kegagalan pertama buat dia hampa

assalammualaikum ...

harini permata hati kedua maq ( Ety Izzaty )  agak kecewa kerana permohonan nya sebagai pelatih jururawat  kerajaan dan pembantu perubatan adalah GAGAL !  kesian pulak kat dia  yang selama ini menunggu - nunggu keputusan temuduga yg berlangsung pada 25 hb oktober 2013 tempuhari .kehampaan terpancar jelas diraut wajahnya harini....


namun sebagai ibu , apa yg maqnie boleh katakan buat dia,'' takpe masih muda ,boleh lagi mencuba di tawaran akan datang , jangan putus asa  ...''

dia hanya tersenyum dan diam , tapi apa yg maqnie ingat lagi sebagaimana yg dia beritahu maq tempuhari selepas dia pulang dari temuduga hari tu  ...

maq , muka ety ni garang ke ?
kenapa ? soal maq .
orang yg temuduga tu kata muka ety nampak garang ,nanti pesakit tambah sakit bila tenguk ...
hahaha entahlah maq jawap selamba depan dia

namun begitu maq nak tanya ni ....rasanya mana yg lebih perlu  ,rasa tanggungjawap kah atau wajah kah yg penting untuk melakukan satu-satu tugas itu ekk? maqnie pun keliru disini ... walau bagaimana pun rezki tu Allah yg empunya ,sebagai hamba maqnie hanya mampu berserah  .

bawah ni wajah budak yg dikatakan garang tu hehe





alahai semanis 18 tahun ni kan masih ada banyak lagi peluang untuk jawatan yg dia minat kan tu ye tak, bukannya macam kita ni yg dah expired , jangankan jadi nurse, jadi bibik pun orang tapis berkali-kali kot hehehe - nasib la labu-

Comments