26.2.14

harapan setinggi gunung


Assalammualaikum

jam menunjukkan keangka  10 . 00 malam  . anak bungsu maq belum balik dari rumah jiran , ada kerja sekolah yg perlu dibuatkan bersama anak jiran itu .sekarang ni jadual waktu dia sangat padat .

seawal 5.45 pagi dia sudahpun bangun tidur. kemudian menguruskan diri sehingga kedengaran azan subuh  dia pun segera menunaikan tanggungjawap nya pada Allah . selepas itu dia mengenakan pakaian sekolah dan membungkus bekalan nya yg telah pun maq masak . dia tak bagi maq sediakan keran akatanya nanti maq isi terlalu banyak , membazir ...

pukul 6.15 pagi dia akan bersarapan jika dia rasa perlu ,jika tidak dia hanya minum air yg maq dah bancuhkan untuk keluarga tu . pukul 6.45 pagi van sekolah tiba dan dia pun dihantar kesekolah rendah yg kira-kira 1/2 kilometer dari rumah maq .

lewat tengahari sekitar pukul 2.00 petang baru dia pulang . bergegas kedapur untuk makan tengahari yg pada maq ,sudah pun petang ! lepas makan dia bersihkan diri untuk solat zohor dan kemudian ke rumah ustazah untuk belajar al-Quran dan tajuidnya sekali .

pukul 3.05 petang van sekolah menanti dia dihadapan rumah ustazah dan dia dibawa kesekolah agama . dia sekarang belajar di darjah enam disebelah pagi dan darjah enam juga disebelah petang .

yg kesiannya dia selalu bersunggut sebab letih . tapi maq buat-buat tak ambil kesah sebab dia memang perlukan  aktiviti yg sebegitu kerana dimasa akan datang dia akan berjumpa dengan pelbagai lagi ragam kehidupan yg lebih mencabar buatnya .

harini dia minta maq urutkan badanya ,katanya dia sakit belakang ..ohya dia kena selsema mungkin kerana penat dan kerana cuaca panas yg dia kurang bertahan  .


ketika mengurutnya maq cakap ...bukan awak sorang yg kena teruk macam ni ,kawan-kawan awak jugak , semua murid darjah enam memang begini , selalu busy dengan belajar . dia cuma diam mungkin sebab menahan sakit diurut dan sakit dengar maq membebel . ....

dan yg jelas ketika dia tidur , keletihan dia sepanjang hari tu jelas kelihatan  .... oh anak ku ,tabahkan lah hatimu dalam mengejar cita-cita dan mencari ilmu ,semakin kau berlajar ,semakin kau rasa begitu banyak yg kau tidak tahu ...maq doakan anak maq semuanya berjaya dalam aktiviti menuntut ilmu . tak kira dlm ilmu dunia mahupun ilmu akhirat..aaminn....

tahniah kepada anak maq yg nombor 2 kerana pointer dia 3.1 bagi exam STPM semesta pertamanya yg lalu ( lower six ) dan untuk anak sulung maq yg mendapat 2A1C1D dlm exam STPM nya utk upper6 2013,keputusan sebenar tunggu  lagi hehehe

pelajaran itu penyuluh hidup wahai anak-anakku .maka bersabarlah untuk mendapatkannya ~


25.2.14

mungkin sudah ajalnya disitu

Assalammualaikum ...

sejak kebelakangan ini sering kita dengar kisah -kisah sedih yg meragut nyawa kanak-kanak di Malaysia ini . baru-baru ni 8 orang pelajar mati lemas sewaktu mandi di Sungai Muar ~ Segamat . dalam sehari 8 kematian , didalam  1 kawasan , amat menyayat hati ... sungguh pilu . memanglah  sudah ajal . itu pada yg malas nak fikir banyak  tapi pada yang rajin memikir ,macam maqnie ni , hati ini tetiba berdetik...

  hurm ...kenapa la mereka pergi ke sungai yang dah jelas merbahaya tu , maq tengok kat tv pun dah nampak sangat yg sungai tu besar ,lebar dan dalam ! dan ia jelas sekali amat merbahaya buat kanak-kanak yang seusia mangsa . cubalah kalau mereka  terus je balik kerumah selepas sahaja  berjogging kan .....hurm ...benda dah belaku  ...redha je lah . harapan kita keluarga mangsa lebih tabah dan merelakan kehilangan insan tersayang . yg pergi biarlah dia pergi ,yg masih didepan mata ni sentiasalah pastikan mereka berada disituasi lindungan yg sihat dan selamat ...aamin

doa maq moga roh mangsa di tempatkan dikalangan orang-orang yg beriman ....al~ Fatihah 


23.2.14

Doa maq

Assalammualaikum

hai readers  betul kata orang tua dulu-dulu ''jaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak gadis '' bayangkanlah maq ada 3 orang anak gadis yang semakin  meningkat naik ..usia mereka 20,19,12 tahun. bayangkan bagaimana kecik besonya hati maq bila mereka membesar didepan mata ni .
 
kadang kala air mata jadi teman sebagai pengganti kata-kata yang  bukan lagi senjata untuk mendidik mereka . kerana  ada kala mereka lah teman bercerita kisah suka duka sebuah kehidupan . kadang-kadang mereka lah tempat maq mengadu sedih dan gembira . dan kadang kala kehendak remaja mereka buat maq kecewa .

namun disetiap doa maq  sering diucap ...mohon Allah jadikan mereka ini sebagai anak yang sentiasa hormat orang tuanya dan orang yang berada disekelilingnya dan mohon mereka ingat untuk menjaga maruah diri dan taat pada perintah Allah .

pada maq biarlah rendah tahap pelajarannya tapi tinggi budi bahasanya kepada orang tua . mohon Allah perkenankan doa -doa maq ini .... aminn ~




indahnya dia dimata maq

Assalammualaikum

bila kita sebut pasal keindahan ,maq ada banyak benda yg indah-indah yang sangat menarik minat maq. antara benda yang begitu indah ciptaan Allah yang buat maq teruja untuk menatapnya ialahburung  merak atau nama saintifiknya PAVO MUTICUS . entahlah dalam banyak -banyak burung di Malaysia ni merak merupakan hidupan yang sangat menarik dimata maq  ...



subhanaAllah ....

cucu maq

Assalammualaikum

bila suasana hari minggu tiba ,maq dah mula rasa sunyi ,sebab anak-anak ke sekolah dan sudah pergi ke tempat kerja . yg tinggal disisi hanya suami terinta . inilah waktu yg paling sesuai untuk maq beristirehat  walaupun dalam kesunyian ....ewah kemain lagi bermadah-madah pulak maq  ni kan hehe

harini barulah berkesempatan ber facebook untuk merentasi dunia siber bagi meninjau apakah  aktiviti dan keadaan sanak saudara yang jauh dimata dan sahabat handai yang tidak pernah berjumpa itu,


tiba-tiba terpandang wajah cucu-cucu maq  ! cucu ?? maq sudah bercucu kah ? oyeaah... sudah ,tapi cucu tu dari sebelah keluarga suami maq ( anak saudara suami punya anak ) adoi payahnya nak bayangan ye ? hehehe    yup, cucu maq sudah ada 5 ! dari 3 orang anak saudara suami tu .... masih terbayang betapa manja nya mereka dengan kedua ibu bapa mereka dan berbagai ragam yang mencuit hati maq  , telatah masing-masing yang buat hati terhibur ( kenangan ketika pulang ke kampung minggu lepas ) . .


jum kita lihat telatah mereka yang maq dapat dari facebook ibu-ibu  mereka ....

 

 


21.2.14

terharu dengan mereka

Assalammualaikum readers

hujung minggu macam ni barulah maq dapat berblog , rasanya waktu berjalan sangat laju ,baru nak mulakan kerja dirumah  sekejap je dah petang ( padahal kerja banyak tu yg tak rasa waktu berjalan ) bila umur dah makin meningkat kekadang rasa semua yg dilakukan  cepat buat badan jadi 'kondem' sedangkan masa muda-muda dulu ,semua aktiviti tu rasa macam angin.

baru-baru ni maq  rewang di kampung suami  di Parit Yusof Muar . belum pun mula aktiviti rewang  tu pada malam majlis nikah  kaki maq dah terseliuh ( salah urat ) dan menyebabkan pergerakkan maq terhad disana . namun disebabkan nak tunjuk ala-ala heroin ,maq tetap gagahi juga kudrat maq yg tak seberapa tu,maklumlah kan depan mak mertua hehehe kena la tunjuk rajin sikit kan ( macam  tak ikhlas  je ni) bila tiba hari maq dan keluarga kena pulang ke rumah kami , kaki maq dah terasa sakit sangat dan akhirnya maq terpaksa pergi berurut ! pertama kali maq pergi ke Azlan Foot Reflex setelah bertahun maq tidak berurut. bayangkan bagaimanakah keadaanya eee .....


permis ini terletak dialamat : no 27 , Tingkat Atas Bangunan MARA ,Jln Rahmat ,83000 , Batu Pahat ,Johor dan apa yg menariknya semua pekerja di Azlan Foot Reflex  terdiri dari orang  kurang upaya ( OKU - cacat perlihatan  )  namun walaupun mereka kurang upaya ,tapi hasil kerja mereka memang memuaskan ! terbaik ! maq sangat kagum dengan mereka yg tak punya penglihatan seperti kita tapi mereka sungguh berusaha !  antara perkhidmatan yg dijalankan disana :

urut badan : 70 minit ( rm 50 )
urut kaki -lutut : 40 minit ( rm 25 )
urutan kepala-bahu : 15 minit ( rm 15 )
perkhidmatan Teknik SMT manual terapi : 1jam 30 minit (rm 70 )

sesungguhnya jika kita rajin berusaha ,maka Allah telah menjanjikan rezki buat kita ...

17.2.14

raikan cinta




Assalammualaikum readers ....

blog agak sunyi beberapa hari kebelakangan ni , al maklom nak rewang di kampung  langsung tak dapat nak on notebook . cuti 3 hari sangat full dengan aktiviti keluarga di kampung pt. Yusuf ,Muar . taman mini asuhan maq pun bercuti selama 3 hari juga .

balik kampung kerana meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga  sebelah suami maq . dalam 1 tahun keluarga ini menerima 3 orang baru ! waw meriah kan ? alhamdulillah semuanya berjalan lancar . mohon ketiga pasangan pengantin berkekalan hingga ke jannah .

detik ketika meraikan cinta hehe :





maaf ye  maq tak dapat nak post gambar raikan cinta  ni lelebih sebab  kaki maq terseliuh pada hari majlis tu berlangsung , ini pun maq ambil dari tingkap rumah mak mertua ku itu dan ada yg dari handphone anak maq ...

moga pasangan pengantin hidup bahagia selamanya .. amin ~

13.2.14

suara hati seorang perempuan

Assalammualaikum ....

kalau cerita tentang perangai orang perempuan , kita  mesti  selalu cakap :

dah namanya perempuan mestilah dia ,
kuat merajuk , 
suka membebel , 
suka pada kecantikkan ,
minat bergosip ,
suka menangis ,
senang senyum senang marah ..
eh ..ada banyak lagilah perangai-perangai yg agak 'kureng sedap di dengari .
betul ke bohong ni ? hehe tapi maq nak tanya ...ada tak antara kita * tak kira lelaki  atau perempaun * yg memahami perasaan perempuan ?kalau orang perempuan mungkin boleh sikit kot sebab mereka kaum sejenis , tetapi kalau orang lelaki ni ,agak-agak mereka tu memahami tak ekk ?? ish ..ada..... tapi  tak semua la kan .. kenapa maq tanya soalan gini ?

pada maq , .LELAKI yg sentiasa menghormati pasangannya ialah lelaki yg sentiasa paham apa mahu orang  perempuannya ,dan dia tidak akan menganggap orang perempuannya itu melakukan benda yg bukan-bukan di belakangnya  . .


dia kakak

Assalammualaikum semua  ...

harapan maq ,semuanya didalam situasi tenang ,aman dan bahagia disamping menjalani tugas harian dan di sisi orang yg tersayang ..amin...

keluarga maqnie jika hari persekolah begini ,memang tak dapat berkumpul semua ,sedangkan anak cuma 3 orang dan suami baru 1  tu ..hehe memang lah suami 1, mana nya nak tambah lagi kan *maq buat lawak lah*

pagi khamis ni ,anak asuhan baru seorang  yg datang ( nia )


anak sendiri pula yg sulung tu sedang mencuci kain , so dapat la maq berblog pagi ni, lama dah tak membebel di blog ni rasanya , rindu pun ada juga hehe

bila sebut hal anak sendiri ni , baru beberapa hari lepas anak sulong maq * farahin * mendapat keputusan peperiksaan STPM dia ,alhamdulillah walaupun tak cemerlang namun maq bangga akan keputusan yg dia perolehinya itu ..syukur ya ALLAH..

anak maq yg sorang ni memang lain dari adik-adiknya , dia suka menyendiri , dan seorang yg mudah merajuk  namun bila masa dia perlukan teman , maq dan adik-adiknyalah tempat dia bersembang selain kekasihnya .selain seorang blogger di * disini * sekarang ni dia dah pun berkerja sebagai operator pengeluaran *sementara menanti pekerjaan yg lebih mantap lagi .dalam masa yg sama beliau juga sedang mengusahakan bisnes online sebagai dropship untuk beberapa barangan seperti :

~ telekong lycra
~ power bank
~ t-shirt polo
~ top up ( dirumah )

syukur alhamdulillah walaupun dia masih baru ,namun sambutan sangat menggalakkan . maq bersyukur jika anak-anak maq rajin berusaha tanpa mengenal erti jemu ! ye rezki dimana-mana  ,Allah mahu kita berusaha untuk majukan diri kita ,kerana takkan ada orang lain yg akan dapat membantu kita kearah kejayaan kita  itu kecuali kita sendiri !

situdung merah tu dia lah ....





5.2.14

tua atau muda

As salammualaikum , hai semua !

kejap je kan dah masuk bulan 2 untuk tahun 2014 ni ,pejam celik ,pejam celik tamat sebulan ish3x . dah tu pejam celik lagi dah akhir tahun .amboi , bila dah hujung tahun rasa sangat usia dah tambah lagi setahun ...kesianlah hai  , tapi perangai  masih macam budak-budak ..erm3x ...  hehehe

anda mengaku yang anda dah tua ? 20? 30? 40? atau lebih ?!

ramai orang segan nak cakap pasal usia mereka , mereka lebih senang sorokkannya dari diketahui orang lain . tapi kenapa ye ? macam maqnie pulak, maq lebih suka orang tahu umur maqnie sendiri so nanti mereka tahu nak panggil panggilan apa untuk maq , nak panggil kakak ke ...makcik ke ... awak ke ... atau sayang ke....

aik?!! gurau jek ..sayang tu panggilan MMC untuk maqnie ,orang lain tak dan nak menyebutnya lagi untuk maq.  nak try ? test la panggil ,kalau  tak di perhambatnya korang ...jangan panggil ni maqnie la ye hehehe

kenapa hari berlalu pantas ? kata setengah orang ginilah dunia dah habis zaman, dunia dah tua ... tapi pada maq lah kan , kalau dunia dah tua lagi la perlahan pergerakkannya bukan sepantas ini ! ni gerak laju ni gerakkan orang muda !

ye dunia dah tua .! manusianya makin tua , yang muda akan tua ,yang tua akan jadi muda ..eh ! salah ..yang tua terus berusaha untuk dunia barunya yang kekal nanti ...

7.7 2014 ni genaplah maqnie 45 tahun .... ooooh muda lagiiii..... hehehe




2.2.14

CNY 2014 maqnie

As salammualaikum . .

salam sejahtera dari maqnie dari Batu Pahat  . kecewa rasanya bila permainan bola sepak malam tadi cuma dapat main separuh masa sahaja ,dan separuh lagi tak main  , manakah silapnya ye  .  kesian dekat penuntun setia JDT yang datang dari jauh ,semata-mata nak tengok game malam tadi . harap ada hikmahnya namun hati masih lagi kecewa .

cuti dah nak habis  .haritu ingatkan empat hari sangat panjang namun bila dah sampai ke hari yang ke empat ni , terasa sangat pendeknya masa empat hari tu ye .

aktiviti maqnie sempena cuti CNY :

khamis  :Shopping tudung dan jubah di  K MALL - Muar
jumaat : ziarah mak dan abah maqnie di kampung Koris,Senggarang
sabtu : hantar pengantin ke Felda Kahang Timur , Kluang
ahad : kemas rumah tapi tadi suami maqnie *MMC macam ada plan lagi

alahai , badan dah letih sesangat ni ,beg dompet pun dah makin kurus  , kesian kan ....  esok dah mula bertugas , namun hati tetap happy sebab anak-anak dan suami ada je disisi ni  . . lebiu ~















maaf la , gambar ketika shopping di K.Mall tak dapat maqnie upload disini ,kerana dikhuatiri ianya bakal mempengaruhi naluri orang perempuan yang lain -lain  , nanti maqnie dipersalahkan kerana menggoda mereka semua ... hahaha tapi memang gila kalau masuk kesana kerana mata dan bibir orang  perempuan bakal dihujani dengan perkataan ...wow !! cantiknya ni ....cantiknya tu ! peh yang ni best ! yang tu menarik ! lalala ....ayok tak tahu hehehe