kecil lain , bila besar lain

Assalammualaikum

Salam mesra dari Batu Pahat  yg  lebih dikenali sebagai Bandar Penggaram . petang tadi suami maqnie bawa kami sekeluarga keluar untuk mencari kain  bagi membuat uniform sekolah anak perempuan maqnie yg kecil .


Sudah menjadi kebiasaan , tiap akhir tahun , maq akan menjahit baju kurung sekolah untuk anak-anak .tiba sahaja di kedai kain tadi , ramai pembeli yg memenuhi kedai tersebut, masing-masing mencari kain untuk dibuat pakaian anak sekolah , alhamdulillah , sudah pasti baju kurung adalah pilihan utama di negeri Johor ini.

Tapi ada satu persoalan disini , kenapa apabila sudah tamat persekolahan ,anak -anak sukar sungguh nak mengayakan baju kurung  apabila keluar rumah ? . Mereka lebih selesa berseluar jeans ! dimanakah silapnya  ? maq berkata berdasarkan pengalaman memerhati anak sendiri.






Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi