Posts

Showing posts from October, 2013

dugaan yang bertingkat-tingkat tapi menarik

Image
hujan hujan dan hujan .....

assalammualaikum
inilah ragam manusia ,panas salah,hujan pun bising padahal keduanya adalah rahmat dari Allah . bersunggut bukan sikap yg mulia tetapi merupakan perbuatan yg kadang-kadang buat orang lain keliru !

semalam maqnie diduga dengan dugaan yg amat besar tapi menarik jugak :)

seawal pagi maq dah masuk ofis iaitu mencuci baju  menggunakan mesin pra -auto maqnie tu ,apa yg buat maq diduga ,mesin pengering maq rosak ! ianya hanya mampu mengeringkan hanya sehelai baju ! berapa kali maq nak keluar dan masukkan baju-baju kalau sehelai demi sehelai tu ?

jalan pintas ,memerah lah guna tangan yg Allah bagi ini . . walaupun kurang power dari power mesin pengering tu tapi siap juga akhirnya cuma . . . dugaannya musim hujan,kain baju pulak tak di'spin' jawapnya macam kilang salai getah juga baju tak kering itu kelihatan dijemuran maq . ... hehe


dugaan yg kedua  ....

sedang maqnie buat kerja di bilik air ,tiba-tiba air yg di buang tu tinggi,macam banjir …

perkongsian bersama

assalammualaikum
bila usia makin bertambah ni ,tak salah jika post maqnie kali ni berkisahkan sesuatu yg berkenaan tentang mati. Sekadar mengingati bahawa iblis itu sentiasa berusaha supaya kita akan mengikutinya ke neraka dgn pelbagai cara ! namun begitu tataplah Nasihat Kubur ini :

 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap,
      maka terangilah aku dengan TAHAJUD

 2). Aku adalah tempat yang paling sempit,
      maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM

 3). Aku adalah tempat yang paling sepi
      maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.

 4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan
      maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

 5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat,
      bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

 6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,
      bebaskan rendaman itu dgn PUASA.

 7). Aku ada Munkar & Nakir yg akan bertanya,
      maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan K…

maq dan hujan

assalammualaikum
kalau musim hujan ni apa yg sering berlaku :
perut sentiasa lapar
mata mudah mengantuk
aktiviti luar sangat terhad
apa yg terbaiknya bila tiba musim hujan :
makanan sentiasa diupdatekan
anak-anak dara tak keluar rumah
suami pun hanya lepak depan tv

alhamdulillah... apa yg berlaku memang ada rahmatnya , terima kasih ALLAH  kerana menurunkan hujan dan memberi kebahagiaan pada maqnie dan keluarga ! maq suka bila yg tersayang semua ada depan mata bila hari-hari cuti macam ni . eh ! macam nak tidur pulak tapi baru pukul 9malam hehehe gelojoh pulak musim hujan-hujan gini  !

kejutan dan tekanan

Image
Assalammualaikum...pedih biji mata bila online facebook petang tadi ,rata -rata orang sebut pasal bajet 2014 ! eh termasuklah maqnie ,mengada je nak menyampuk hehe maqnie pun rakyat Malaysia so maqnie pun ada hak untuk menyuarakan pendapat ! tapi rasanya ada banyak lagi pendapat dan pendapatan yg jauh lagi baik dari maqnie ,so maq pun lagi suka duduk diam dan memerhatikan aja .




semalam maqnie di beri kejutan oleh anak asuhan dimana dia menyatakan seseorang individu telah  menyoal selidik taska dirumah maqnie darinya ! ye ..tekanan disini ! mengapa perlu dia menyoal anak itu ? apakah dia begitu yakin bahawa maklumat yg dia perolehi itu adalah 100% benar dari kanak-kanak berusia 4 tahun itu ? takmasuk akal ,namun katanya 'kanak-kanak bersikap jujur' !

okey ingin dijelaskan disini selama maqnie menjadi pengasuh  iaitu lebih kurang 17 tahun lamanya inilah kali pertama orang luar berminat nak ambil tahu periuk nasik maq ! untuk apakah ?? apakah dia cemburu pada rezeki yg Allah dah …

24 oktober punye hal

Image
assalammualaikum
hari khamis dah kan ,malam ni malam jumaat pulak ! huhu mengada le tu bila tiba malam jumaat? hehehe tadi waktu tengah duduk sambil memerhatikan anak-anak asuhan buat deko dalam rumah maqnie, maksud 'deko' dalam bentuk gambar ialah ini . . .

masing-masing sedang   mencipta reka ciptaan masing-masing lah ni, ada yg reka kapal terbang, kapal laut ,kapal api..eh...tipu jek hehe . dan yg sebenarnya mereka ni memang kreatif !


tiba-tiba datang mms dari nombor handphone adik ipar lelaki maqnie ! dan bila di buka inilah yg maqnie dapat . ...


ye itulah wajah anak saudara maqnie iaitu Arif Danial ,beliau menerima sijil untuk darjah khas sekolah agama nya . tahniah arif atau nama panggilan dalam versi manja iaitu abang ayep ! jadilah contoh yg terbaik untuk adik - adik kamu dan doa dari mak long moga abang ayep akan berjaya dalam tiap bidang yg diceburi untuk kehidupan di dunia dan di akhirat nanti ... aminn . ....

Maq dan jumaat

Image
assalammualaikum
jumaat yg indah lagi berkat dah muncul semula dalam kehidupan kita harini , banyak pekara yg sunat dilakukan dihari jumaat ini , termasuk lah potong kuku , potong rambut , membaca yasin , bersedekah , eh banyaklah lagi yg maqnie tak dapat nak taip kan disini , yg pastinya awak semua tentu tahukan . .



dulu masa maq kecik-kecik  , kalau nak potong kuku kenalah tunggu hari jumaat ! kalau tak maqnie akan biarkan je sampai lah jumpa jumaat diminggu hadapannya . anda bayangkan lah kalau terlepas 4 jumaat ??? mau dah macam kuku beruang dah kuku maq ye kan ?

dan dah tentunya disekolah selalu berada di kumpulan murid yg kena tahan oleh si pengawas ! alamak macam suka pulak kena tahan tu hehe *buat muka slamber je masa tu * hehe



tapi tu dulu,zaman kecik-kecik , zaman sekolah menengah maqnie dah reti fikir ! kalau hari-hari kena tahan,untuk apa ? maqnie taknak jadi 'budak hot' di sekolah sebab dah ramai yg hot-hot belaka masa tu , haishhh . . .*ketika itu kami panggil bu…

hajat Maq

Image
assalammualaikum
haish malam - malam jumaat gini , sempat lagi maqnie menaip entri ye? maklumlah kan sementara tunggu anak-anak tidur haha . katanya malam jumaat ramai orang buat hajat ? entah ye ke tidak , walallah hualam huhu tepuk meja tanya kerusi  YES !



kalau di tanya pasal hajat , maqnie sebenarnya ada hajat besar tau ! apakah ? ahha bukan hajat malam jumaat ea , ' menyanyah jek' haha hajat maqnie lebih besar dari stadium Bukit Jalil tu ! kalau datang 'Man raja lawak dalam program HAJAT dia tu , maqnie nak beritahu dia yg hajat maq nak buka sebuah TASKA * taman asuhan kanak-kanak* ! maq nak jaga anak bangsa ramai-ramai ,biar maqnie seperti ada sebuah keluarga yg besar ! walaupun anak maq cuma ada 3 orang tapi maq suka jika suasana meriah itu menjadi hiburan buat maq.




dulu maqnie ada ditawarkan mengikuti program krusus untuk pengasuh dirumah ( taska dirumah ) oleh  jabatan kebajikan masyarakat Batu Pahat !katanya selesai je krusus tu,maq boleh memiliki sijil ( lesen) …

bencinya shopping kalau...

Image
assalammualaikum
salam satu malaysia
thanks untuk readers yg bukan muslim yg sudi singgah ke blog maqnie ini
dan juga tak lupa pada readers muslim jugak . . .


anda suka shopping ? yes ! siapa tak suka kan ,lagi-lagi kalau awal bulan ,masa tu duit di beg dompet sudah padu ,padat dan mampat ! hehe *naluri orang perempuan memang gini . . haishh

bila sebut pasal shopping , ada pekara yg maqnie tak berapa gemar memandangnya !kadang-kadang maqnie rasa macam nak pulang aje kerumah  kalau terlihat suasana itu . apakah agaknya ?

buatlah bersungguh-sungguh

Image
Assalamualaikum
selamat berhari minggu semua rehat-rehat ye harini?  tapi katanya orang utara semenanjung tak cuti pada hari ahad cuti mereka hari jumaat  . . .alhamdulillah bila pun hari cutinya ,yg penting kita kena ada hari yg istemewa iaitu hari untuk beristirehat .

tapi hari minggu ni suami maqnie *my mr castelo* kena kerja ..alhamdulillah juga sebab tak de kerja takde gaji maka jika ada lebih kerja ,ianya bermakna lebih la juga gajinya nanti..syukur alhamdulilah . .

semalam maqnie tengok bola JDT vs KELANTAN . . apa yg maqnie nak cakap . .maqnie redha je atas tiap keputusan sebab memang tu yg pemain JDT tunjukan pada penyokong mereka ! nak komen banyak-banyak pun tak boleh sebab bukan maqnie yg main . .

tapi apa yg maqnie nak katakan sekarang ni buatlah kerja setimpal dengan gaji yg dibayar kepada anda duhai pemain ,kerna bukan maqnie seorang ,malahan berpuluh ribu hati yg mengharapkan kejayaan JDT malam tadi sesungguhnya  ramai yg agak kecewa dengan anda sekarang ni . dan janga…

hilang yg bermaruah

assalammualaikum
malam jumaat yg indah ini lebih indah lagi jika di dengarkan bacaan surah yasin di rumah dan bersedekah kepada semua aruah kaum keluarga yang telah pergi dulu meninggalkan kita  . tadi masa menuntun buletin di tv3 ,maq amat bersimpati pada kejadian yg meragut nyawa pelumba basikal yg berlangsung di TERENGGANU semalam.

kehilangan dengan satu kemalangan merupakan tragedi yang  amat menyayat hati ! apatah lagi kemalangan yg dimana mangsa sedang berusaha untuk menjayakan perlumbaan . ianya memang amat menyentuh hati dan perasaan .

tapi kehilangan mangsa ialah kehilangan yang bermaruah ! kerana mangsa bukan hilang nyawa seperti mat rempit yang selalu kemalangan tu, tapi mangsa kehilangan nyawa disebabkan berbuat jasa pada negara dan bangsanya .. . al~ Fatihah ...

maq yg dulu dan yg sekarang

Image
Assalammualaikum
budi bahasa budaya kita
mungkin itu dah kerap kali kita dengar ,sejak dari lahir lagi *mungkin* tapi dalam dunia yg serba canggih ni ,ada lagikah manusia ber budi bahasa dan berbudayakan budi bahasa itu ?
tengok pada anak-anak yg kian membesar ni pun maqnie dah dapat rasakan betapa sukarnya nak menerapkan budi bahasa mereka agar menjadi kebanggaan bangsanya !
puncanya mereka terlalu dimanjakan !
sejujurnya memang anak-anak maqnie semua maqnie didik dengan tegas ketika kecilnya . lebih-lebih lagi ketika mereka berusia 2 hingga 12 tahun kerana ketika itu mereka masih dipengaruhi oleh teman sebaya dan pengaruh keluarga lagi . 
namun ketika mereka sudah disekolah menegah , pergaulan pun sudah bercampur , perkataan yg keluar dari bibir mereka bukan lagi yg maqnie guna di rumah ! kadang-kadang macam-macam ayat pelik yg mereka guna pakai dan tak kurang juga yg buat maqnie tersentap !
kalau lah dizaman maqnie dulu , salah sebut je sudah di sapu cili dibibir ni hah ! mau melol…

kesilapan !

Image
assalammualaikum
manusia dan kesilapan memang tak dapat dipisahkan ,begitu juga maqnie dan menaip diblog .bila dah syok  membebel ,tak perasan yg ayat ada yg silap !padahal dah check tu masa sebelum 'publish' entahlah ... agaknya mata otai ni dah makin kurang powernya kot hehe

nak tau tak mana silapnya maqnie ?dalam post semalam maqnie ada kesan huhu tapi dah edit walau bagaimana pun kenangan tu tetap ada  . . .




1 hb oktober 2013

Image
assalamualaikum

pemergian september sudah pun dirasmikan  , harini merupakan hari pertama oktober untuk tahun 2013 ! maq rasa sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menemui bulan oktober tahun ni .


apa yg menariknya hari ni  ( 1 hb oktober 2013 )

~ anak sulung maqnie menjalankan trial exam dia untuk kertas pengajian am . sebagai seorang ibu maqnie akan sentiasa mendoakan kejayaan untuknya dan untuk adik-adiknya juga . .. aamin.

~yg kedua harini maq akan menerima seorang lagi anak asuhan .iaitu anak kepada teman sekolah rendah maqnie dulu . .huhu dah lama tak jumpa tetiba boleh pulak jaga anaknya ..sungguh tak disangka . moga Allah mempermudahkan urusan maq dalam mengasuh anak-anak asuhan maqnie ni . .aamin . .

alhamdulillah untuk tiap nikmat yg Allah beri . . .