Posts

Showing posts from December, 2013

trik MMC

Image
assalammualaikum ..


orang perempuan kuat membel kan ? itu dah tentu ! mereka ni selalunya akan membebel melarat-larat . sedangkan punca masalahnya hanya sedikit . katanya selepas berkahwin je dia suka membebel  sedang ketika anak daranya , perempuan ni  banyak berdiam dari bercakap , nilah kenyataan .

ye sebenarnya kita kena paham, situasi  bila perempuan  membebel  ni .. yang sebenarnya dia memang perlukan perhatian , pertolongan , bantuan , mungkin lebih tepat kita cakap yang perempuan membebel sebab dia letih dan terlalu penat .

maqnie pun  suka membebel bila letih dan cara paling kreatif suami maqnie lakukan bila maqnie membebel ialah dengan memanggil maq dengan bernada perlahan  .... katanya :

Yang .... mari duduk sini kalau letih ...kita tengok tv , marilah..*sambil tangannya menepuk-nepuk posisi sebelah dia duduk dan maqnie yang dari tadi asik membebel akan jeling-jeling je sambil buat-buat jual mahal atas pelawaan dia tu , tapi bila dia lihat maqnie jeling dia, dia akan kenyit…

resah Maq

Assalammualaikum..

hai...nampak sangat sibuknya kan,sehinggakan berhari-hari dah rasanya blog ni sunyi . malam ni sambil tunggu anak dara maq pulang dari tempat kerja  , sempatlah juga berblog .. alahai sebenarnya mata dah mengantuk , tapi dik kerana kerisauan  , maka nak tidur pun tak berdaya rasanya .


bila anak dara pulang lewat , hati seorang ibu sentiasa gelisah , resah , dalam jiwanya sentiasa berdoa agar anaknda yang dinanti  dapat pulang dengan selamat dari tempat bekerja . aduh inilah hati seorang ibu . Perubahan waktu kerja yang menggunakan shif ini amat membuatkan hati keibuan maqnie ini menjadi tidak tenang . Bayangkan anak maqnie dikenakan bertugas dengan shif :

8am ~ 4pm
4pm ~ 12am
12am ~ 8am


Alahhh memang sakit  bagi maqnie kali ni  . Apa yang mampu maqnie buat sekarang , berdoa untuk keselamatan beliau , selamat pergi ,selamat la kembali kerumah ini . aamin..

*mungkin inilah yang ibu maqnie rasa dulu -dulu agaknya ...hurmm...


perempuan

Image
Assalammualaikum ...



Perempuan ...  halus jiwanya umpama sutera cina . kuat semangatnya seperti batu batan di persisiran lereng Gunung Himalaya .  jauh angannya seperti dalamnya dasar Lautan Atlantik .  banyak akalnya seperti  sang kancil yg dibanggakan .

Perempuan ... tangisanya senjata , airmatanya suci dan ikhlas ,rindunya jujur .

Perempuan .. sanggup berkorban demi anak-anak ,tak kenal letih dalam hidup , berkorban apa saja demi keluarga .

Perempuan .. mulia bila aurat di jaga , manis kalau berbudi bahasa , pendidik dia , penawar pun dia.


Perempuan punya jiwa , punya maruah , punya hak ..bangganya Maqnie menjadi  perempuan ,bukan sahaja di sayangi suami dan anak-anak ,malahan di sanjungi oleh masyarakat , hanya kerana sopan santun dan budi bahasanya...

orang sayang , Allah pun sayang ...

insyaAllah~

Amanah yg makin bertambah

assalammualaikum ....

malam jumaat ni ,pukul 11.35 malam , anak-anak belum lagi tidur , menuntun tv rancangan kegemaran mereka . al maklumlah kan , musim cuti-cutinya masing-masing bagai takde jadual pula untuk tidur awal . my mr castelo pulak  dah  lama belayar ke pulau impiannya , tinggal lah maqnie melayan dunia alam maya ni sorang diri ..

semalam,maqnie didatangi seorang ibu yg mengandung ,beliau  berhasrat akan menghantar baby dalam kandungannya pada bulan 5 nanti . maq terkejut sebab sekarang ni tahun 2013 pun belum habis lagi , so bagaimana nak bayangkan bulan 5 tahun 2014 itu ??

so dengan tutur kata yg ikhlas maq cakap elok-elok kat dia .. yg sebenarnya dirumah maqnie ni sudah ada 7 orang amanah yg perlu maqnie jaga , sanggupkah dia menempatkan anaknya lagi ,jika sudah sebegini ramai ? dengan yakin dia cakap , saya dah biasa dengar perihal maqnie dari kawan-kawan,saya yakin maqnie boleh jaga ,insyaallah ... maq nie jangan ubah fikiran lagi ,bulan 5 nanti saya hantar kesini ana…

kecil lain , bila besar lain

Assalammualaikum

Salam mesra dari Batu Pahat  yg  lebih dikenali sebagai Bandar Penggaram . petang tadi suami maqnie bawa kami sekeluarga keluar untuk mencari kain  bagi membuat uniform sekolah anak perempuan maqnie yg kecil .


Sudah menjadi kebiasaan , tiap akhir tahun , maq akan menjahit baju kurung sekolah untuk anak-anak .tiba sahaja di kedai kain tadi , ramai pembeli yg memenuhi kedai tersebut, masing-masing mencari kain untuk dibuat pakaian anak sekolah , alhamdulillah , sudah pasti baju kurung adalah pilihan utama di negeri Johor ini.

Tapi ada satu persoalan disini , kenapa apabila sudah tamat persekolahan ,anak -anak sukar sungguh nak mengayakan baju kurung  apabila keluar rumah ? . Mereka lebih selesa berseluar jeans ! dimanakah silapnya  ? maq berkata berdasarkan pengalaman memerhati anak sendiri.






ahmad albab

assalammualaikum


leka anak - anak maqnie menuntun filem aruahyarham P. ramlee ' ahmad albab ' rasanya diusia maqnie 7-8 tahun cerita itu dah popular dah , tapi disebabkan kreatifnya pengarah waktu itu , maka hingga kesaat ini cerita ini tetap. menarik !!

suara kanak - kanak yg real menangis memang terbaik, watak datuk yg sombong memang hangen dibuatnya , dan sifat kebodoh - bodohan si shawal memang happening !! cuma pakaian bini jin tu nampak tak bergaya la sebab dia berpakaian seksi hehehe

ye . . dalam hidup kita kena jujur walaupun ditindas oleh mereka yg kejam dan  sombong .  kekayaan belum kekal lama , tapi kejujuran akan menjamin kita dipandang hebat ! hahha * gelak bapak jin


jum sambung menuntun . ... mr  astro ulang filem ni tah dah berapa kali daaaa....

resah menjelang januari

assalammualaikum


 hari minggu yg dingin seharian ni , maqnie. dan family macam tak ada apa - apa program seharian ni . katanya ada jualan penghabisan stock di summit prade tapi ... * pejam mata , tutup kan lah nafsu shopping maqnie ni hehehe

dalam kiraan dua minggu lebih , anak- anak akan naik sekolàh , maka fokus ibubapa saat ini hanya bajet sekolah !

mana dengan duit buku , yuran , peralatan , pakaian , kenderaan ,ohh semua itu dalam bajet , mohon semuanya berjaya di' settle' kan , insyaallah ..

bila maqnie fikirkan ,maqnie  ini baru untuk 2 orang anak , bagaimana dengan mereka yg mempunyai anak yg ramai ..

 namun percayalah bahawa tiap anak itu  ada rezkinya Allah je yg maha mengetahui...

maq membebel

assalammualaikum ..


salam sedingin angin banjir malam ini , hujan kat luar tu belum lagi teduh , maqnie pun mula naik bosan bila hujan je tv tak boleh nak  tenguk ! haish astro oh astro  apa mau jadi  ? nasiblah kat kawasan rumah ni susah nak nampak siaran , kalau line ok ,siaran tv clear ,  lama dah maqnie tak kenal akan astro ni ,  *maaf , sebab tu maqnie hanya guna package family  ,sekadar guna untuk dapat kan siaran dengan jelas , kalau tidak , jangan haraplah nak sewa benda alah yg berulang-ulang siarannya ini , haish ,nasib badan


sebagai pengguna yg kena bayar tiap-tiap bulan tanpa henti , kita memang hendak yg terbaik , namun bertahun menggunakannya , harapan setinggi gunung tu hanya umpama mimpi dalam mimpi ! relakah membuli pelanggan sendiri ? simpatilah kat kami yg masih setia dengan anda !ah rungutan ini bukan nya baru , sebelum ni dah ramai yg bersungut ,namun perkhidmatan nya  masih lagi ditahap yang serupa ~

ok lah sekian saja runggutan yg sia-sia ni  ~ wasalam ~

datangnya hanya menduga

Assalammualaikum

hujan yg kerap turun minggu ni , telah  menyebabkan banyak tempat dilanda banjir  ! bukan sahaja negeri Johor , Terengganu ,Pahang  , Kelantan , dan beberapa negeri lain pun turut sama terlibat , semua mangsa yg kediaman nya telah dinaiki air ,telah pun dipindahkan ke kawasan yg selamat . alhamdulillah ..

