maq dan persekolahan


As salammualaikum semua readers
amboi lama sungguh maq tak membebel diblog ni , masuk je tahun baru ni tugasan agak lebih sikit dari tahun lalu kerana empat orang dari anak asuhan maq sudah pun masuk sekolah tadika . dengan itu maknanya maq kena bersedia lebih awal dari biasa kerana  diwaktu pagi hanya maq ditemani dengan baby Rania , baby Qaisarah dan Haikal semuanya bawah umur 2 tahun hehehe tersangatlah meriah dirumah ketika pagi hari dengan jeritan dan tangisan si kecil bertiga tu hehehe . . . tapi maq boleh handle lagi ,jangan risau ...





Diawal persekolahan Aine , Dessy dan Auff nampak bersemangat namun keyakinan  Qiqi agak kurang terserlah kerana qiqi seorang anak yg manja dan dia tak biasa dengan orang lain selain keluarga maqnie dan keluarga dia sendiri . dia akan menangis ketika waktu pagi semasa dihantar oleh mamanya manakala ketika dihantar oleh jiran yang mengambil dia pulang pun qiqi masih lagi menangis . oh manja sungguh si qiqi ni . tapi dirumah maq dialah  hero ! macamane tu ? ahha ok kita bagi qiqi masa untuk menyesuaikan dirinya dengan orang disekeliling nya dahula la ye . harap qiqi akan berubah nanti ...aminn..

Photo: pisyooo .....  hebat !!!


dan bagaimana dengan maq ?
sebenarnya hati aq pun risau bila anak-anak asuhan keluar ke sekolah tu , bukan apa , sebenarnya maq masih terasa yang mereka tu adalah tanggungjawab maq padahal mereka ada cikgu sekolah masing-masing hehehe ..



Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi