kejap je masa berlalu

assalamualaikum ...
lama juga maq nie tak update entri dalam blog ni , dalam minggu ni agak sikit sibuk dengan urusan keluarga dan kerja . adat lah kan orang rumah  yg bekerja dirumah lah katakan . .  hehe

isnin ni anak sulung maqnie yg baru lepas habiskan peperiksaan STPM tu akan mula menjadi 'perkerja' disebuah sektor swasta di daerah Batu Pahat ni . moga dia menjadi pekerja yg sentiasa suksess dan moga dia bersungguh-sungguh melakukan tugasannya disitu .
pemalu kononya tu
sebagai ibunya , maqnie hanya mampu berdoa agar apa yg dia usaha kan akan memberi kejayaan padanya ,tak kira sama ada dalam bidang kehidupan didunia mahu pun bidang kehidupannya  akhirat nanti . . .amin .....

apa pun dia memang kena belajar untuk mencari rezki untuk dirinya diusia semuda dia ( 19 tahun ) agar dia akan tahu betapa sukarnya kedua ibu bapanya berusaha mencari rezeki untuk dirinya dan keluarga !


apa yg lebih penting sekarang dalam gaya hidup kami yg serba sederhana ini ,dia berjaya juga menghabiskan pelajarannya di dalam 'tingkatan 6' dan berjaya menduduki peperiksaan STPM sehingga kesemesta terakhir...syabas kakak fara ...

here she is ..
jika selamani banyak tanggapan yg mengatakan tingkatan 6 adalah sangat sukar dan hanya membuang masa diceburi !  namun  kalau kita kata menuntut ilmu dimana pun susah dan kewajipan menuntut itu lah yg membuat dia berusaha untuk menamatkan tingkatan 6 dia !


kata dia . . .orang yg berhenti ditingkatan 6 itu ( belajar separuh jalan ) sebenarnya orang yg tak tahan menempuh dugaan-dugaan kecil yg Allah bagi untuk sebuah kejayaan ! ye... itulah prinsip dia selamani.


bekenaan dengan keputusan STPM dia nanti ... maqnie hanya mampu berdoa agar kejayaan milik dia dan andainya keputusan kurang memuaskan maqnie redha  . . kerana dia telah berusaha dan selebihnya ketentuan dari Allah S.W.T . .  .




Comments