kes NABILA tanda kasih sayang yg kurang perihatin

assalammualaikum
semalam 18.11.2013 . . gempar kehilangan yg bermacam-macam info dari villa nabila ,Danga Bay Johor Bahru tu . seawal info pertama katanya seramai  23 orang yg hilang ,pada malam nya pula hanya seorang saja yg hilang  dan di pgi ini ( 19.11.2013) tiada pulak yg hilang !

para peminat facebook hampir je pengsan bila di hujani dengan pelbagai spekulasi dan infomasi dari berbagai sudut infomer . maqnie yg tak tahu apa-apa pun turut teruja untuk mengetahui kes ini dengan lebih lanjut cuma , maqnie tak percaya pada facebook atau pun twitter . .tapi maqnie lebih mudah percaya kata dari tv dan surat khabar baru  .

persoalannya kejadian yg berlaku pada hari sabtu malam ahad tu hanya disebabkan satu salah faham .ialah si anak yg tidur rumah kawannya  setelah pulang dari mencerobohi villa tu  kenapalah tak bagi tahu kat si ibu yg dah kering air mata dok menanti wajah anak kesayangannya tu muncul didepan villa .

anak, anak , kenapalah kemudahan yg sedia ada ni tidak digunakan ? tak masuk akal kiranya tiada sebiji handfone pun di rumah kawannya tu kan ?? atau sesiapa saja disekelilingnya ketika itu ? susah sangatkah cuma menghantar sebaris ayat seperti " mak,saya tidur di rumah kawan ( nama si pulan)  " susah sangat ke ? berapa ratus ringgit kah dicharge kiranya text itu di hantar ke ibunya ???

sifat tidak perihatin sianak tentang tanggungjwap nya pada ibunya telah melibatkan banyak pihak ! termasuk polis, bomba, tok bomoh, jiran-jiran , orang ramai ,sehinggakan jalan raya menjadi sesak waktu itu !! adakah ini tidak menyusahkan orang namanya ???


nasiblah Allah bagi pertunjuk agar si anak tu cepat ditemui ... Alhamdulillah ,kalau ditakdirkan si anak tu mendiamkan diri dirumah kawannya berhari-hari, rasanya tak mustahil ibunya akan 'demam' atau sakit kerana kehilangan anaknya.

inilah kisahnya remaja kita zaman ini , sanggup berhabisan kredit kalau dengan kawan-kawan atau untuk  kekasih tetapi kalau dengan ibubapa dia anggap terlalu mahal harga sebaris sms ...malang sungguh ...

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi