26.2.14

harapan setinggi gunung


Assalammualaikum

jam menunjukkan keangka  10 . 00 malam  . anak bungsu maq belum balik dari rumah jiran , ada kerja sekolah yg perlu dibuatkan bersama anak jiran itu .sekarang ni jadual waktu dia sangat padat .

seawal 5.45 pagi dia sudahpun bangun tidur. kemudian menguruskan diri sehingga kedengaran azan subuh  dia pun segera menunaikan tanggungjawap nya pada Allah . selepas itu dia mengenakan pakaian sekolah dan membungkus bekalan nya yg telah pun maq masak . dia tak bagi maq sediakan keran akatanya nanti maq isi terlalu banyak , membazir ...

pukul 6.15 pagi dia akan bersarapan jika dia rasa perlu ,jika tidak dia hanya minum air yg maq dah bancuhkan untuk keluarga tu . pukul 6.45 pagi van sekolah tiba dan dia pun dihantar kesekolah rendah yg kira-kira 1/2 kilometer dari rumah maq .

lewat tengahari sekitar pukul 2.00 petang baru dia pulang . bergegas kedapur untuk makan tengahari yg pada maq ,sudah pun petang ! lepas makan dia bersihkan diri untuk solat zohor dan kemudian ke rumah ustazah untuk belajar al-Quran dan tajuidnya sekali .

pukul 3.05 petang van sekolah menanti dia dihadapan rumah ustazah dan dia dibawa kesekolah agama . dia sekarang belajar di darjah enam disebelah pagi dan darjah enam juga disebelah petang .

yg kesiannya dia selalu bersunggut sebab letih . tapi maq buat-buat tak ambil kesah sebab dia memang perlukan  aktiviti yg sebegitu kerana dimasa akan datang dia akan berjumpa dengan pelbagai lagi ragam kehidupan yg lebih mencabar buatnya .

harini dia minta maq urutkan badanya ,katanya dia sakit belakang ..ohya dia kena selsema mungkin kerana penat dan kerana cuaca panas yg dia kurang bertahan  .


ketika mengurutnya maq cakap ...bukan awak sorang yg kena teruk macam ni ,kawan-kawan awak jugak , semua murid darjah enam memang begini , selalu busy dengan belajar . dia cuma diam mungkin sebab menahan sakit diurut dan sakit dengar maq membebel . ....

dan yg jelas ketika dia tidur , keletihan dia sepanjang hari tu jelas kelihatan  .... oh anak ku ,tabahkan lah hatimu dalam mengejar cita-cita dan mencari ilmu ,semakin kau berlajar ,semakin kau rasa begitu banyak yg kau tidak tahu ...maq doakan anak maq semuanya berjaya dalam aktiviti menuntut ilmu . tak kira dlm ilmu dunia mahupun ilmu akhirat..aaminn....

tahniah kepada anak maq yg nombor 2 kerana pointer dia 3.1 bagi exam STPM semesta pertamanya yg lalu ( lower six ) dan untuk anak sulung maq yg mendapat 2A1C1D dlm exam STPM nya utk upper6 2013,keputusan sebenar tunggu  lagi hehehe

pelajaran itu penyuluh hidup wahai anak-anakku .maka bersabarlah untuk mendapatkannya ~


No comments: