2.10.13

maq yg dulu dan yg sekarang

Assalammualaikum

budi bahasa budaya kita

mungkin itu dah kerap kali kita dengar ,sejak dari lahir lagi *mungkin* tapi dalam dunia yg serba canggih ni ,ada lagikah manusia ber budi bahasa dan berbudayakan budi bahasa itu ?

tengok pada anak-anak yg kian membesar ni pun maqnie dah dapat rasakan betapa sukarnya nak menerapkan budi bahasa mereka agar menjadi kebanggaan bangsanya !

puncanya mereka terlalu dimanjakan !

sejujurnya memang anak-anak maqnie semua maqnie didik dengan tegas ketika kecilnya . lebih-lebih lagi ketika mereka berusia 2 hingga 12 tahun kerana ketika itu mereka masih dipengaruhi oleh teman sebaya dan pengaruh keluarga lagi . 

namun ketika mereka sudah disekolah menegah , pergaulan pun sudah bercampur , perkataan yg keluar dari bibir mereka bukan lagi yg maqnie guna di rumah ! kadang-kadang macam-macam ayat pelik yg mereka guna pakai dan tak kurang juga yg buat maqnie tersentap !

kalau lah dizaman maqnie dulu , salah sebut je sudah di sapu cili dibibir ni hah ! mau melolong cari air dalam tempayan untuk mencucikannya  hehe . main cubit-cubitan tu dah tak asing lagi dah dilengan maqnie ni haha nampak sangat nakalnya zaman kecil maqnie tukan  . . lahai malu jek nak cerita disini ! 

lagi pun maqnie memang budak kampung orignal tau kawan maq semuanya lelaki ,kawan perempuan ramai yg macam snow white ,macamana maqnie nak join mereka hehehe sikit-sikitmenangis ,bergaduh tu yang maqnie tak serasi berkawan dengan budak perempuan dizaman maq kecil-kecil ! hehe dan bila berkawan dengan budak lelaki pulak, maq dianggap bagai tuan puteri sebab maq sorang awek dlm group tu hehehe pandai tak maqnie mengadjust ? ahha . ...

tapi itulah keindahan yg tak semua orang alami . dan bila maqnie duduk sorang-sorang memang indah masa kanak-kanak dulu ...dan sekarang ni apa yg maq tenguk memang budi bahasa amat jauh berbeza ! kualitinya kurang kerana dizamanni remaja kita sudah terdedah dengan ayat 'what on your mind '
Rose | via Facebook

No comments: