'PATI' DENGAN IZIN

As salammu'alaikum
ginilah kalau tak makan
banyak pulak meroyannya
ni baru hari pertama puasa
entri dah masuk yg ketiga dah ni
lagi pun harini anak-anak tak bersekolah
aktiviti masak untuk breakfast pun dah cancel
aktiviti mencuci baju anak dah settlekan
lepas mengaji alQuran adalagi masa free tu
maka inilah peluang yg sangat menarik untuk berblog
kali ini nak share pasal  jenis -jenis pati minyak
yg selalu terdapat dipasaran dan kelebihannya .
PATI apakah ? PATI yg bermaksud pendatang tanpa izin ke?
atau party ?? eh bulan puasa mana boleh berparty2
hmmm....bukan ..bukan dan bukan
ianya mengesahkan pasal pati untuk minyak wangi
balm..losyen dan yg berkaitan dengannya..jom kita teruskan . . .

~pati minyak lavender
ianya dapat meremajakan kulit dan memudarkan parut kerana ia mem
punyai keupayaan utk mempercepatkan dan menggalakkan pertumbuhan semula kulit baru !

~pati minyak zaitun
ianya mengandungi perlindungan kesihatan yg dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular , arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan !

~pati kayu manis
ianya membantu melawan keletihan , tekanan , membantu proses pencernaan , memberi kelegaan kepada otot dan sakit sendi sengal-sengal  dan membantu melancarkan peredaran darah !

~pati serai wangi
ianya memberi ketenangan dan ransangan minda , dapat membersihkan udara yg kotor didalam bilik , membantu melegakan demam dan selsema dan dapat mengurangkan kulit berpeluh !

~pati buah delima
ianya dapat membantu meningkatkan tahap kolesterol yg baik dan menurunkan tahap kolesterol yg buruk.ianya bersifat anti oksidan yg tinggi yg dapat melawan penyakit jantung menguatkan sistem pertahanan badan ,memgurangkan risiko kencing manis ,mengelak kenser kelenjar prostat dan payudara dan pencegah penyakit nyanyuk.!

sebenarnya ada banyak lagi pati minyak dari tumbuhan2
yg Allah jadikan dimuka bumi ini
tapi maq tak dapat nak senaraikan semuanya
bila maq senang - senang nanti
maq akan update lagi pasal pati tumbuhan ini lah ye ..
bukan apa..hanya sekadar memberitahu kelebihan pati dari tumbuhan tersebut
mungkin satu hari ianya akan berguna buat kita
siapa tahu kan .. ;)

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi