29.11.13

maq ada target ?


assalammualaikum ...

tahun 2013 dah hampir ketirai penutupnya kan, kurang lebih pun lagi sebulan kita akan ketahun baru ! rasanya ada kah semangat baru untuk maqnie untuk tahun baru ni ? rasanya macam nak tanam semangat baru ( azam baru ) tapi entah berjaya ke tidak ,waallah hualam hehehe . .benda ni dah selalu berlaku dah ni  *pening nak fikirkan ...

dulu pun ada azam yg sama bajet nak susut kan badan , tapi bila naik atas penimbang bukannya kurang tapi makin tambah kilogramnya heehee *kecewa habis ....

tapi maqnie ni senang je kalau nak nampak kurus ! ahha nak tau caranya  ..meh maq ajar ...

pertama kalau bergambar berdua atau lebih jangan depan-depan berdirinya baik anda berdiri dibelakang sikit  macam gambar maqnie yg ini  . . .

padahal badannya yg gedabak tu camni ...

ohhhhhh *pengsan hampir koma * haha

kena tipu  la ni ??? ahha... ni bukan tipu la, tapi ni style tau  dan kalau  nak tau, maqnie memang akan bergambar di belakang orang lain  bila posing ,bukan apa ,nanti orang yg duduk kat belakang maq tak masuk pulak dalam gambar tu bila kena tutup dengan badan maq yg ...yg... yg entahlah macam apa ni

( maq mula sedar diri ni tau ) hahaha

dan semestinya azam tahun baru ini  ialah bagi susut  lemak  ni sikit lagi , mohon Allah makbulkan niat murni maqnie la ye...amin ......lain-lain azam ialah nak tambah  kukuh kan lagi ekonomi , nak tambah kukuh lagi  iman, nak tambah kukuh semangat  jadi blogger tua  !! huhuhu ..

mohon la terlaksana .... Amin yg Robbal A'alamin....

kegagalan pertama buat dia hampa

assalammualaikum ...

harini permata hati kedua maq ( Ety Izzaty )  agak kecewa kerana permohonan nya sebagai pelatih jururawat  kerajaan dan pembantu perubatan adalah GAGAL !  kesian pulak kat dia  yang selama ini menunggu - nunggu keputusan temuduga yg berlangsung pada 25 hb oktober 2013 tempuhari .kehampaan terpancar jelas diraut wajahnya harini....


namun sebagai ibu , apa yg maqnie boleh katakan buat dia,'' takpe masih muda ,boleh lagi mencuba di tawaran akan datang , jangan putus asa  ...''

dia hanya tersenyum dan diam , tapi apa yg maqnie ingat lagi sebagaimana yg dia beritahu maq tempuhari selepas dia pulang dari temuduga hari tu  ...

maq , muka ety ni garang ke ?
kenapa ? soal maq .
orang yg temuduga tu kata muka ety nampak garang ,nanti pesakit tambah sakit bila tenguk ...
hahaha entahlah maq jawap selamba depan dia

namun begitu maq nak tanya ni ....rasanya mana yg lebih perlu  ,rasa tanggungjawap kah atau wajah kah yg penting untuk melakukan satu-satu tugas itu ekk? maqnie pun keliru disini ... walau bagaimana pun rezki tu Allah yg empunya ,sebagai hamba maqnie hanya mampu berserah  .

bawah ni wajah budak yg dikatakan garang tu hehe





alahai semanis 18 tahun ni kan masih ada banyak lagi peluang untuk jawatan yg dia minat kan tu ye tak, bukannya macam kita ni yg dah expired , jangankan jadi nurse, jadi bibik pun orang tapis berkali-kali kot hehehe - nasib la labu-

28.11.13

Allah selamatkan cinta ini

assalammualaikum ...
27 november 2013  genaplah 20 tahun maqnie menjadi suri rumah kepada seorang lelaki bernama Encik Osman Mohamed .! alhamdulillah walaupun kehidupan kami serba sederhana ,namun bersama kehadiran  3 orang puteri kami , kehidupan kami nampak cukup  mewah pada kebahagiaan  . syukur ya Allah


masa berlalu cukup pantas  , dalam usia maqnie 44 tahun ,maqnie sudah mempunyai anak remaja berusia 19 tahun,18 tahun dan 11 tahun dan rasanya cukuplah 3 orang NUR dalam kehidupan kami sekarang ni , untuk mencari ABDUL tu rasanya biar  'bakal menantu ' yg akan bernama abdul hehe



perkhawinan itu  ialah dimana...
* dari seorang menjadi berdua
* suasana sepi menjadi ceria
* tak punya apa-apa kini berharta
* dari bujang menjadi ibu/ bapa
* dulu pemalas kini kuat berusaha

sebagai seorang ibu maqnie selalu inginkan yg terbaik untuk keluarga ,namun jika Allah belum izinkan,maq akan setia berdoa agar hajat maq itu menjadi kenyataan satu hari nanti.


sebagai seorang isteri , detik mula kenal beliau   dari tahun 1989 hingga kehari ni  rasanya cinta mu tetap mekar dihati hehe ( jiwang le pulak ) harapan maq , biarlah Allah izinkan keharmonian rumah tangga ini kekal hingga kejannah ...amin.....

maq sayang semua . ...

24.11.13

cuti sudah tukarlah

assalammualaikum ... tadi menuntun buletin utama kat tv 3 ,maka dengan rasminya negeri maqnie akan bercuti pada hari jumaat dan sabtu dan bukan lagi ahad selepas baginda sultan bertitah untuk pertukaran tarikh ini ...Ianya berkuat kuasa pada bulan januari tahun hadapan.


ramai yg bersyukur  tapi ramai yg bersunggut kerana  pertukaran ini bukannya  menyeluruh tapi hanya pada kaki tangan kerajaan sahaja dan   termasuklah pelajar sekolah TAPI  bukan untuk kaki tangan swasta..pada maqnie ..alhamdulillah jika jumaat adalah hari cuti maka  banyak urusan akhirat mampu di laksanakan dengan lebih tenang ...contohnya ....

~hari jumaat orang lelaki tak perlu tergesa-gesa ke masjid*kan cuti

~orang perempuan tak perlu kelam kabut untuk masak tengahari *sebab anak semua cuti.

~dapat baca yasin walaupun lewat malam *esokkan cuti.

~anak-anak muda tiada lagi berpeleseran ketika waktu solat jumaat

~hurm..malam jumaat boleh tambah pahala lelebih... hahaha *gatai toi*eh..esokkan cuti ahha

ok sebenarnya maqnie ada selitkan sedikit komen dari seseorang ni...

jum baca...





tapi memang agak sukar untuk permulaan ini ,masih kekok ,masih baru..walaupun ketika maqnie bersekolah rendah waktu cuti ini sudah pun dilaksanakan ,kemudian ditukar kan ke hari ahad pula. dan tahun baru ni kembali ke jumaat semula..syukur alhamdulillah...

 Terima kasih kepada Baginda Sultan yg telah berjaya memberi rakyat waktu dan ruang untuk memanafaati hari jumaat ( penghulu segala hari )... semuga Allah mencucuri rahmat kebawah Duli Tuanku . .  . Daulat Tuanku !

22.11.13

Muar 22/11/2013

assalammualaikum
sempena cuti birthday sultan tadi maqnie dan family sempat la meraikannya .lokasinya tak lain tak bukan di dataran tanjung agas muar ,bandar maharani .

rupanya banyak acara yg menarik berlangsung dalam masa 3hari ini . bermula dari  hari ini 22hb november hinggalah 24hb november. meriah sungguh !

hari ni saja maqnie berpeluang melihat  pemain -pemain JDT beraksi bersama pemain muda di padang di depan kediaman rasmi baginda sultan. dan  baru pertama kali jugak maqnie melihat TMJ dari jarak dekat !

yg paling respek kat baginda ialah walaupun baginda anak sultan ,namun baginda masih sudi duduk di bangku plastik di tepi jalan raya yg berhampiran dgn padang bola tu,bukan didalam khemah yg disediakan.

dan bila matahari memancarkan teriknya kearah barat , -nak masuk waktu asar- baginda mengangkat sendiri kerusi baginda ketepi kenderaan yg berada ditepi jalan itu juga ! sedangkan waktu itu pengawal peribadi baginda ada ramai dikeliling baginda  . amboi . .  memang  tabik spring kat TMJ lah...tak payah nak protokol sangat dan rasanya adinda-adinda baginda pun bersikap seperti baginda juga sebab maqnie tengok ,mereka pun sempoi je tengok bola tepi jalan :)

oleh kerana banyak tempat yg nak kena tengok ,so maqnie tak dapat duduk tepi padang lelama , belum pun acara dipadang tu tamat,maqnie dna keluarga dah pun keluar darisitu - untuk mencari rojak buah special muar hehe

katanya malam ni bnayak acara berlangsung di sungai muar tu,tapi maqnie tak boleh balik lewat sebab esok taksa nak buka ,nanti maqnie letih pula nak melayan anak-anak asuhan  .

katanya antara yg menarik di sepanjang cuti ni :

~ malam ni ada persembahan perahu berhias
~konsert artis-astis johor di bustand muar
~esok ada jamuan makan untuk rakyat jelata
~esok ada persembahan pelajar sekolah
~harini  penyampaian anugerah pingat

dan ada banyak lagi acara yg maqnie tak dapat tau . .
maklum lah orang batu pahat ,jauh memo tak dapat la hehe info ni pun dapat dari 'akak' yg bertugas di tandas awam tu , peramah sungguh kakak tu, dia jaga tandas pun ok (y)  ..caya lah orang muar :)

happy birthday Tuanku , Daulat Tuanku . . .


kisahnya ,baru tahu

assalammalaikum malaysia  . .
hari ni orang johor cuti sebab hari ni hari ni birthday sultan kami . . . so hari ni juga taska kecil maqnie tak buka pintunya ..yes cuti jugakk !! pepagi lagi maqnie dah  layan blog? sebenarnya baru  lepas masak menu permintaan my mr castelo iaitu  . ...*nasi impit , sambal kacang dan ayam kari*  ....


mengidam kot haha entah le dia ..ok settle dah atas dapur tu so jejalan kejap kat dunia siber pulak . apa yg maqnie jumpa pagi ni berita yg sungguh mengejutkan yg selama ini kita anggap tak pe rupanya menyebabkan kecacatan pada kanak-kanak ! info yg dikatakan itu ialah...



[menurut sebuah kajian kesihatan dari Amerika Syarikat menunjukkan bahawa penggunaan iPad atau tablet untuk jangka masa panjang oleh kanak-kanak  boleh melemahkan otot jari dan tangan kanak-kanak yang diperlukan untuk menulis.Disamping itu, disarankan agar kanak-kanak dihadkan penggunaan iPad atau tablet tidak lebih daripada dua jam sehari. Bagi kanak-kanak dibawah umur dua tahun pula lebih baik dilatih tidak menggunakan iPad atau tablet langsung.]

so sebagai orang tua , walau sesibuk mana pun kita ,janganlah bagi permainan atau gadjet yg memudaratkan ini  . . fikirkan lah kesannya dimasa hadapan ye  . .  :)

19.11.13

kes NABILA tanda kasih sayang yg kurang perihatin

assalammualaikum
semalam 18.11.2013 . . gempar kehilangan yg bermacam-macam info dari villa nabila ,Danga Bay Johor Bahru tu . seawal info pertama katanya seramai  23 orang yg hilang ,pada malam nya pula hanya seorang saja yg hilang  dan di pgi ini ( 19.11.2013) tiada pulak yg hilang !

para peminat facebook hampir je pengsan bila di hujani dengan pelbagai spekulasi dan infomasi dari berbagai sudut infomer . maqnie yg tak tahu apa-apa pun turut teruja untuk mengetahui kes ini dengan lebih lanjut cuma , maqnie tak percaya pada facebook atau pun twitter . .tapi maqnie lebih mudah percaya kata dari tv dan surat khabar baru  .

persoalannya kejadian yg berlaku pada hari sabtu malam ahad tu hanya disebabkan satu salah faham .ialah si anak yg tidur rumah kawannya  setelah pulang dari mencerobohi villa tu  kenapalah tak bagi tahu kat si ibu yg dah kering air mata dok menanti wajah anak kesayangannya tu muncul didepan villa .

anak, anak , kenapalah kemudahan yg sedia ada ni tidak digunakan ? tak masuk akal kiranya tiada sebiji handfone pun di rumah kawannya tu kan ?? atau sesiapa saja disekelilingnya ketika itu ? susah sangatkah cuma menghantar sebaris ayat seperti " mak,saya tidur di rumah kawan ( nama si pulan)  " susah sangat ke ? berapa ratus ringgit kah dicharge kiranya text itu di hantar ke ibunya ???

sifat tidak perihatin sianak tentang tanggungjwap nya pada ibunya telah melibatkan banyak pihak ! termasuk polis, bomba, tok bomoh, jiran-jiran , orang ramai ,sehinggakan jalan raya menjadi sesak waktu itu !! adakah ini tidak menyusahkan orang namanya ???


nasiblah Allah bagi pertunjuk agar si anak tu cepat ditemui ... Alhamdulillah ,kalau ditakdirkan si anak tu mendiamkan diri dirumah kawannya berhari-hari, rasanya tak mustahil ibunya akan 'demam' atau sakit kerana kehilangan anaknya.

inilah kisahnya remaja kita zaman ini , sanggup berhabisan kredit kalau dengan kawan-kawan atau untuk  kekasih tetapi kalau dengan ibubapa dia anggap terlalu mahal harga sebaris sms ...malang sungguh ...

17.11.13

kejap je masa berlalu

assalamualaikum ...
lama juga maq nie tak update entri dalam blog ni , dalam minggu ni agak sikit sibuk dengan urusan keluarga dan kerja . adat lah kan orang rumah  yg bekerja dirumah lah katakan . .  hehe

isnin ni anak sulung maqnie yg baru lepas habiskan peperiksaan STPM tu akan mula menjadi 'perkerja' disebuah sektor swasta di daerah Batu Pahat ni . moga dia menjadi pekerja yg sentiasa suksess dan moga dia bersungguh-sungguh melakukan tugasannya disitu .
pemalu kononya tu
sebagai ibunya , maqnie hanya mampu berdoa agar apa yg dia usaha kan akan memberi kejayaan padanya ,tak kira sama ada dalam bidang kehidupan didunia mahu pun bidang kehidupannya  akhirat nanti . . .amin .....

apa pun dia memang kena belajar untuk mencari rezki untuk dirinya diusia semuda dia ( 19 tahun ) agar dia akan tahu betapa sukarnya kedua ibu bapanya berusaha mencari rezeki untuk dirinya dan keluarga !


apa yg lebih penting sekarang dalam gaya hidup kami yg serba sederhana ini ,dia berjaya juga menghabiskan pelajarannya di dalam 'tingkatan 6' dan berjaya menduduki peperiksaan STPM sehingga kesemesta terakhir...syabas kakak fara ...

here she is ..
jika selamani banyak tanggapan yg mengatakan tingkatan 6 adalah sangat sukar dan hanya membuang masa diceburi !  namun  kalau kita kata menuntut ilmu dimana pun susah dan kewajipan menuntut itu lah yg membuat dia berusaha untuk menamatkan tingkatan 6 dia !


kata dia . . .orang yg berhenti ditingkatan 6 itu ( belajar separuh jalan ) sebenarnya orang yg tak tahan menempuh dugaan-dugaan kecil yg Allah bagi untuk sebuah kejayaan ! ye... itulah prinsip dia selamani.


bekenaan dengan keputusan STPM dia nanti ... maqnie hanya mampu berdoa agar kejayaan milik dia dan andainya keputusan kurang memuaskan maqnie redha  . . kerana dia telah berusaha dan selebihnya ketentuan dari Allah S.W.T . .  .




9.11.13

benda mudah yg tak kita nampak

assalamualaikum
nampak tak keceriaan di blog maqnie kali ni ? amboi sempat lagi tu tukar-tukar background dalam suasana line yg tengah lambat macam siput ...sesungguhnya sabar itu satu jalan menuju kejayaan hehe  #perasan macam doktor fadzilah hj kamsah pulak maqnie kan.

dalam suasana sejuk dik musim hujan yg semakin melebarkan sayap nya ini .  agak tidak keterlaluan jika kita dapati manusia yg kurang vitamin akan mudah diserang selsema ! terutama kanak-kanak !

di taska kecil maqnie sekarang ni boleh dikatakan kesemuanya di jangkiti selsema ! ianya sungguh menyedihkan kerana kanak-kanak akan kelihatan comot ! hehehe

memang la kata orang sakit itu penghapus dosa tapi untuk kanak-kanak sekecil mereka , dosa apakah yg mereka dah lakukan ?? hahaha tak masuk akal ! sebenarnya kebersihan itu penting dalam aktiviti seharian kita selain itu , biasakan kanak-kanak ini mencuci tangannya apa bila selesai melakukan apa juag aktiviti  walaupun selepas memegang permainan .

dan yg lebih penting makanan tambahan untuk mereka seperti vitamin C sangat perlu .  lagi-lagi untuk kanak-kanak yg suka makan jajan ! mereka mudah kehilangan zat dalam tubuh mereka kerana bahan tiruan dalam jajan telah memusnahkan apa jua makanan berzat yg mereka ambil *padahal tak banyak pun yg musnah* hehehe tapi ianya memang tidak elok  .

menghindari lebih baik dari mengubati  .  ye betul sebab bila dah diserang ,bukan cukup 2 atau 3 hari dah baik,mungkin seminggu baru ok. yg kesiannya tu  ,bila nak tidur kanak-kanak ini mengalami hidung yg tersumbat dan mereka merasa tidak selesa . .  kesian kan

cara menjaga anak yg sedang mengalami demam selsema :

pastikan dia mandi bermula dari jirusan air dikakinya dahulu kemudian bawa keatas badan dan pastikan kepalanya tidak di basahi  dalam waktu dia mengalami selsema itu. dan elakkan mereka meminum air dalam peti sejuk dan sentiasa amalkan mereka meminum air masak  ... 

dan pastikan menggunakan tisu bukan tuala tangan kerana tisu bila dah guna terus dibuang ,sedangkan tuala tangan ni akan diguna berkali-kali dan ianya agak kotor kan  . .

utamakan dia dibagi rehat disiang hari dengan tidur siang walaupun hanya 1jam kerana kanak-kanak aktif diwaktu jaganya dan dia perlukan rehat selepas itu.

*berkata atas pengalaman maq*



8.11.13

bila akhir tahun

assalammualaikum...
bila akhir tahun macam ni ,selepas habis musim peperiksaan budak-budak yg bersekolah ,  timbul pula musim orang kawin kan anak bujang *musim pengantin* kemudian datang pula musim durian ? ahha betul ke bohong ni ?

bila juga akhir tahun ,akan datang musim hujan  , musim orang pergi melancung dan akan tiba musim orang kumpul duit sebab tahun baru akan muncul tak berapa lama je lagi ! anak nak naik sekolah !!

bila dah akhir tahun ,musim orang tenguk kot-kot ada hutang yg tak dijelaskan lagi , musim orang tambah hutang baru , musim orang cari pasal untuk bayar hutang hehehe ini memang betul !

konon-kononnya nanti raya senang semua dah siap sedia ,padahal bila nak raya ada je yg tak cukup ! shopping ! shopping dan shopping ! betul kan.... hehehe jangan tipu la Peah  oii ....

bila tiba akhir tahun , ramai orang akan risau sebab umur akan bertambah lagi ditahun baru sedangkan amalan belum lagi ditambah-tambah dan dosa belum lagi dikurangkan .... astagfirullah halazim...




6.11.13

Anakku,anakmu

assalammualaikum
kecoh ! tulah yg terjadi dinegara kita . kecoh pasal  pendatang asing ! semua nak di periksa  ,nak disoal siasat , semua nak ditangkap ! kenapa sekarang ? kenapa bila ada kes yg menakutkan baru nak bertindak ? setahu maqnie kehadiran pendatang asing bukan baru-baru ni tetapi puluhan tahun dahulu . dulu masa maqnie kecik-kecik pun orang indonesia dah masuk ke malaysia dengan jalan yg tidak sah! buktinya ramai yg guna jalan laut di kawasan kampung maq ! masa tu umur maq baru dalam 8-9 tahun gitu . .sekarang maqnie dah 44 tahun ! wow bayangknalah berapa lama kah jangka masa tu !

masa tu takde bangladesh lagi ,yg ada hanya pakistan , indonesia  dan warga kemboja ! masa tu kenapa tiada tindakan ekk ?? si kemboja jual baju ! si pakistan jual karpet ! si indonesia buat kerja dikebun kepala ,kebun koko , kebun sawit  dan jugak getah ! dan ada juga yg buat rumah ! kenapa tiada tindakan langsung? mereka tu dah beranak pinak dah sekarang , kebanyakkan mereka berkawin dengan warga negara malaysia dan siap ada kebun dan harta ! kadang-kadang kekayaan mereka mengalahkan kita orang malaysia sendiri.

tapi dulu macam aman sikit berbanding sekarang . mungkin kelompok mereka kecil maka mereka tak berani nak buat perangai . sekarang jangan kata merompak , membunuh pun mereka boleh ! haish tak kenang budi sungguh kan .

namun kebanjiran mereka pun disebabkan silap warga kita jugak ! orang malaysia tak suka kerja diladang ,tak suka kerja di tapak projek ,  tak minat jadi orang gaji , tak nak gaji murah , nak kerja didalam ofis,ada econ ! lahai .... so nak salahkan siapa  ?

pendatang ?? mereka bijak ! semangat kuat ! sanggup menjadi pendatang tak sah  ! berenang dilaut dalam, tidur dalam tongkang yg dilambung ombak tinggi ,di kejar , disorokkan macam sardin ! datang kenegara kita  untuk mencari  rezeki .

anak bangsa kita ? layan internet  tak sudah-sudah , lepak kat cyber cafe berjam-jam main game , duduk kat  shopping kompleks , pergi disko ,clubbing !  merempit ! mudah putus asa ! semangat lemah ! belajar main-main ! paling sedih menjadi penagih ! subhanaAllah .... kat mana kah silapnya tu.

maq pernah bergaul dengan pekerja dari indonesia ,sewaktu maq berkerja sebagai operator pengeluaran sebuah kilang elektronik di pekan Senggarang   ..kebanyakkan mereka adalah pelajar lepasan sekolah menegah atas yg setaraf kolej dan universiti di tempat kita ! mereka layak jadi doktor , cikgu , peguam , .. walau bagaimana pun mereka tak kesah pun menjadi pekerja kilang . mereka sanggup berjaga semalaman di kilang hanya untuk mencari rezki ! berdiri 12 jam di line ! mengejar target production untuk  company sehingga mereka menjadi pekerja kesayangan syarikat itu !  hebat sekali anak bangsa ini kan ! tapi tu cerita era 1991..masa tu maqnie masih bergetah lagi hehehehe


(2) Tumblr


perihal anak - anak maqnie pulak  ...maqnie belom nampak 'kelasak'kan mereka tapi rasanya masih ditahap kurang memuaskan hati lagi kot  . .... hehehe cakap anak orang,anak sendiri pulak kang  tak perasan pula silapnya !


5.11.13

kanak-kanak dan alam asuhannya

assalammualaikum
salam maal hijrah buat semua yg dihurmati ,yg bercuti tu seronok lah kan , yg bertugas tu teruskan usaha mencari rezki yg halal dimuka bumi Allah ini . .maqnie bertugas hari ni tapi tak ramai anak asuhan yg hadir  , so boleh la berblog .

bila menuntun berita beberapa malam ni , maq amat  tak sanggup melihat kekejaman pekerja taska yg mendera pelajar-pelajarnya . mungkinkah begitu cara dia mendidik anak muridnya?? siapakah yg patut disalahkan dalam hal ini ?

Kitty ❤️



ok...sebagai insan yg sudah berkecimpong dalam urusan bersama kanak-kanak selama 17 tahun ni . maq ada banyak pengalaman dalam menguruskan kanak-kanak , lagi-lagi kanak-kanak yg baru berusia 0.5 ~ 4 tahun ...ianya sangat menduga hati dan keimanan !

mungkin orang tak perasan betapa rumitnya menjadi pengasuh mau pun pendidik ! kanak-kanak yg tak tau apa-apa tu hanya mengikut naluri dia semata-mata , bermain , bergaduh , bercakap , menangis itu sahaja yg mereka tau ! kalau ada yg bijak pun tak ramai dan ianya sungguh memenatkan !! tapi bila dikenangkan bidang itu yg kita pilih ,mengapa mau mengeluh . . kenapa mau mendera sikecil itu ? kenapa mau teruskan benda yg kita tak suka ???? hebat sangat ke membuli budak yg tak cukup akalnya tu lagi ? hurm...zalim

maqnie pun terkenal dengan 'garang' tapi garang tu biarlah bertempat , lagi-lagi pada kanak-kanak sekecil itu , garang bagaimana pun kita ,ianya bukan dapat menjadikan dia seorang yg 'baik' tetapi makin bingung!!

boleh guna 'garang' pada kanak-kanak  jika dia melakukan kesilapan yg berulang-ulang ,dan sudah pun ditegur berulang-ulang TETAPI tak perlulah memukul dikepala, atau muka atau badan mereka , cukuplah hanya menyentuh lengannya dengan sekali tepukan agar dia sedar dan tepukan itu tak perlulah seperti anda memukul seorang ahli gusti !!!! itu tidak adil !

pada kedua ibubapa  jangan hanya mengharapkan kepada pengasuh atau pendidik ditaska ! kalian jugak kena ambil tau bagaimana keadaan perangai dan tingkah laku mereka . dan untuk pengetahuan ibubapa diluar sana ,kanak-kanak yg berada lebih dari 10jam di taman asuhan akan menjadi agresif dan aktif di waktu yg terlebih itu ,ini mungkin rasa bosan yg menebal dan ini amat merbahaya !!!

maqnie barkata diatas pengalaman je

:3


3.11.13

harapan

assalammualaikum
hari cuti adalah hari untuk bersama keluarga ! kali ni maqnie dan family berkunjung 2 hari ke rumah ibu mertua ku 'datin khatijah' hehe kerana cucu datin melangsungkan perkawinannya !beliau ialah anak kak ngah suami maqnie !*haraf anda dapat paham kedudukan dia disitu *senang cakap anak buah suami yg kawin la ni...hahaha kalau tak paham abaikan je lah ye ekk..

semalam ketika selesai akad nikah dimana anak buah tu melafaskan nya hanya sekali lafas ,maka termaktub dia menjadi suami orang yg sah ! alhamdulillah .

tiba-tiba maqnie jadi sebak kerana bermula disini,dia menjadi milik orang lain juga ! dimana kalau dulu dia hanya berkongsi kasih sayang dengan mak dan bapak dia tapi sekarang tanggung jawapnya  terbahagi dua ! untuk keluarga dia dan keluarga isteri dia ! huhu sedih  .... *maklum air mata otai ni memang sensitif sikit *

sebagai makcik dia walaupun makcik ipar ..eh.! ada ke gelaran makcik ipar??? hah bedal je lah ... maqnie pun seakan rasa dia akan jauh dari kami lepas ni ,bukan jauh macam mana la kan tapi yelah dah ada isteri , takkan nak bermanja dengan kami lagi macam waktu dia bujang dulu .... sedih ....

maqnie rasa dia lah antara anak buah suami yg manja dengan maqnie, suka bergurau, bersembang ,suka tersenyum dan dia suka buat hal sendiri tapi dia memang mesra bila dengan keluarga maq! itu yg maq nie rasa sikit terharu semalam . .
warna warni di hari itu ....

apa pun pesanan  maqnie untuk pengantin baru tu ...

jadikan alam baru ini sebagai permulaan awak untuk  meneruskan kehidupan dan walaupun dah berkeluarga baru ,jangan pernah lupa jasa mak dan bapak yg selama ni telah membesarkan awak ......kami keluarga awak yg tetap sayang awak sampai kehujung nyawa  kami ...insya Allah...
selamat pengantin baru buat ''abg miemie''


keluarga pengantin baru ...