DISEBABKAN MEREKA ,SEMUA TERBABIT

Assalamualaikum alam maya ku
hai para blogger yg budiman
semalam maqnie ada baca surat khabar ianya pastilah Berita Harian
cerita menjadi tajuk utama ialah BLOGGER HANTU DIHARAMKAN
wow.. hebatkan tajuk nya..apakah anda semua tahu apakah isinya. mari maqnie kongsikan disini :

pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi  kata Datuk Najib Tun Razak ..ini bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggung jawap atas maklumat yang diberikan sekali gus mengelak perpaduan masyarakat dari  pelbagai agama dirosakkan oleh para blogger..

tengok !!! hanya kerana segelintir mereka diluar sana (para blogger yg suka mengundang pergaduhan dalam masyarakat ) kita yang tidak kena mengena ini menjadi mangsa sama. so lepas ni semua maklumat diri akan dapat dikesan melalui profile blogger la kot..entah la... macam dah tak best je kan.. harap undang-undang tu tidak la ketat sangat utk kita para pemilik blog peribadi ni.. ye tak kawan-kawan ??  sebab rasanya tak semua hal peribadi kena di beritahu umum..yg biasa-biasa cukup la .

yang positifnya disini  : selepas ni para blogger akan lebih berhati-hati pada penulisan mereka jika bersentuh hal ehwal perkauman..keagamaan atau isu-isu sensitif negara kita ini..alhamdulillah. mohon yang terbaik semuanya buat kita para blogger. yang emo tu biarkan dia dengan labu-labunya . kita ni selagi boleh,kongsikan la apa je cerita yang rasa tidak menyinggung hati dan perasaan orang sudah la kan ...

Comments