6.11.13

Anakku,anakmu

assalammualaikum
kecoh ! tulah yg terjadi dinegara kita . kecoh pasal  pendatang asing ! semua nak di periksa  ,nak disoal siasat , semua nak ditangkap ! kenapa sekarang ? kenapa bila ada kes yg menakutkan baru nak bertindak ? setahu maqnie kehadiran pendatang asing bukan baru-baru ni tetapi puluhan tahun dahulu . dulu masa maqnie kecik-kecik pun orang indonesia dah masuk ke malaysia dengan jalan yg tidak sah! buktinya ramai yg guna jalan laut di kawasan kampung maq ! masa tu umur maq baru dalam 8-9 tahun gitu . .sekarang maqnie dah 44 tahun ! wow bayangknalah berapa lama kah jangka masa tu !

masa tu takde bangladesh lagi ,yg ada hanya pakistan , indonesia  dan warga kemboja ! masa tu kenapa tiada tindakan ekk ?? si kemboja jual baju ! si pakistan jual karpet ! si indonesia buat kerja dikebun kepala ,kebun koko , kebun sawit  dan jugak getah ! dan ada juga yg buat rumah ! kenapa tiada tindakan langsung? mereka tu dah beranak pinak dah sekarang , kebanyakkan mereka berkawin dengan warga negara malaysia dan siap ada kebun dan harta ! kadang-kadang kekayaan mereka mengalahkan kita orang malaysia sendiri.

tapi dulu macam aman sikit berbanding sekarang . mungkin kelompok mereka kecil maka mereka tak berani nak buat perangai . sekarang jangan kata merompak , membunuh pun mereka boleh ! haish tak kenang budi sungguh kan .

namun kebanjiran mereka pun disebabkan silap warga kita jugak ! orang malaysia tak suka kerja diladang ,tak suka kerja di tapak projek ,  tak minat jadi orang gaji , tak nak gaji murah , nak kerja didalam ofis,ada econ ! lahai .... so nak salahkan siapa  ?

pendatang ?? mereka bijak ! semangat kuat ! sanggup menjadi pendatang tak sah  ! berenang dilaut dalam, tidur dalam tongkang yg dilambung ombak tinggi ,di kejar , disorokkan macam sardin ! datang kenegara kita  untuk mencari  rezeki .

anak bangsa kita ? layan internet  tak sudah-sudah , lepak kat cyber cafe berjam-jam main game , duduk kat  shopping kompleks , pergi disko ,clubbing !  merempit ! mudah putus asa ! semangat lemah ! belajar main-main ! paling sedih menjadi penagih ! subhanaAllah .... kat mana kah silapnya tu.

maq pernah bergaul dengan pekerja dari indonesia ,sewaktu maq berkerja sebagai operator pengeluaran sebuah kilang elektronik di pekan Senggarang   ..kebanyakkan mereka adalah pelajar lepasan sekolah menegah atas yg setaraf kolej dan universiti di tempat kita ! mereka layak jadi doktor , cikgu , peguam , .. walau bagaimana pun mereka tak kesah pun menjadi pekerja kilang . mereka sanggup berjaga semalaman di kilang hanya untuk mencari rezki ! berdiri 12 jam di line ! mengejar target production untuk  company sehingga mereka menjadi pekerja kesayangan syarikat itu !  hebat sekali anak bangsa ini kan ! tapi tu cerita era 1991..masa tu maqnie masih bergetah lagi hehehehe


(2) Tumblr


perihal anak - anak maqnie pulak  ...maqnie belom nampak 'kelasak'kan mereka tapi rasanya masih ditahap kurang memuaskan hati lagi kot  . .... hehehe cakap anak orang,anak sendiri pulak kang  tak perasan pula silapnya !


No comments: