiran yg menjalankan aktiviti pertanian tu. mungkin anda tahu kan ..


kesan jerebu bukan je udara tak sihat ,malahan manusianya jugak jadi tak sihat sama ..sakit dimana-mana. .seperti batuk..demam.. selsema ..sakit mata ..uh... cobaan sungguh tu ye. apa yang dinasihatkan,elakkan bersiar keluar rumah dalam detik berjerebu ini..amalkan meminum air masak yang lebih  .

maqnie sentiasa berdoa agar hujan turun lah di Johor ni ,terutama di Bukit Perdana Batu Pahat ,kerana jika hujan turun ,maka asap (jerebu ) akan hilang ,dan udara akan pulih kembali... ya Allah perkenan kan permintaan ku ..please. . . .





lihat je permandangan  dibelakang rumah maq
hilang sudah  bukit yang indah tersergam tu
semua ni angkara sang jerebu






lihat ..lokasi yang sama tapi cuacanya  yg sihat tidak berjerebu,
so,nampaklah bukit yg indah tu kan...


ni je permandangan yg dapat maq rakamkan .sebab maqnie hanya boleh keluar rumah diantara pintu depan dan pintu belakang je..lain-lain tempat tak dibenarkan ,bukan apa ..takut terpikat suami orang katanya ..adeh ....

14.6.13

DISEBABKAN MEREKA ,SEMUA TERBABIT

Assalamualaikum alam maya ku
hai para blogger yg budiman
semalam maqnie ada baca surat khabar ianya pastilah Berita Harian
cerita menjadi tajuk utama ialah BLOGGER HANTU DIHARAMKAN
wow.. hebatkan tajuk nya..apakah anda semua tahu apakah isinya. mari maqnie kongsikan disini :

pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi  kata Datuk Najib Tun Razak ..ini bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggung jawap atas maklumat yang diberikan sekali gus mengelak perpaduan masyarakat dari  pelbagai agama dirosakkan oleh para blogger..

tengok !!! hanya kerana segelintir mereka diluar sana (para blogger yg suka mengundang pergaduhan dalam masyarakat ) kita yang tidak kena mengena ini menjadi mangsa sama. so lepas ni semua maklumat diri akan dapat dikesan melalui profile blogger la kot..entah la... macam dah tak best je kan.. harap undang-undang tu tidak la ketat sangat utk kita para pemilik blog peribadi ni.. ye tak kawan-kawan ??  sebab rasanya tak semua hal peribadi kena di beritahu umum..yg biasa-biasa cukup la .

yang positifnya disini  : selepas ni para blogger akan lebih berhati-hati pada penulisan mereka jika bersentuh hal ehwal perkauman..keagamaan atau isu-isu sensitif negara kita ini..alhamdulillah. mohon yang terbaik semuanya buat kita para blogger. yang emo tu biarkan dia dengan labu-labunya . kita ni selagi boleh,kongsikan la apa je cerita yang rasa tidak menyinggung hati dan perasaan orang sudah la kan ...

10.6.13

DUGAAN BULAN INI

Assalammualaikum , minggu ni adalah minggu menguji kesabaran maq sekeluarga ,kami sekeluarga diserang demam selsema dan batuk . kata orang sekarang ni musim orang demam ,ada kata orang sekarang ni musim panas,ada kata orang sakit penghapus dosa . tapi  apa yang maq tau..bila tiba musim durian..memang ramai lah yang diserang demam dan selsema serta batuk ni !

durian? apa yg kita tau tentang buah ni? selain raja segala buah ia juga buah yg tak tumbuh di sembarangan tempat didunia ni . dan dalam jutaan manusia di malaysia ni,tak semua suka makan durian kan? ada yang kata durian best ,ada pulak kata durian ??...oh no !! ..ada yang kata ... emmmm tak makan pun takpe...

family maqnie memang 'hantu' durian ... kami  ada amalkan petua supaya tidak demam selepas makan berkilo-kilo biji durian pun, iaitu dengan meletakkan air masak kedalam pangsa dikulit durian.. gunakan jari sebagai pengodaknya selawat 3 kali ..kemudian diminum airnya  ...alhamdulillah so far so gud amalan ini ...

tapi... musim kali ni maq dan keluarga tak dapat menikmati keenakkan raja buah itu sebab....belum pun beli kami dah diserang demam..so.. pembelian di 'batalkan' ...alaaaaa. . . . . .





6.6.13

HANYA PEMINJAM

Assalammualaikum
berlabuh idea di laman blog maqnie lagi
kali ni maq bukan nak membebel pasal family
tapi pasal perasaan pulak
kata orang manusia yang tidak berperasaan adalah bukan manusia ,
tetapi haiwan ...
sebenarnya mereka lupa haiwan pun ada perasaan
cuma haiwan tak riak macam kita !
kenapa maqnie cakap macam tu?
cuba anda semua fikirkan
manusia ni kalau  berharta tu
belagak bukan main lagi
lagi-lagi yang bijak mencari duit!
cepat kaya ...cepat senang
ada ketika lupa asal usul
lupa dosa pahala
suka cakap takbur
mudah lupa segalanya !
haiwan pun ada kehebatannya
tapi mereka still maintain
sebab mereka tau ape guna berlagak
kalau semua didunia ni hanya pinjaman?
sungguh ..cuba tanya orang-orang kaya kat luar sama?
macamana dia orang beli rumah besar?beli kereta besar?
beli perhiasan mahal2 jadi hiasan dalam rumah?
bukan dari pinjaman bank ?
hehehe ye..manusia lupa yang mereka itu peminjam
dan kadang-kadang manusia juga  lupa
yang nyawa pun Allah bagi pinjam jugak untuknya  . . .
so lepasni hargai apa yang anda ada,
apa yang anda pinjam, kerana semua tu tak kekal ...
yang pasti kawal lah perasaan anda itu
jika anda seorang insan yang makin sedar diri . . .