26.9.13

mengatasi masalah anak yang kian membesar

assalammualaikum
salam mesra dari maq untuk semua ,sekarang ni selain kita dengar kes buli dikalangan rakyat malaysia ! kita juga selalu terdengar atau terbaca kes kemalangan yg melibatkan kanak-kanak  . .


sebagai seorang ibu dan jua seorang pengasuh ,maqnie begitu tertarik untuk memperkatakan hal ini .
pengalaman menjadi ibu selama 20 tahun dan menjadi pengasuh selama 17 tahun sedikit sebanyak memberi pengalaman buat maq. . .

kanak-kanak akan menjadi aktif diperingkat usianya mencecah 1 tahun keatas. semua aktiviti mereka akan menjadi lebih hebat jika dia bertemu kawan-kawan sebaya yg hiper ! sebagai  orang dewasa ada banyak cara yg perlu kita lakukan  :

1.sentiasa pesan jaga kelakuan walau di mana pun berada
2.sentiasa dengar arahan orang tua
3.sentiasa hormat hak kawan-kawan
4.jika dia buat perangai , gunakan psiko utk menghalang
5.menengking bukan arahan
6.terangkan maksud 'jangan' itu ialah tidak dibenarkan ,
7.jangan biarkan kesilapan mereka berulang
8.pantau dengan memanggil nama mereka bila suasana sunyi
9.hargai kerja mereka walaupun hanya pandai sikat rambut sendiri
10.selalu berpesan bahawa Allah melihat apa yg kita buat

sebenarnya banyak yg maqnie amalkan didalam mendidik anak sendiri dan anak-anak asuhan ini namun yg lebih kerap itulah yg 10 diatas . .  so alhamdulillah semua anak-anak maqnie dan anak-anak asuhan maqnie patuh pada arahan tersebut .emm kalau mereka tak patuh mau dah kurus badan maqnie ni hah tapi disebabkan mereka semuanya baik baik belaka . . aduh...tenguk je lah berat badan dah  makin bertambah-tambah ni . . alahaiii . . .

the coconut bottle



1 comment:

Aisyah Ghazi said...

Thx admin for sharing. mmg brmanfaat. Semoga kita dapat mendidik anak kita menjadi insan yg soleh. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<