disini bermulanya sekali lagi pihak yg bertanggungjawab menunaikan tanggung jawab mereka  . memastikan keselamatan dan keperluan rakyat  menjadi keutamaan ! janganlah hanya ketika menjelang hari mengundi je baru nak tunjuk muka .

jika anda seorang wakil rakyat yg telus sebagaimana  yg di janjikan ketika majlis mesra rakyat sebelum PRU  13 dulu, maka jika sudah ditimpa dugaan begini , sila tunjukkan nya kepada mereka hasil kerja anda , rakyat teringin nak tenguk !

dan ingatlah 5 tahun itu tidak lama , setiap aktiviti yg melibatkan wakil rakyat , silalah  beri perhatian yg sebaik mungkin  kerana rakyat akan menjadi sasaran aktiviti wakil rakyatnya sebagai sokongan mere…

cakap pun tak guna dah

Image
assalammualaikum . .

sejuk lepas seharian hujan ! malam ni sambil berblog ,maqnie sempat juga melayan selera dengan secawan milo panas dan biskut kering  ni hah, kata anak maqnie ni biskut ' playboy tu suami ku' ! ye ke ?



hujan dah mula melemparkan kesejukkan dimana-mana !  rahmat tu , secara automatik , kipas angin dan penghawa dingin berada dikawalan paling minima kan , alhamdulillah .... jimat sikit karen ...


khabarnya bekalan letrik akan dinaikan takrifnya ditahun hadapan, amboi, hampir semua sudah pandai naik sekarang ni, hahaha ialah kan , selepas minyak naik , gula naik , tambang bas naik , tol naik ,lepas ni ? ahha elektik pulak ,kemudian ? kemudian  ramai pulak yang naik angin huhuhu

siapa yg suka kalau keperluan asas naik harga  ye kan?? sedangkan gaji  pun tak naik-naik  lagi ...haish ... tapi tulah ,cakap banyak pun tak guna , dah duduk Malaysia ,kenalah ikut undang-undang negara Malaysia, kalau tak nak ikut kena duduk luar negara pulak nanti , hehehe sedang orang …

nikmat yg tak boleh abaikan

assalammualaikum ...

malam menjadi siang ,
siang menjadi malam ,
bagai sekejap rasanya ,
masa meninggalkan kita ,
hingga ku terlupa ,
nak settelkan semua kerja  . . . .

hehehe ni bukan lagu Jamal Abdillah  ye ,  lirik lagu asal ini telah maqnie ubah ,lagu ni ditujukan buat insan yg suka sangat online hingga lewat malam tu dan ia dikenali sebagai ahli kelab burung hantu *katanya lah kan* haish pandai sangat anak-anak muda zaman sekarang ni menggelarkan orang kan ....


secara faktanya kekurangan tidur adalah salah satu antara risiko anda mudah diserang penyakit , antaranya sakit kepala , sakit tengkuk  , sakit mata , sakit badan ,dan sakit hati hehehe

seorang yg dewasa memerlukan waktu tidur yg paling minima 5jam ,paling elok pula 8jam tapi biasanya orang yg dah berumah tangga agak mustahil nak tidur selama itu kerana mereka ada aktiviti sampingan yg mendatangkan pahala untuk dirinya kan ...

ala . . . betul lah cakap maqnie ni . . antaranya :

~solat tahjud
~solat hajat
~membaca al-Quran

memang begitu perangai awak

Image
assalammualaikum

seawal pagi , suara hujan sudah kedengaran di luar rumah , sebagai seorang isteri ,maqnie cuba untuk bangkit seawal pagi *jam 5 am, namun disebabkan keletihan dengan aktiviti hari minggu , maqnie  diarahkan oleh my mr castelo ' tak perlu bangun awal, tak payah masak untuk abang , nanti abang beli je kat kedai .... ' alahai..inilah yg buat maqnie makin sayang kat dia hehehe


semalam *ahad 1-2-2013 , maqnie dan family suami telah berkonvoi ke Taman Perling ,Johor Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah suami *anak sepupu dia*. disebabkan hari itu maqnie dan suami tiada apa-apa plan , maka dengan rela hati kami pun joined the ''konvoi''
wow !! speaking london :p


dunia ni kalau tidak di terokai alamnya memang rugi ! so dengan itu sekali lagi suami telah tersilap jalan kali ini! hahaha suami dengan angkuhnya mengatakan bahawa jalan yg dia pilih itu betul sedangkan kereta yg dipandu oleh orang hadapan * ketua konvoi tu* salah ! nasib baik …