privacy itu perlu


Asalammualaikum
selamat bertemu kembali di tengah malam yang dingin , hujan diluar rumah , nyamuk banyak didalam rumah . harini permulaan murid-murid sekolah melalui  alam persekolahannya pada hari ahad ! sejarah kini berulang...

rasanya keadaan biasa-biasa aja . tapi pada diri maqnie yang berkerja sendiri , dan suami maqnie yang mempunyai cuti pada hari ahad , anak sekolah bukan alasan untuk kami suami isteri beristirehat  dihari minggu .

dengan keadaan berkerja dirumah , maqnie terpaksa mengambil keputusan untuk seragamkan semua anak-anak asuhan untuk tidak dihantar kerumah maqnie pada hari minggu ( hari ahad )

ini kerana :
pada hari ahad , maqnie kena kemas rumah yang selama seminggu berkerja hanya pakai baling-baling je barang-barang tersebut ! ini berlaku sebab mengasuh anak orang bukan sama dengan membela anak kucing . mereka perlu dijaga rapi , di kawal agar tiada apa-apa juga calar  atau lebam dibadannya ! tidak kembung pada baby , tidak luka pada yg sudah pandai berlari . tidak lapar pada yang kuat makan tu  .. hehehe


bila sudah dibincangkan dengan MMC ( my mr Castelo ) maka keputusannya AHAD adalah hari istirehat bagi maqnie dan tiada aktiviti mengasuh dijalankan dirumah maq. . . . harapan maqnie ,moga ibu bapa baby-baby tu paham , yang maqnie perlukan satu hari tanpa anak asuhan untuk maqnie tunaikan tanggungjawab untuk keluarga pula sepenuhnya  .

Comments