13.2.14

dia kakak

Assalammualaikum semua  ...

harapan maq ,semuanya didalam situasi tenang ,aman dan bahagia disamping menjalani tugas harian dan di sisi orang yg tersayang ..amin...

keluarga maqnie jika hari persekolah begini ,memang tak dapat berkumpul semua ,sedangkan anak cuma 3 orang dan suami baru 1  tu ..hehe memang lah suami 1, mana nya nak tambah lagi kan *maq buat lawak lah*

pagi khamis ni ,anak asuhan baru seorang  yg datang ( nia )


anak sendiri pula yg sulung tu sedang mencuci kain , so dapat la maq berblog pagi ni, lama dah tak membebel di blog ni rasanya , rindu pun ada juga hehe

bila sebut hal anak sendiri ni , baru beberapa hari lepas anak sulong maq * farahin * mendapat keputusan peperiksaan STPM dia ,alhamdulillah walaupun tak cemerlang namun maq bangga akan keputusan yg dia perolehinya itu ..syukur ya ALLAH..

anak maq yg sorang ni memang lain dari adik-adiknya , dia suka menyendiri , dan seorang yg mudah merajuk  namun bila masa dia perlukan teman , maq dan adik-adiknyalah tempat dia bersembang selain kekasihnya .selain seorang blogger di * disini * sekarang ni dia dah pun berkerja sebagai operator pengeluaran *sementara menanti pekerjaan yg lebih mantap lagi .dalam masa yg sama beliau juga sedang mengusahakan bisnes online sebagai dropship untuk beberapa barangan seperti :

~ telekong lycra
~ power bank
~ t-shirt polo
~ top up ( dirumah )

syukur alhamdulillah walaupun dia masih baru ,namun sambutan sangat menggalakkan . maq bersyukur jika anak-anak maq rajin berusaha tanpa mengenal erti jemu ! ye rezki dimana-mana  ,Allah mahu kita berusaha untuk majukan diri kita ,kerana takkan ada orang lain yg akan dapat membantu kita kearah kejayaan kita  itu kecuali kita sendiri !

situdung merah tu dia lah ....





No comments: