Muar 22/11/2013

assalammualaikum
sempena cuti birthday sultan tadi maqnie dan family sempat la meraikannya .lokasinya tak lain tak bukan di dataran tanjung agas muar ,bandar maharani .

rupanya banyak acara yg menarik berlangsung dalam masa 3hari ini . bermula dari  hari ini 22hb november hinggalah 24hb november. meriah sungguh !

hari ni saja maqnie berpeluang melihat  pemain -pemain JDT beraksi bersama pemain muda di padang di depan kediaman rasmi baginda sultan. dan  baru pertama kali jugak maqnie melihat TMJ dari jarak dekat !

yg paling respek kat baginda ialah walaupun baginda anak sultan ,namun baginda masih sudi duduk di bangku plastik di tepi jalan raya yg berhampiran dgn padang bola tu,bukan didalam khemah yg disediakan.

dan bila matahari memancarkan teriknya kearah barat , -nak masuk waktu asar- baginda mengangkat sendiri kerusi baginda ketepi kenderaan yg berada ditepi jalan itu juga ! sedangkan waktu itu pengawal peribadi baginda ada ramai dikeliling baginda  . amboi . .  memang  tabik spring kat TMJ lah...tak payah nak protokol sangat dan rasanya adinda-adinda baginda pun bersikap seperti baginda juga sebab maqnie tengok ,mereka pun sempoi je tengok bola tepi jalan :)

oleh kerana banyak tempat yg nak kena tengok ,so maqnie tak dapat duduk tepi padang lelama , belum pun acara dipadang tu tamat,maqnie dna keluarga dah pun keluar darisitu - untuk mencari rojak buah special muar hehe

katanya malam ni bnayak acara berlangsung di sungai muar tu,tapi maqnie tak boleh balik lewat sebab esok taksa nak buka ,nanti maqnie letih pula nak melayan anak-anak asuhan  .

katanya antara yg menarik di sepanjang cuti ni :

~ malam ni ada persembahan perahu berhias
~konsert artis-astis johor di bustand muar
~esok ada jamuan makan untuk rakyat jelata
~esok ada persembahan pelajar sekolah
~harini  penyampaian anugerah pingat

dan ada banyak lagi acara yg maqnie tak dapat tau . .
maklum lah orang batu pahat ,jauh memo tak dapat la hehe info ni pun dapat dari 'akak' yg bertugas di tandas awam tu , peramah sungguh kakak tu, dia jaga tandas pun ok (y)  ..caya lah orang muar :)

happy birthday Tuanku , Daulat Tuanku . . .


Comments