Maq dan jumaat

assalammualaikum
jumaat yg indah lagi berkat dah muncul semula dalam kehidupan kita harini , banyak pekara yg sunat dilakukan dihari jumaat ini , termasuk lah potong kuku , potong rambut , membaca yasin , bersedekah , eh banyaklah lagi yg maqnie tak dapat nak taip kan disini , yg pastinya awak semua tentu tahukan . .

 

dulu masa maq kecik-kecik  , kalau nak potong kuku kenalah tunggu hari jumaat ! kalau tak maqnie akan biarkan je sampai lah jumpa jumaat diminggu hadapannya . anda bayangkan lah kalau terlepas 4 jumaat ??? mau dah macam kuku beruang dah kuku maq ye kan ?

dan dah tentunya disekolah selalu berada di kumpulan murid yg kena tahan oleh si pengawas ! alamak macam suka pulak kena tahan tu hehe *buat muka slamber je masa tu * hehe

 

tapi tu dulu,zaman kecik-kecik , zaman sekolah menengah maqnie dah reti fikir ! kalau hari-hari kena tahan,untuk apa ? maqnie taknak jadi 'budak hot' di sekolah sebab dah ramai yg hot-hot belaka masa tu , haishhh . . .*ketika itu kami panggil budak gelemer bukan budak hot * so lepas tu hari-hari maqnie ketip kuku sampaikan tak sempat kuku tu nak tumbuh !! kesian kan .

tapi tu semua sejarah kecik-kecik dan muda remaja , bila dah dewasa macam ni , ikutlah keadaan kan, bila agak menganggu tugasan je ,maq baru potong kuku ,kalau tak mengganggu,maka lupalah maqnie nak memotongnya ..adoi boleh pulak gitu ?


orang dah tua  . . .tumpul pulak mindanya hehe . . eh..jum ketip kuku cepat ! jangan simpan najis lelama dalam kuku anda kerana itu tak baik !


Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi