2.12.13

cakap pun tak guna dah

assalammualaikum . .

sejuk lepas seharian hujan ! malam ni sambil berblog ,maqnie sempat juga melayan selera dengan secawan milo panas dan biskut kering  ni hah, kata anak maqnie ni biskut ' playboy tu suami ku' ! ye ke ?



hujan dah mula melemparkan kesejukkan dimana-mana !  rahmat tu , secara automatik , kipas angin dan penghawa dingin berada dikawalan paling minima kan , alhamdulillah .... jimat sikit karen ...


khabarnya bekalan letrik akan dinaikan takrifnya ditahun hadapan, amboi, hampir semua sudah pandai naik sekarang ni, hahaha ialah kan , selepas minyak naik , gula naik , tambang bas naik , tol naik ,lepas ni ? ahha elektik pulak ,kemudian ? kemudian  ramai pulak yang naik angin huhuhu

siapa yg suka kalau keperluan asas naik harga  ye kan?? sedangkan gaji  pun tak naik-naik  lagi ...haish ... tapi tulah ,cakap banyak pun tak guna , dah duduk Malaysia ,kenalah ikut undang-undang negara Malaysia, kalau tak nak ikut kena duduk luar negara pulak nanti , hehehe sedang orang luar pun nak duduk Malaysia ,takkan maqnie pulak nak duduk luar negara ...buang karen !


senang cakap , sebagai pengguna , kita harus lah pandai berjimat cermat ,dan gunalah  wang itu untuk yang mana  perlu sahaja , yang tak berapa perlu tu lebih baik abaikan jelah *maqnie pun sedang belajar untuk maintainkan keperluan asas rumah ni ,agar tak nampak sangat bebanannya , maklumlah kan anak maq kan ramai ...

#anak ramai tu kan rezeki hehehe

No comments: