terharu dengan mereka

Assalammualaikum readers

hujung minggu macam ni barulah maq dapat berblog , rasanya waktu berjalan sangat laju ,baru nak mulakan kerja dirumah  sekejap je dah petang ( padahal kerja banyak tu yg tak rasa waktu berjalan ) bila umur dah makin meningkat kekadang rasa semua yg dilakukan  cepat buat badan jadi 'kondem' sedangkan masa muda-muda dulu ,semua aktiviti tu rasa macam angin.

baru-baru ni maq  rewang di kampung suami  di Parit Yusof Muar . belum pun mula aktiviti rewang  tu pada malam majlis nikah  kaki maq dah terseliuh ( salah urat ) dan menyebabkan pergerakkan maq terhad disana . namun disebabkan nak tunjuk ala-ala heroin ,maq tetap gagahi juga kudrat maq yg tak seberapa tu,maklumlah kan depan mak mertua hehehe kena la tunjuk rajin sikit kan ( macam  tak ikhlas  je ni) bila tiba hari maq dan keluarga kena pulang ke rumah kami , kaki maq dah terasa sakit sangat dan akhirnya maq terpaksa pergi berurut ! pertama kali maq pergi ke Azlan Foot Reflex setelah bertahun maq tidak berurut. bayangkan bagaimanakah keadaanya eee .....


permis ini terletak dialamat : no 27 , Tingkat Atas Bangunan MARA ,Jln Rahmat ,83000 , Batu Pahat ,Johor dan apa yg menariknya semua pekerja di Azlan Foot Reflex  terdiri dari orang  kurang upaya ( OKU - cacat perlihatan  )  namun walaupun mereka kurang upaya ,tapi hasil kerja mereka memang memuaskan ! terbaik ! maq sangat kagum dengan mereka yg tak punya penglihatan seperti kita tapi mereka sungguh berusaha !  antara perkhidmatan yg dijalankan disana :

urut badan : 70 minit ( rm 50 )
urut kaki -lutut : 40 minit ( rm 25 )
urutan kepala-bahu : 15 minit ( rm 15 )
perkhidmatan Teknik SMT manual terapi : 1jam 30 minit (rm 70 )

sesungguhnya jika kita rajin berusaha ,maka Allah telah menjanjikan rezki buat kita ...

Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Susu sejat ganti santan kelapa

Petua elak pukau dulu dan kini