29.1.14

keluargaku

family maq yang terkini ....
dalam usia perkahwinan yg masuk tahun yg ke 21 ini ,rasanya tahun 2014 maq semakin matang menjadi seorang isteri , sebagai ibu dan sebagai teman bagi keempat orang insan yg tersayang ini ...doakan kesejahteraan kami sekeluarga berkekalan , dan sentiasa berada dibawah perlindunganNya ...amin ...


cuti dan kesihatan




Assalammualaikum readers ....
selamat bercuti CNY buat semua warganegara Malaysia .  seronok jadi orang Malaysia ni , tak habis dengan cuti  .maqnie kat sini agak bingung bila semua yg berurusan dengan maq dapat cuti yang masanya berbeza-beza . ada yg bercuti awal.ada yang lewat ,ada yang cuti seminggu ,ada yg bercuti 4 hari dan ada yg 10 hari, akhirnya maq buat keputusan :


 nurseri maqnie tutup bermula hari khamis 29.1.2014 hinggalah hari ahad 2.2.2014
 ( ikut my mr Castelo punya cuti ) ok , settle ~


*pesanan maq , elakkan makan limau mandrin berlebihan kerana ianya adalah buah yg telah di sembur dengan bahan yg boleh membuatkan  ianya  tahan lama di dalam stock .... ini kerana apabila diambil berlebihan ,  tekak  jadi  perit dan batuk ! dan jika hendak makan , sila pastikan ianya di basuh dengan air paip yg mengalir selepas dikupas .. selamat untuk semua !

25.1.14

ada rahmatnya diberikan begitu

As salammualaikum  dan salam sejahtera semua readers

bila kita lihat masyarakat disekeliling kita ni , tak semua nya dapat apa yang mereka hendak . contohnya 'anak' ! dalam sepuluh orang jiran pasti ada 1 atau 2 pasangan yang tidak berjaya memiliki zuriat mereka sendiri kan . sedangkan jiran yang lain siap merancang-rancang lagi bagi mengadjust kekukuhan ekonomi keluarga dengan bilangan anak ( barangkali lah )

sebenarnya ada rahsia kenapa pasangan yg di duga Allah untuk tidak mendapat zuriat sendiri tu . pada maq ,janganlah kita risaukannya kerana secara peribadi boleh maq nyatakan disini yang sebenarnya Allah beri kita peluang untuk terus beramal dengan melakukan ibadah yg sempurna dan melakukan kebajikan dengan hamba Allah yang lain untuk mereka !


bayang kan jika mereka ada anak kecil , bagaimana kah untuk mereka melakukan gotong royang bersama jiran tetangga mereka ? melakukan amal jariah dengan masyarakat setempat ?? mampukah hendak pergi hari-hari mendengar kuliah subuh di masjid  ?

alangkan ringkasnya jika mereka hanya berdua ,kehulu dan kehilir hanya berdua  , mendengar ceramah berdua , kemajlis ilmu berdua , boleh dikatakan usia yg diberi untuk perkawinan mereka itu boleh sahaja di penuhi dengan aktiviti sihat yg hanya berdua , demi Allah ,ianya sangat indah  dan  alhamdulillah jika kita sedarinya dan mensyukurinya  . . Allah huakbar  ~


makanya jangan pernah pandang rendah pada diri sendiri jika kita tidak dikurniakan zuriat lagi ,tetapi redha lah dan katakan lah tiap yang diberi Allah itu bersebab dan ada rahmatnNya .

namun ,janganlah pula kita menganggap mempunyai anak itu maknanya kita mempunyai masalah ,kerana tiap anak itu amanah makanya tiap amanah itu wajib kita jaga dan tiap kerja penjagaan itu pastinya mendapat pahala yg Allah telah  janjikan untuk tiap hambaNya  ..insyaALLAH ~


Maha suci Allah ... ADA ANAK KE TIDAK itu bukan penentu anda untuk bahagia dikehidupan didunia dan diakhirat nanti , yang penting  amalan kita kepada perintah yg Maha Pencipta , itu lebih sempurna  .

bersabarlah ye :)

maq dan persekolahan


As salammualaikum semua readers
amboi lama sungguh maq tak membebel diblog ni , masuk je tahun baru ni tugasan agak lebih sikit dari tahun lalu kerana empat orang dari anak asuhan maq sudah pun masuk sekolah tadika . dengan itu maknanya maq kena bersedia lebih awal dari biasa kerana  diwaktu pagi hanya maq ditemani dengan baby Rania , baby Qaisarah dan Haikal semuanya bawah umur 2 tahun hehehe tersangatlah meriah dirumah ketika pagi hari dengan jeritan dan tangisan si kecil bertiga tu hehehe . . . tapi maq boleh handle lagi ,jangan risau ...





Diawal persekolahan Aine , Dessy dan Auff nampak bersemangat namun keyakinan  Qiqi agak kurang terserlah kerana qiqi seorang anak yg manja dan dia tak biasa dengan orang lain selain keluarga maqnie dan keluarga dia sendiri . dia akan menangis ketika waktu pagi semasa dihantar oleh mamanya manakala ketika dihantar oleh jiran yang mengambil dia pulang pun qiqi masih lagi menangis . oh manja sungguh si qiqi ni . tapi dirumah maq dialah  hero ! macamane tu ? ahha ok kita bagi qiqi masa untuk menyesuaikan dirinya dengan orang disekeliling nya dahula la ye . harap qiqi akan berubah nanti ...aminn..

Photo: pisyooo .....  hebat !!!


dan bagaimana dengan maq ?
sebenarnya hati aq pun risau bila anak-anak asuhan keluar ke sekolah tu , bukan apa , sebenarnya maq masih terasa yang mereka tu adalah tanggungjawab maq padahal mereka ada cikgu sekolah masing-masing hehehe ..



12.1.14

dalam latihan

assalammualaikum
masih ingat lagi cik putih maqnie ? a'ah gadis kecil yg comel-comel tu , kan umur dia dah setahun kan, sekarang ni dia dalam latihan berjalan ,makanya dalam sehari tu adalah 1-2 jam dia akan maqnie letakkan dalam baby court . bukan nak asingkan dia dari yang lain-lain  ye , tapi nak bagi dia buat latihan berdiri dengan yakin dan selamat . kalau tak ,habis semua di bedal paut ,silap2 jatuh ! haa kan sakit pulak anak gadis orang tu kang hehehe

jum tengok cik putih dalam baby court :




11.1.14

dugaan kecil


Assalammualaikum  readers,

Girl :)
minggu ni maq diduga dengan perbagai dugaan kecil dari Allah , namun maq redha sebab katanya Allah menduga pada hamba  yg DIA sayang ..betul kan ? so jangan jeles ok . . hehehe

anda mungkin ada baca entri pasal simanja maqnie yg demam terkejut tu ,( tengok  older post ) kalau anda nak tau ,selepas aida di jangkiti demam ,my mr Castelo pulak ambil part . 2 hari dia tak ke tempat kerja sebab badannya sakit-sakit , sangka maq janganlah denggi punya angkara ..nauzubillahhiminzaliq~

tak lama kemudian ,anak maq yg nombor dua pulak mengadu tak sedap badan , makanya dia pun pergi ke klinik dan memang sah dia demam jugak .dan bukan sahaja dia dapat cuti sakit selama sehari ,malahan dia memang tak berdaya untuk bangun kesekolah pada hari keduanya sebab seluruh badanya sakit-sakit , sehinggalah dia aktif semula pada hari ini 11.1.2014..alhamdulillah ,walaupun tinggal batuk dan selsema nya yg masih ada tu .

kemudian disusuli olen anak asuhan maq iaitu si Auf dan Cik Putih . paling menduga lagi , maq pun turut serta menyaingi mereka . hampir tiga hari panas badan maq on off . namun maq tak pergi pun ke klinik sebab stock ubat sangat banyak dirumah ini  . .  ni di sebabkan terlalu ramai pesakit hehehe lagipun maq dah pandai bajet seh ... *amboi cakap orang singapore pulak seh. .. hehehe

bagaimana pun alhamdulillah , setiap penyakit mesti ada penawarnya  dan sekarang ni semuanya beransur sembuh ,walaupun demam kali ini amat berlainan sekali kesakitanya , namun maq dan semua pesakit redha  , jika benar sakit itu penghapus dosa-dosa kecil ,mohon terhapuslah sedikit dosa-dosa kecil kami hendaknya ye ...amiiinn ya Robbal alamin ...


5.1.14

Aida si manja Maqnie

 Assalamualaikum ...

simanja maqnie buat kejutan  , pulang sekolah dengan wajah yang murung , airmatanya mengalir dipipi , maqnie terkejut  ! kenapa ?? dia hanya mampu merenung maq dalam linangan airmatanya tanpa bersuara . di tunjukkan jari ke hidung  ?? kenapa  ? hidung berdarah  ??? dia menggelengkan kepala , susah nafas ?? jawapnya perlahan .. sebab apa  ?? selsema  ...dia jawap perlahan dan air mata nya masih menitis-nitis di pipi jatuh ke karpet rumah maq ..

demam ea? maq soal dia lagi ... a'ah ..tadi masa kat perhimpunan , badan aida tetibe sakit ,lepas tu terus rasa sejuk macam nak demam  .. so ni demam ke ?? maq banyak tanya ...

dia mengganggukkan kepala sambil menangis . dah pergilah tidur ,petang tak payah la sekolah agama ,nanti maq SMS kat orang van. pergi tukar baju tu dulu ..dia terus menyalin baju sekolahnya dan tidur ..

petang selepas suami maq pulang dari menziarah ibunya dikampung ,maq bawa si bungsu ke poliklinik berhampiran , nak pergi kelinik swasta nanti kena charge mahal ...hahaha pergi lah ke klinik kerajaan ,takde charge apa-apa pun ... alhamdulillah ..

nasib maqnie amat baik ,waktu sampai ke klinik tu pukul 5.35 pm ,makanya kuranglah pengunjung diklinik tu ,akhirnya tiadalah penantian yg kerap terjadi di situ .

waktu pemeriksaan ,doktor kata suhunya 39darjah...ye suhu panas yg tinggi !! dan doktor pesan suruh mandi lepas balik rumah nanti , diberi ubat sebanyak 4 jenis termasuk cecair untuk berkumur kerana tekak aida sudah bengkak ..

aida dapat cuti sehari lagi ,aida dapat ubat banyak  ...yang sebenarnya aida terkejut sebab kena bersekolah pada hai AHAD  buat pertama kali dalam hidupnya barangkali hehehe

aida oh aida , semuga cepat sembuh ye sayang ....


bulan pertama yang terasa



Assalammualaikum ...

hari ahad pertama untuk 2014 ni agak serabut sikit  bagi maqnie , seawal pagi sudah bangun untuk penyediaan sarapan pagi anak-anak ke sekolah , al  maklumlah kan  barang dah naik ni ,kenalah adjust-adjust sikit  ekonomi dapur dan duit poket anak-anak. maka dengan relanya maqnie bangun untuk masakkan bekal anak-anak ke sekolah ..

siap memasak , sambung pula dengan pencuci an kain baju , masih menggunakan mesin pencuci yg rosak mesin pengering nya..lahai dugaan betul , redha je la ..

pukul 8 am , MMC ajak keluar untuk berbelanja stock barang dapur yg harus di sediakan. terutama untuk anak-anak asuhan maqnie . semuanya perlu ditambah. makanya selepas habis mencuci  , maqnie kenalah ikut MMC ke pasaraya berhampiran .  pukul 11 am baru sampai ke rumah semula .

percayakah ... perbelanjaan untuk bulan pertama 2014 ni , nampak sangat perubahannya . dari segi bahan basahnya , bahan keringnya , apa-apa juga bahannya...kosnya memang naik ! haish .... ade tu ,barangannya bukan naik 20sen atau 30sen...tetapi RM2 ~ RM3 ! aduhhh..kok gitu ???

itu bukan naik harga namanya  tapi menaikkan darah  tentunya !  pekara ni memang maqnie dah agak dah , dalam desas desus membenci kenaikan harga , ada golongan tertentu yg sewenang-wenangnya mencekik darah pengguna ! dalam masa yang sama golongan tersebut turut sama melaungkan anti kenaikan harga !! ish..talam 2 muka betul lah !

kata orang kalau duduk kampung boleh la bercucuk tanam untuk meringan kan beban barang dapur ni , tapi ni duduk bandar ,kiri kanan rumah orang , depan belakang rumah orang , nak tanam apanya ???

tetiba maqnie teringat lagu ...kalau aku kaya ...ku bayar bil jiran tertangga ..aaah, lupa pulak lirik lagu tu ..hehehe...lagu tu anak maqnie yang kecil selalu dengar dan menyanyikan juga..makanya tiap  kali dia nyanyi ,maqnie akan ...amiiinnn....hehehe mana lah tau ,masin mulut ibu dia ni kan ....insya Allah~



Good morning. | via Tumblr
APEKAH selepasni tiada lagi mkn besar??


penjaga hati

assalammualaikum ..

bila bercakap soal hati , kadang kala kita lupa  pada sebuah kenyataan ! dimana kata orang luka ditangan nampk  berdarah ,  tapi luka dihati , tak ada siapa pun tahu ? terluka atau dilukai bukan lagi perkara asing bagi  kita .

antara tugas dan tanggung jawap pula , kadang-kadang kita tersepit diantaranya  . antara kasih dan kasihan  dan antara akur dan janji . semuanya melibatkan hati dan perasaan .

sebagai wanita dewasa , maqnie sedaya upaya nak kan yang terbaik dari  diri maqnie sendiri  , namun kadang-kadang kita saja yang kena jaga hati orang , buat baik  pada semua orang , sedang kan hati kita tak ada siapa yang tahu , tiada siapa yang kisah  ...


Mindennapi
pujuk hati sendiri la jawapnya.....

privacy itu perlu


Asalammualaikum
selamat bertemu kembali di tengah malam yang dingin , hujan diluar rumah , nyamuk banyak didalam rumah . harini permulaan murid-murid sekolah melalui  alam persekolahannya pada hari ahad ! sejarah kini berulang...

rasanya keadaan biasa-biasa aja . tapi pada diri maqnie yang berkerja sendiri , dan suami maqnie yang mempunyai cuti pada hari ahad , anak sekolah bukan alasan untuk kami suami isteri beristirehat  dihari minggu .

dengan keadaan berkerja dirumah , maqnie terpaksa mengambil keputusan untuk seragamkan semua anak-anak asuhan untuk tidak dihantar kerumah maqnie pada hari minggu ( hari ahad )

ini kerana :
pada hari ahad , maqnie kena kemas rumah yang selama seminggu berkerja hanya pakai baling-baling je barang-barang tersebut ! ini berlaku sebab mengasuh anak orang bukan sama dengan membela anak kucing . mereka perlu dijaga rapi , di kawal agar tiada apa-apa juga calar  atau lebam dibadannya ! tidak kembung pada baby , tidak luka pada yg sudah pandai berlari . tidak lapar pada yang kuat makan tu  .. hehehe


bila sudah dibincangkan dengan MMC ( my mr Castelo ) maka keputusannya AHAD adalah hari istirehat bagi maqnie dan tiada aktiviti mengasuh dijalankan dirumah maq. . . . harapan maqnie ,moga ibu bapa baby-baby tu paham , yang maqnie perlukan satu hari tanpa anak asuhan untuk maqnie tunaikan tanggungjawab untuk keluarga pula sepenuhnya  .