DUGAAN BULAN INI

Assalammualaikum , minggu ni adalah minggu menguji kesabaran maq sekeluarga ,kami sekeluarga diserang demam selsema dan batuk . kata orang sekarang ni musim orang demam ,ada kata orang sekarang ni musim panas,ada kata orang sakit penghapus dosa . tapi  apa yang maq tau..bila tiba musim durian..memang ramai lah yang diserang demam dan selsema serta batuk ni !

durian? apa yg kita tau tentang buah ni? selain raja segala buah ia juga buah yg tak tumbuh di sembarangan tempat didunia ni . dan dalam jutaan manusia di malaysia ni,tak semua suka makan durian kan? ada yang kata durian best ,ada pulak kata durian ??...oh no !! ..ada yang kata ... emmmm tak makan pun takpe...

family maqnie memang 'hantu' durian ... kami  ada amalkan petua supaya tidak demam selepas makan berkilo-kilo biji durian pun, iaitu dengan meletakkan air masak kedalam pangsa dikulit durian.. gunakan jari sebagai pengodaknya selawat 3 kali ..kemudian diminum airnya  ...alhamdulillah so far so gud amalan ini ...

tapi... musim kali ni maq dan keluarga tak dapat menikmati keenakkan raja buah itu sebab....belum pun beli kami dah diserang demam..so.. pembelian di 'batalkan' ...alaaaaa. . . . . .





Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi