5.1.14

bulan pertama yang terasa



Assalammualaikum ...

hari ahad pertama untuk 2014 ni agak serabut sikit  bagi maqnie , seawal pagi sudah bangun untuk penyediaan sarapan pagi anak-anak ke sekolah , al  maklumlah kan  barang dah naik ni ,kenalah adjust-adjust sikit  ekonomi dapur dan duit poket anak-anak. maka dengan relanya maqnie bangun untuk masakkan bekal anak-anak ke sekolah ..

siap memasak , sambung pula dengan pencuci an kain baju , masih menggunakan mesin pencuci yg rosak mesin pengering nya..lahai dugaan betul , redha je la ..

pukul 8 am , MMC ajak keluar untuk berbelanja stock barang dapur yg harus di sediakan. terutama untuk anak-anak asuhan maqnie . semuanya perlu ditambah. makanya selepas habis mencuci  , maqnie kenalah ikut MMC ke pasaraya berhampiran .  pukul 11 am baru sampai ke rumah semula .

percayakah ... perbelanjaan untuk bulan pertama 2014 ni , nampak sangat perubahannya . dari segi bahan basahnya , bahan keringnya , apa-apa juga bahannya...kosnya memang naik ! haish .... ade tu ,barangannya bukan naik 20sen atau 30sen...tetapi RM2 ~ RM3 ! aduhhh..kok gitu ???

itu bukan naik harga namanya  tapi menaikkan darah  tentunya !  pekara ni memang maqnie dah agak dah , dalam desas desus membenci kenaikan harga , ada golongan tertentu yg sewenang-wenangnya mencekik darah pengguna ! dalam masa yang sama golongan tersebut turut sama melaungkan anti kenaikan harga !! ish..talam 2 muka betul lah !

kata orang kalau duduk kampung boleh la bercucuk tanam untuk meringan kan beban barang dapur ni , tapi ni duduk bandar ,kiri kanan rumah orang , depan belakang rumah orang , nak tanam apanya ???

tetiba maqnie teringat lagu ...kalau aku kaya ...ku bayar bil jiran tertangga ..aaah, lupa pulak lirik lagu tu ..hehehe...lagu tu anak maqnie yang kecil selalu dengar dan menyanyikan juga..makanya tiap  kali dia nyanyi ,maqnie akan ...amiiinnn....hehehe mana lah tau ,masin mulut ibu dia ni kan ....insya Allah~



Good morning. | via Tumblr
APEKAH selepasni tiada lagi mkn besar??


No comments: