CNY 2014 maqnie

As salammualaikum . .

salam sejahtera dari maqnie dari Batu Pahat  . kecewa rasanya bila permainan bola sepak malam tadi cuma dapat main separuh masa sahaja ,dan separuh lagi tak main  , manakah silapnya ye  .  kesian dekat penuntun setia JDT yang datang dari jauh ,semata-mata nak tengok game malam tadi . harap ada hikmahnya namun hati masih lagi kecewa .

cuti dah nak habis  .haritu ingatkan empat hari sangat panjang namun bila dah sampai ke hari yang ke empat ni , terasa sangat pendeknya masa empat hari tu ye .

aktiviti maqnie sempena cuti CNY :

khamis  :Shopping tudung dan jubah di  K MALL - Muar
jumaat : ziarah mak dan abah maqnie di kampung Koris,Senggarang
sabtu : hantar pengantin ke Felda Kahang Timur , Kluang
ahad : kemas rumah tapi tadi suami maqnie *MMC macam ada plan lagi

alahai , badan dah letih sesangat ni ,beg dompet pun dah makin kurus  , kesian kan ....  esok dah mula bertugas , namun hati tetap happy sebab anak-anak dan suami ada je disisi ni  . . lebiu ~















maaf la , gambar ketika shopping di K.Mall tak dapat maqnie upload disini ,kerana dikhuatiri ianya bakal mempengaruhi naluri orang perempuan yang lain -lain  , nanti maqnie dipersalahkan kerana menggoda mereka semua ... hahaha tapi memang gila kalau masuk kesana kerana mata dan bibir orang  perempuan bakal dihujani dengan perkataan ...wow !! cantiknya ni ....cantiknya tu ! peh yang ni best ! yang tu menarik ! lalala ....ayok tak tahu hehehe

Comments