datangnya hanya menduga

Assalammualaikum

hujan yg kerap turun minggu ni , telah  menyebabkan banyak tempat dilanda banjir  ! bukan sahaja negeri Johor , Terengganu ,Pahang  , Kelantan , dan beberapa negeri lain pun turut sama terlibat , semua mangsa yg kediaman nya telah dinaiki air ,telah pun dipindahkan ke kawasan yg selamat . alhamdulillah ..

disini bermulanya sekali lagi pihak yg bertanggungjawab menunaikan tanggung jawab mereka  . memastikan keselamatan dan keperluan rakyat  menjadi keutamaan ! janganlah hanya ketika menjelang hari mengundi je baru nak tunjuk muka .

jika anda seorang wakil rakyat yg telus sebagaimana  yg di janjikan ketika majlis mesra rakyat sebelum PRU  13 dulu, maka jika sudah ditimpa dugaan begini , sila tunjukkan nya kepada mereka hasil kerja anda , rakyat teringin nak tenguk !

dan ingatlah 5 tahun itu tidak lama , setiap aktiviti yg melibatkan wakil rakyat , silalah  beri perhatian yg sebaik mungkin  kerana rakyat akan menjadi sasaran aktiviti wakil rakyatnya sebagai sokongan mereka  di kemudian hari !

maqnie bukan berpihak dimana-mana parti politik ! tetapi  di Batu Pahat ni dan beberapa kawasan yg lain  , kebanyakkan adun terdiri dari berbagai parti politik hasil dari pilihan rakyat sendiri  maka jangan pulak ada yg terlepas pandang dengan masalah rakyatnya lagi kerana tiap orang  perlu ambil bahagian !

apa bangsa kamu !
apa agama kamu !
apa parti politik kamu !
kita semua adalah warga negara Malaysia !
penduduk negeri Johor !

maka silalah saling memahami dan bantu membantu antara satu sama lain, sesungguhnya hujan yg tak berhenti  ini ada hikmahnya , masyaAllah...

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi