resah Maq




Assalammualaikum..

hai...nampak sangat sibuknya kan,sehinggakan berhari-hari dah rasanya blog ni sunyi . malam ni sambil tunggu anak dara maq pulang dari tempat kerja  , sempatlah juga berblog .. alahai sebenarnya mata dah mengantuk , tapi dik kerana kerisauan  , maka nak tidur pun tak berdaya rasanya .


bila anak dara pulang lewat , hati seorang ibu sentiasa gelisah , resah , dalam jiwanya sentiasa berdoa agar anaknda yang dinanti  dapat pulang dengan selamat dari tempat bekerja . aduh inilah hati seorang ibu . Perubahan waktu kerja yang menggunakan shif ini amat membuatkan hati keibuan maqnie ini menjadi tidak tenang . Bayangkan anak maqnie dikenakan bertugas dengan shif :

8am ~ 4pm
4pm ~ 12am
12am ~ 8am


Alahhh memang sakit  bagi maqnie kali ni  . Apa yang mampu maqnie buat sekarang , berdoa untuk keselamatan beliau , selamat pergi ,selamat la kembali kerumah ini . aamin..

*mungkin inilah yang ibu maqnie rasa dulu -dulu agaknya ...hurmm...


Comments