26.12.13

Amanah yg makin bertambah

assalammualaikum ....

malam jumaat ni ,pukul 11.35 malam , anak-anak belum lagi tidur , menuntun tv rancangan kegemaran mereka . al maklumlah kan , musim cuti-cutinya masing-masing bagai takde jadual pula untuk tidur awal . my mr castelo pulak  dah  lama belayar ke pulau impiannya , tinggal lah maqnie melayan dunia alam maya ni sorang diri ..

semalam,maqnie didatangi seorang ibu yg mengandung ,beliau  berhasrat akan menghantar baby dalam kandungannya pada bulan 5 nanti . maq terkejut sebab sekarang ni tahun 2013 pun belum habis lagi , so bagaimana nak bayangkan bulan 5 tahun 2014 itu ??

so dengan tutur kata yg ikhlas maq cakap elok-elok kat dia .. yg sebenarnya dirumah maqnie ni sudah ada 7 orang amanah yg perlu maqnie jaga , sanggupkah dia menempatkan anaknya lagi ,jika sudah sebegini ramai ? dengan yakin dia cakap , saya dah biasa dengar perihal maqnie dari kawan-kawan,saya yakin maqnie boleh jaga ,insyaallah ... maq nie jangan ubah fikiran lagi ,bulan 5 nanti saya hantar kesini anak saya bila saya dah start berkerja ...


SubhanaAllah .... begini hebat Allah beri maqnie dugaan , Dia beri maqnie rezki yg begitu indah , dalam masa yg sama Dia menduga maqnie dengan amanah-amanah yg comel-comel ini untuk menjadi tanggungjawap maqnie ditahun  hadapan ... bersyukur kehadrat Ilahi ,namun maqnie masih terfikir-fikir ,mampukah maqnie meguruskan semua anak-anak asuhan itu sendirian ? dapatkah maqnie memberi perkhidmatan yg berkualiti kepada mereka ??

Apa yg maqnie harapkan , moga Allah memberi maqnie kesihatan yg sempurna agar maqnie dapat melaku kan tanggungjawap dunia dan tanggungjawap akhirat itu nanti dengan sebaik-baik amal ibadah .. insyaAllah..




No comments: