memang begitu perangai awak

assalammualaikum

seawal pagi , suara hujan sudah kedengaran di luar rumah , sebagai seorang isteri ,maqnie cuba untuk bangkit seawal pagi *jam 5 am, namun disebabkan keletihan dengan aktiviti hari minggu , maqnie  diarahkan oleh my mr castelo ' tak perlu bangun awal, tak payah masak untuk abang , nanti abang beli je kat kedai .... ' alahai..inilah yg buat maqnie makin sayang kat dia hehehe


semalam *ahad 1-2-2013 , maqnie dan family suami telah berkonvoi ke Taman Perling ,Johor Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah suami *anak sepupu dia*. disebabkan hari itu maqnie dan suami tiada apa-apa plan , maka dengan rela hati kami pun joined the ''konvoi''
wow !! speaking london :p


dunia ni kalau tidak di terokai alamnya memang rugi ! so dengan itu sekali lagi suami telah tersilap jalan kali ini! hahaha suami dengan angkuhnya mengatakan bahawa jalan yg dia pilih itu betul sedangkan kereta yg dipandu oleh orang hadapan * ketua konvoi tu* salah ! nasib baik ada hero *anak saudara* yg memandu dibelakang kereta kami so dia lah yg coverline dan menyelamatkan kami dari terus ke Singapura barangkali ! hahaha


dan yg paling awesome dengan tanpa rasa bersalah , kami tiba ke rumah pengantin selepas ahli konvoi yg  lain siap makan hehehe ! sebab tu maqnie selalu  cakap maqnie memang sayang my mr Castelo sangat-sangt ,dulu , kini dan selamanya hahaha meow !!!

selepas ke rumah pengantin ,kami kerumah anak buah yg tinggal di taman berhampiran ,dan kerumah kakak suami pada lewat petangnya ...alhamdulillah semuanya berjalan lancar . lepas magrib kami tiba dirumah ku syurga ku di taman Bukit Perdana huh lega....

pukul 10 .45 malam , anak perempuan pertama maqnie called dari tempat kerjanya ,katanya dia demam dan minta diambil untuk pergi keklinik ! sekali lagi my mr castelo kena keluar memandu ,padahal waktu itu dia sudah pun  tidur lena kerana letih memandu disiang harinya . dia memang begitu , jika dengar anaknya demam dia akan  bertindak pantas kerana kasih sayang yg dia ada tak pernah fikir yg dia sedang penat  , dia takkan abaikan segalanya untuk kami * isteri dan anak-anaknya* hukhukhuk sebak pula :') dan anak sulung maqnie selamat dihantar ke hospital dan dibawa pulang pada jam 12.30am . alhamdulillah



" encik Osman  ..... " walaupun kadang-kadang bila awak bawa kami kejalan yg salah ketika memandupergi jalan-j alan makan angin . . kami tetap sayang gila kat awak  hahaha sebab nya  memang begitu perangai awak !!! hahahaha

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi