2.12.13

nikmat yg tak boleh abaikan

assalammualaikum ...

malam menjadi siang ,
siang menjadi malam ,
bagai sekejap rasanya ,
masa meninggalkan kita ,
hingga ku terlupa ,
nak settelkan semua kerja  . . . .

hehehe ni bukan lagu Jamal Abdillah  ye ,  lirik lagu asal ini telah maqnie ubah ,lagu ni ditujukan buat insan yg suka sangat online hingga lewat malam tu dan ia dikenali sebagai ahli kelab burung hantu *katanya lah kan* haish pandai sangat anak-anak muda zaman sekarang ni menggelarkan orang kan ....


secara faktanya kekurangan tidur adalah salah satu antara risiko anda mudah diserang penyakit , antaranya sakit kepala , sakit tengkuk  , sakit mata , sakit badan ,dan sakit hati hehehe

seorang yg dewasa memerlukan waktu tidur yg paling minima 5jam ,paling elok pula 8jam tapi biasanya orang yg dah berumah tangga agak mustahil nak tidur selama itu kerana mereka ada aktiviti sampingan yg mendatangkan pahala untuk dirinya kan ...

ala . . . betul lah cakap maqnie ni . . antaranya :

~solat tahjud
~solat hajat
~membaca al-Quran
~teman anak pergi toilet
~dan  bersenam

 :p hehehe senam apa tetengah malam ? entah le ... tapi kalau kita lihat semua itu akan mendatangkan pahala ok , so jangan pandang remeh benda ni !

bagi  remaja ,mereka  juga perlu waktu tidur yg secukupnya , supaya otak mereka cergas dan minda mereka aktif bila bangun diwaktu pagi nanti ! tapi zaman sekarang ni , boleh dikatakan ramai remaja yg kurang waktu tidurnya , berjaga lewat malam ,kemudian pagi  - pagi sudah kena bangun untuk kesekolah atau ke kolej atau berkerja ! itu sebabnya  ramai orang muda sekarang nampak macam kurang bermaya dan kurang fokus pada tnggungjawab ! sebabnya dia dah tak bermaya kerana  kurang tidur !

tahukah anda , bila dapat tidur yg cukup , mata jadi cerah dan cantik ,bersinar bagai bintang kejora, tak malap macam lampu neon di jalan raya  , kulit jadi sihat kemerah-merahan dan tidak timbul jerawat yg menyebabkan kulit seperti keadaan  di gurun sahara ( berpasir dan gersang ) , hati jadi tenang sebab tiada lagi  mood mengantuk yg menganggu jiwa, hati jadi  ceria ! alahai so menarik kan ...

bagi  kanak-kanak yg sedang meningkat tumbesaranya , mereka perlu mendapat cukup rehat dan cukup tidur supaya memberi peluang baik dalam tumbesaran tubuh badannya !


paling nyata , tidur awal bagi kanak-kanak juga  dapatmemberi isyarat ' line clear ' untuk kedua orang tuanya  .!!!  kadang-kadang  nak tunggu lampu bilik anak-anak padam sangat mencabar juga bagi maq  ,umpama main game 'the house of the dead ' gayanya... saborr je lah ..... hehehe

*sesungguhnya tidur itu nikmat ...

No comments: