PAYUNG EMAS : SANGGUPKAH ANDA

Assalamualaikum

sekali lagi maqnie membebel diblog kesayangan ni. sebenarnya maq baru lepas baca majalah kegemaran maq iaitu  majalah pilihan wanita 40++ di Malaysia . tak lain tak bukan ialah majalah MIDI ..walaupun maq bukan pelanggan tetap majalah ni,tetapi dalam masa terluang maqnie akan setia membacanya .dan ianya menambahkan lagi ilmu pengetahuan maq sebagai perempuan yg berusia 40 tahun lebih.

hari ni entah majalah keluaran bila ,tapi maq begitu tertarik bila membaca satu artikal mengenai poligami .dalam kes tersebut seorang ustaz mempunyai isteri lebih dari sorang ,iaitu 3 orang .

perkahwinan seawal usia 23 tahun ,ketika itu beliau masih lagi menuntut dan isterinya adalah seorang pelajar lepasan SPM yg akan melanjutkan pelajarannya ditempat yg sama ,dalam kes ini beliau (ustaz ) itu tidak pun mengenali bakal isterinya namun ustaz dilamar oleh bapa mertuanya sendiri kerana mahukan uztaz tersebut menjadi menantunya . dan dengan izin Allah termakbullah niat si ayah mertua itu . dan mereka hidup bahagia.

namun uztaz itu diuji lagi bila isterinya meminangkan isteri kedua untuk ustaz...beliau seorang ibu tunggal . walaupun bukan pilihan ustaz juga,namun ustaz tetap terima pilihan isterinya. kini mereka hidup berkongsi kasih atas kehendak isteri pertamanya bersama anak masing-masing.

tak lama kemudian sekali lagi ustaz di kejutkan apa bila isteri-isterinya meminangkan seorang ibu tunggal buat ustaz atas alasan ingin membantu seorang ibu tunggal lagi . dan permintaan mereka ustaz laksanakan apabila ustaz menikahi isteri ketiganya di sempadan Thailand.ramai yg memandang serong niat ustaz dan keluarga ,namun ustaz menyatakan :

ini bukan kehendak saya,ini adalah ketentuan Allah buat saya. dan jika saya menikahi kerana nafsu,adalah lebih baik saya mencari isteri yg muda dan bukan ibu tunggal .

wahai sahabat maq si isteri sekelian :

mampukah kita menjadi seperti isteri-isteri ustaz tersebut .kalau lah ada alhamdulillah kerana Allah menjanjikan payung emas buat kalian,namun rasanya tak kurang jugak yg membantah atas alasan ketidak adilan nya nanti .sebenarnya suami adalah pebimbing keluarganya ,jika betul tunjuk ajarnya kepada isteri nya ,anak-anaknya atas tiap aktiviti harian berasaskan agama.,mengikut lunas-lunas islam yang adil dan telus ,maka akan mendapatlah faedah untuk dirinya sendiri. bukan sahaja di dunia ,malahan faedah hidupnya diakhirat jugak.

bahagialah mereka  yg sentiasa mengamalkan kehidupan berlandaskan agama islam  sejati. .
insyaAllah. dan percaya lah bahawa janji Allah itu pasti . . . .

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi