dugaan yang bertingkat-tingkat tapi menarik

hujan hujan dan hujan .....

assalammualaikum
inilah ragam manusia ,panas salah,hujan pun bising padahal keduanya adalah rahmat dari Allah . bersunggut bukan sikap yg mulia tetapi merupakan perbuatan yg kadang-kadang buat orang lain keliru !

semalam maqnie diduga dengan dugaan yg amat besar tapi menarik jugak :)

seawal pagi maq dah masuk ofis iaitu mencuci baju  menggunakan mesin pra -auto maqnie tu ,apa yg buat maq diduga ,mesin pengering maq rosak ! ianya hanya mampu mengeringkan hanya sehelai baju ! berapa kali maq nak keluar dan masukkan baju-baju kalau sehelai demi sehelai tu ?

jalan pintas ,memerah lah guna tangan yg Allah bagi ini . . walaupun kurang power dari power mesin pengering tu tapi siap juga akhirnya cuma . . . dugaannya musim hujan,kain baju pulak tak di'spin' jawapnya macam kilang salai getah juga baju tak kering itu kelihatan dijemuran maq . ... hehe


dugaan yg kedua  ....

sedang maqnie buat kerja di bilik air ,tiba-tiba air yg di buang tu tinggi,macam banjir termenung pulak rupanya . bila disiasat rupa-rupanya  saluran longkang dari bilik air ke longkang  besar tersumbat ! aduh... puas maqnie korek tak jugak keluar airnya ! jolok luar ,jolok dalam satu apa pun tak berkesan !akhirnya tunggulah my mr castelo balik kerja jam 7 mlm ......nasib ada dua bilik air dalam rumah ni ..selamat ~

dugaan yg ketiga pula  . . .

waktu tu petang, maqnie dan anak dara maq yg nombor dua tu masih lagi mengerjakan longkang yg tersumbat tu sebab tak puas hati punca tersumbat tu apakah ??,maq pun cadangkan dia beli je pam getah untuk menyelesaikan masalah .dia pun setuju tapi belum 5 minit dia keluar ,maq dengar bunyi motor dia balik semula ,rupanya tayar motor dia pancit dibahagian belakang hahaha  ....dugaan lagiii... macam mana ni maq ?anak maq risau ....apalagi . . tunggu ayah balik je lah maq bukan tau nak repair tayar pancit..jawap maq selamba ! sebenarnya maq dah letih mengerjakan longkang ,mesin baju, dan anak-anak asuhan yg 6 orang tu hari tu !

jam 7.20malam my mr castelo balik ! dialah yg settlekan masaalah longkang... kata dia macam ada something like 'snake' dlm tu sebab dengan tiada apa-apa yg keluar tiba-tiba perjalanan air jadi lancar !!! macam tak berdosa je air tu mengalir ke longkang besar !!oh Tuhan . . .  seharian maq kerjakan tadi ,letih sangat-sangat ...

WHAT??  ada ular? letak garam dulu bagi dia keluar bang !! ish...mengarah pulak tu hehehe tulah kerja orang perempuan kalau dapat tau ada ular , mengelabah langsung tak menyempat si suami nak tarik nafas lega !hurm.... nak buat macamana lagikan hehehe  :)


Untitled


tu baru 3 dugaan dah macam kurus sikit maqnie jadinya hahaha ....nilah kan manusia yg dah biasa dengan kemudahan ,baru di duga sikit dan mengeluh dan mengelabah ! 

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi